Wednesday, June 30, 2010

Warna-warni disebalik solat awal waktu

Setiap peralihan wakatu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

WAKTU SUBUH : Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat sengaja secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(jaga daripada tidur).Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu, bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap yang optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZUHUR : Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut & hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya secara berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut & hilang sifat cerianya.

WAKTU ASAR : Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang itu terpisah(tidur).tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB : Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK : Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syari'at solat oleh ALLAH SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH SWT mewajibkan solat ke atas hambaNYA atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya.


sumber:
1)Ustaz Zahazan Mohamed
video

Sunday, June 27, 2010

"SBM" tak mungkin kulupakan....

bismillahirrohmanirrohim...

27/6/2010-10:11 p.m

alhamdulillah, Allah kurniakan sy mood yg sangat baik saat ini..membuatkan sy berkobar-kobar nak update blog..[berkobar-kobar nak cerita peristiwa semalam sebenarnya..best sangat!!]...hehe..
SBM tak mungkin kulupakan???mungkin ada yg tertanya-tanya..SBM tu Sood bin Mamat ke??salah3...takkan nama orang lelaki kot kan..apelah...SBM tu nama khas untuk program SEHARI BERSAMA MAHASISWA la..yang diadakan di SMKDHHY..Sek.Men.Keb.Dato' Haji Hassan Yunos,Renggam,Johor pada 26 jun 2010..[lepas ni memang femes la sekolah ni...dh masuk blog] :p

malam sebelum bermulanya SBM, kami check in rumah pakcik Khirunnasir..[ayah pada k.Nad]..wah...memang teruja..rumah tu sangat besar & sangat BERSIH...nak buat kerja pun selesa..malam tu kami sempat tidur sejam je...sebab nak completekan segala tugasan modul untuk hari esoknya tu...paling best bila k.nad masakkan nasi goreng & ajar cara nak laminate guna seterika..cayalah...tak sangka nak laminate pun boleh guna seterika..ingatkan kena guna mesin je...even we have the easiest way, but i prefer to choose the manual way..cheaper & practical... :)

proudly to say that we were using the fresh modul for SBM program..memang beruntung adik-adik yang join SBM ni..walaupun program tu sehari je, tapi alhamdulillah nampak berkesan..adik-adik ni pun tunjukkan kerjasama dan respon yg baik...paling menonjol, si Ayob la..dia sangat berdedikasi..lalu sebelah fasi je, mesti dia cakap, "assalamualaikum kak"..ceh3, sopannya Ayob ni..sejuk perut mak dia :p walaupun tengahari tu dia terpaksa keluar sekejap [nak main kompang untuk sambut sultan Johor kalau tak silap] ,dia join semula dalam pukul 3 lebih tu..terkejut sy..dan walaupun dia tak join perbincangan kajian kes, dia tetap keluar sama time pembentangan & jawab soalan dengan semangat :) ...[Ayob, akak respect la kat awak] :)

pagi-pagi lagi sy dah tergelak-gelak...meh sy cerita..supposedly, kami kena sampai di SMKDHHY sebelum pukul 7.30 pagi...tapi dah pukul 7.15 kami tak muncul-muncul...apalagi, cik supini pun telefon sy..nada suranya nampak macam geram+risau..."haa..jawap pun..ni cik supini telefon sorang pun tak angkat telefon.tak bangun lagi ke ape ni??"..hehehe...ade ke patut cik supini kata kami tak bangun tidur lagi..terkekek-kekek sy..kami terlambat sebab pukul 6.50 baru modul tu siap sepenuhnya..lepas tu pulak, kereta tak boleh start...alhamdulillah, Allah datangkan hero pasir gudang..hehehe...Dialah ketua pasukan kami..bro fan..he fetched us :)

Time kami sampai kat SMKDHHY, fuh...ape tu???besarnya 1 dia...tinggi betul..semangat 1 Malaysia ni..dengar cerita, nombor 1 ni masuk dalam tv..tapi tak tau la kot depa ni buat cerita kan..[saje blagak tak mau percaya..jeles sebenarnya..hehe]..dibuat dari tempurung kelapa..memang kaya la tokei kelapa kat renggam ni..banyak ooo depa guna tempurung...meh tengok ni...

fuh...masya`Allah...tingginye..dah macam bangunan pencakar langit :D

Lagu tema SBM ni memang best..lagu TITIAN KEJAYAAN...[boleh klik]..walaupun sy bukan peserta, tapi sy pulak yang rasa termotivasi..memang all out la! :p
lepas semua dah termotivasi, bermulalah sesi ice breaking, grouping & team building...memang habis adik-adik ni kami kerjakan..haaa...kalah sikit je kami calit dengan water colour..berwarna warni dibuatnya..dah macam penyokong bola sepak..kui3

time game tv rosak..kelakar3..macam-macam aksi adik-adik ni buat..[monyet panjat pokok & jatuh] :p

haha..kesian awak..sape suruh lambat..kan dah kena calit... :p

untuk kajian kes, kami guna modul 10 ciri remaja muslim cemerlang....

1)Akidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)
2)Ibadah yang shahih(Sahihul Ibadah)
3)Akhlak yang sempurna(Matinul Khuluq)
4)Tersusun urusannya
5)Sihat tubuh badanya(Qawiyal Jism)
6)Berdisiplin dengan masa(Harithun ala waktihi)
7)Pandai berdikari
8)Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu(Mujahadah ala nafsi)
9)Bermanfaat untuk orang lain(Nafiaun li ghairihi)
10)Berilmu pengetahuan(Mutsaqqafal Fikri)

modul terbaru..terbaek dari ladang!!...[ayat yg kawan-kawan sy selalu guna]..hehe..berat sebenarnya modul ni..tapi kami sengaja gunakan supaya kami dapat selitkan tazkirah disamping menjawab soalan daripada adik-adik ni..dan alhamdulillah adik-adik ni pun bersungguh-sungguh nak jawab soalan dalam kajian kes tu..awak semua memang bagus..experiment succeded! :D

lepas habis tu, tiba-tiba ada sorang cikgu ni panggil kami semua...nak bagi gula-gula sikit katanya..tapi gula-gula bukan sebarang gula-gula..mahai oooo gula-gula kami..hehe :p bertambah semangat kami nak beraktiviti..[aktiviti bergambar je pun lepas tu..memang jadi semangat la... :D]


adik-adik lelaki lower 6..yg ganjil biru tu la ayob..[abg anas nak interframe gak ek :p]

adik-adik perempuan lower 6..fasi perempuan biasalah..pantang nampak kamera..kira pe comey x comey :p

inilah barisan fasilitator SBM..sedondon tak pink dengan merah??kui3

alhamdulillah..selesai sudah program Sehari Bersama Mahasiswa ni..time kemas-kemas nak balik tu, sempat pulak geng fasi perempuan ni nak buat projek..nak buat surprise kat bro fan..[nak bagi dia terharu la kononnya ek]..memang dia terharu pon sebenarnya..hehehe..sedap la kek tu..tengahari tadi dah licin kami makan :)

"Dan orang-orang yang beriman(kepada Allah) dan mengerjakan kebajikan serta beriman kepada apayang diturunkan kepada Muhammad, dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka; Allah menghapus kesalahan-kesalahan mereka, dan memperbaiki keadaan mereka"-(surah Muhammad:2)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"-(surah muhammad:7)

-infinity of appreciation to :-
**abg fan..sebab andaikata dia taknak bawa kereta dan taknak join program, maka tak joinla sy..huhu
**k.amnani..sebab sponsor kek & air 100 plus lime time meeting malam tu..sedap!! :)
Paling sy hargai sebab k.amnani banyak bagi kata-kata semangat kat sy di saat sy terlalu sedih+lemah..kte syg k.am.. :)
**k.Nad..sebab bagi kerjasama yg baik time buat modul games..paling kelakar.."lori balak melanggar kereta kancil"..kui3..tapi takpe, kita tetap serasi :)
Paling tak boleh lupa, nasi goreng k.nad..[makanan free memanglah tak boleh lupa kn..hehehe]
**k.Arina..sebab dia bg kat sy ehem2...hanya dia & sy je yg tau :)
**ummu..sebab bg sy pencuci muka dia sikit..wangi la pencuci muka ummu..menyegarkan..lepas pakai tros tak ngantok :)
**abg anas..sebab penyampaian misterinya tu serba sedikit memotivasikan sy :)
**muhaimin..sebab candid gambar kami..huhu
**cik supini & semua fasi yang tak disebut namanya..sebab sama-sama menggembleng tenaga menjayakan program SBM ni.. :)

wallahua`lam...

Thursday, June 24, 2010

about us !

i spend all my days here the same way
chilling out, relaxed and unconcerned
there are so many things to do
a lot of them impossible for me
it's totally overwhelming
but i'm always ready to do what i can
because everyone here has a smile on their face
i may not say it very often
but i really am grateful for my family and friends
the time we spend together is so special
i could never replace any of them
we've got this moment, we've got each other
stopping, standing and laughing together
I'm so thankful, i could cry
This feeling is so wonderful
it makes today seem like a wild dream
i promise you, i'll never forget it, my precious ones
who laugh with me, support me
and keep me going
this feeling is so wonderful, and keep me going
it makes today seem like a wild dream
i promise you, i'll never forget it, my precious ones
who laugh with me, support me
..and keep me going..

~Bleach Ending's lyric~


this lyric makes me going into my memories..
i really3 miss my friends....
especially jannah...
at Matri, sunday is amal jamaei day...
as a honourable leader of 5sc Fatimah :p ,
i would ask them to count 1 to 3...
1-clean the corridor
2-clean the shower
3-clean the toilet
unfortunately, we always get number 3..
"kita ni asyik dapat bersihkan jamban je kan"...
the stereotype statement that we always said at the moment we got number 3 :)

For all students of 5sc fatimah 2008...

did u still remember the yellow carpet??
the place that we had a mid-day nap,
we would struggle to obtain a space on the yellow carpet,
but sadly,
if i'm not mistaken, the yellow carpet only fit for 6-7 persons..
but i didnt mind...because i'm always be the fortunate one :)

thanks mr. yellow carpet..u gave me the best hug for my qoilullah..u will be my witness soon! :)


"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."

Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur."

source :






Wednesday, June 23, 2010

~sELaMat hAri mAk & sElaMat hAri aBAh~

Bismillahirrohmanirrrohim....

pertama & utamanya selangit kesyukuran yg tidak terhingga sy tujukan kepada kekasih teragung sy..Allah swt...selautan selawat & salam khas buat Rasulullah saw...dan segunung kecintaan & terima kasih buat mak & abah sy...Puan Faridah & Encik Kamarudin...pasangan bahagia depa ni...insya`Allah :)

Sejujurnya...tahun 2010 ni, sy tak wish pon selamat hari mak & selamat hari abah kat mak & abah sy..sebab sy tak pernah ambil serius pon tentang ni..cuma kadang-kadang sy wish jugak untuk suka-suka..nak bagi mak & abah sy terharu la kononnya..hehehe..nampaknya tahun ni,tarikh hari istimewa tu jatuh pada cuti sem sy..jadi,dah duduk kat rumah ni, nk wish face to face tu segan la sket..[segan kenapa sy pun tak pasti]..tapi sy tetap tak rasa bersalah...sebab pada sy, setiap hari pun hari untuk mereka...setiap hari sy sayang mereka..dan setiap hari juga sy ingat & rindu mereka...mak & abah pon sayang & rindu kat kte jugak kan...??definitely so!! :D

ada banyak perkara yg paling sy ingat sampai sekarang ni..antaranya....dulu time sy kecik, sy ada tabung doraemon..sy akan jadi orang yg paling excited kalau abah sy balik kerja...skali tu dengar bunyik moto abah...sy pon jerit la..."yeyyyyy!!!abah balik!!!prangggg!!!tabung doraemon sy terlepas dari tangan...[excited punye pasal]..huhu...tapi time tu kecik lagi, apa sy kisah...turun tangga terus jumpa abah..."abah,tabung doraemon tu dah pecah..nanti belikan yang baru tau"..sy tak ingat apa jawapan abah sy..tapi kalau sy yg jadi abah sy, sy jawab.."banyakla nak beli tabung baru..menabung pun tak"..kui3 :p

time sy darjah 1, keluarga sy berpindah ke Taman Mawar, Pasir Gudang...di situlah bermulanya episod yang best antara kami adik-beradik & abah sy..bila abah sy balik keje je,mesti kami dah sambut depan pintu..."yey!yey!abah balik"..kami seronok sangat sebab nanti abah bawak kami pusing-pusing taman..tapi selalunya sy duduk belakang sebab mesti adik beradik yg lain dah cop duduk depan..[sy lambat sebab kena pakai tudung dulu]..pernah sekali sy naik moto dengan abah sy tak pakai tudung,balik tu mak sy warning sy..[garang betul mak sy ni..adess].."lepas ni kalau tak pakai tudung, mak botakkan rambut tu"...ikut logik,takkan la mak sy sanggup buat camtu kan..tapi umur darjah 1, semua pun sy percaya...naive..hehehe..

abah sy ni baik sangat la..tak suka marah-marah & pukul-pukul melainkan kalau dah melampau sangat...haaaa,time tu bersedia jela...[kami adik beradik semua pernah kena rotan..zapppp!!perh...bisa tuu abah sebat]..tapi takpe, abah mesti rotan untuk kebaikan..paling respect kat mak & abah sebab mereka takkan marah anak-anak depan orang lain..tapi paham-paham jela bila mereka dah jeling[takdenye nak kenyit-kenyit mata..huhu]...sampai rumah siap la..alhamdulillah, mereka mendidik kami mengikut acuan islam...kecik-kecik lagi kami dah ikut program aulad..pergi rehlah sana-sini...best2!!

kat dunia ni, mak sy lah wanita paling baik dengan sy..mak masak tak pernah tak sedap..itu yg anak mak semua pernah 'sihat' ek :D ..kami balik dari asrama, memang mak sy masak special-special...tu yg keje nak balik rumah je...hehe...mak ni kira wanita serba boleh la..[cuma tak boleh bawak kete je kot..sebab mak sy cakap yg mak sy ni cepat panik..tu yg kena darah tinggi tu agaknya..kesian kat mak]..mak sy suka pokok..suka bunga...habis penuh kat depan rumah tu dengan pokok2 bunga..siap nak ada pasu gantung lagi...pening kepala abah...bukan apa,takut roboh je awning tu...tapi mak buat tak tau je..hehehe...kawan-kawan abah selalu ajak abah makan luar, tapi abah cakap, "buat apa nak makan luar..isteri kat rumah dah masak sedap-sedap"...ceitt,mak pun apalagi...senyum-senyum malu la tu..nak tergelak sy dibuatnya... :p

mak pun pandai jahit...save sikit budget abah..tak payah nak tempah-tempah baju kat orang...tapi yg jadi mangsanya, sy la...berlonggok-longgok baju orang kat bilik sy...akhirnya kata sepakat dibuat...tengah-tengah ni sempadan..sebelah sana tu kawasan jahit mak...sebelah sini pulak tempat tido kita...mak pun setuju..alhamdulillah :D
tapi sy tak la kejam sangat...kawasan jahit mak tetap sy yg bersihkan..[sebab still dalam kawasan bilik sy]..kang kalau tak bersihkan, mak kecik hati pulak..sy pulak yg berdosa..huhu

atas jasa baik mak & abah..sy dapat hidup selesa hingga ke hari ini..alhamdulillah...dan atas kegarangan mak & abah jugak la, sy pandai masak sket-sket & kemas umah...dan yang paling utama, atas fikrah & tarbiyyah islamiyyah yg mak & abah berikan pada sy, insya`Allah sy akan cuba amalkan secara istiqomah...mudah-mudahan sy jadi manusia yg bermanfaat untuk semua.."sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat" (hadis Rasulullah saw)...last but not least...I LOVE BOTH OF U WITH ALL MY HEART..*wink*wink* ;p

wallahua`lam.......

Tuesday, June 22, 2010

SAYA dan DIA...

bismillahirrrohmanirrohim.....

sy mintak maaf andaikata post kali ini tidak membawa makna apa-apa bagi anda semua..post sy kali ini tiada kata-kata ceria..tiada gurau senda..icon-icon smile [yg tak berape menjadi] juga tiada..insya`Allah..post sy kali ini agak sayu sebagaimana sayunya hati sy saat ini...Ya Allah..Kau kuatkanlah hati sy dan dia...bukakanlah hatinya untuk lebih merasai nikmat & kasih-sayangMU...Kau jernihkanlah hatinya supaya dia lebih mendekatiMU..moga-moga ujian ini membawa makna yang besar utknya..supaya dia lebih mengenali & memahami erti kehidupan...
juga lebih berhati-hati dengan dunia yang penuh dengan fitnah dan penipuan..

petang tadi...saat sy dengar berita itu, hati sy bagai dirobek-robek..dihiris-hiris..dicincang-cincang...ahhhhhh.....hampir saja air mata sy ni tumpah..tapi sy kuatkan jugak hati..sy cuba berlagak biasa seolah-olah perkara tu tak serius pun..tapi akhirnya sy terduduk lemah..saat itu...detik itu...sy sedar yg sy amat-amat menyayangi dia...sy dah tak dapat nak fikir apa-apa..selain wajah dia...kenangan sy bersama dia..time sy baik dengan dia..time sy gaduh-gaduh dengan dia..lately, sy jarang berhubung rapat dengan dia..tapi dalam masa yg sama sy tak pernah lupa dia..sy selalu risaukan dia..

saat itu juga, sy mula bencikan perempuan itu..sy tak pasti anda benar atau tidak..tapi sy yakin anda silap..anda silap fitnah orang..ahh...penampilan ala-ala bohsia..dalam hati kecil sy ni,sy benci perempuan macam awak...[walaupun sy tak pernah nampak awk,tapi sy yakin dengan informer sy..dia takkann tipu sy]..sy harap sy tak jumpa awk...supaya tidak bertambah-tambah rasa benci sy terhadap awk..sy ni dah macam orang baru terhantuk..baru kali ini sy benar-benar mendalami hadis "wanita itu fitnah dunia"..tapi tidak bermakna sebelum ini sy menafikan..tapi kata-kata itu hanya bermain di lidah saja..macam orang cakaplah..bila kita dah kena,baru la kita betul-betul tahu..tapi saya harap dan doa sangat-sangat yang anda semua dijauhkan daripada fitnah dunia...ada hikmah sy & dia ditimpa ujian ni..insya`Allah..[walaubagaimanapun, sy tetap doakan perempuan yg sy benci ni dapat hidayah..supaya dia tak fitnah orang lain pulak..huh]

itu lah kan..mudah kita nak pujuk orang supaya sabar..mudah untuk kita nak pujuk org supaya jangan marah..syaitan suka ambil kesempatan kat orang yang tengah marah & terlalu bersedih.. selalu sy nasihat kat orang..tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, Allahu akbar...perlukan hati & jiwa yang kuat..Ya Allah...hanya Engkau pemilik segala kekuatan..bantulah aku....

Ya Allah, jika ujian ini bayaran terhadap dosa-dosaku & dosa-dosanya,maka aku redha...Duhai hati,yakinlah engkau....segala ketentuan Allah itu yg terbaik..yang mana buruk & payah di mata kami, tapi hakikatnya itulah yg paling indah & sesuai dengan kekuatan jiwa kami...


Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita [Riwayat Al-Bukhari]

Maka takutlah kalian kepada dunia dan
takutlah kalian kepada wanita. [HR Muslim dari shahabat Abu Sa’id al Khudry]

Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat.
Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya. [HR. Muslim]

Tahukah anda bahawa hebatnya seorang manusia yang bergelar wanita ini sehingga dengan rosaknya seorang wanita di dunia, dia mampu mengheret 4 orang lelaki bersama2nya ke dalam neraka. Lelaki2 tersebut adalah:

1-AYAHnya
Apabila seorang bapa tidak mempedulikan kebajikan agama anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak pernah kisah tentang ilmu akhirat bagi anaknya. Tidak mengajar mahupun mencari orang untuk mengajarkan anaknya ilmu dan keperluan agama seperti menunaikan solat, berpuasa, mengaji al-quran dan sebagainya. Dia membiarkan sahaja anak2 perempuannya mendedahkan aurat dan tidak pula menegurnya. Maka, dia bakal diheret ke neraka oleh anaknya itu.

2-SUAMInya
Apabila seorang lelaki bergelar suami, perpindahan tanggungjawab daripada ayah si isteri kepada dirinya akan bermula. Jika dia tidak mempedulikan perlakuan isterinya seperti berhias bukan untuk dirinya, yakni untuk lelaki yang bukan mahram dan tidak halal baginya. Apabila isterinya mengingkari suruhan dan larangan Allah, tidak pula dia menegurnya. Sekalipun dia seorang ahli ibadah, dia tetap akan diheret ke neraka di akhirat kelak oleh isterinya yang tersayang itu.

3-ADIK-BERADIK LELAKInya

Apabila ayahnya sudah tiada, maka seorang perempuan itu dipertanggungjawabkan kepada adik-beradik lelakinya. Tanggungjawab menjaga maruah wanita telah beralih daripada bahu si ayah kepada si abang mahupun adik. Sekiranya mereka membiarkan sahaja adik-beradik perempuan mereka dalam kemungkaran, melencong dari ajaran Islam yang sebenar dan hanya mementingkan keluarga masing2 sahaja maka, mereka sebenarnya menempah tempat di neraka kerana turut bakal diheret ke neraka.

4-ANAK2 LELAKInya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya dalam perihal yang diharamkan dalam Islam. Tidak pula menyuruh ibunya mentaati Allah. Membiarkan si ibu mengumpat, mengata dan berbagai2 lagi kemungkaran yang dilakukan oleh si ibu, maka mereka juga tergolong dalam golongan yang bakal diheret ke neraka kelak.

wallahua`lam~


Sunday, June 20, 2010

Roadshow LL4G di Johor Bharu

Alhamdulillah ALLAH beri keizinan untuk roadshow lifeline4gaza berlangsung di JOHOR dengan jayanya, dan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

-MASJID Bandar Baru Uda, JOHOR BHARU.

Mengambil daripada kata-kata yang disampaikan oleh Dr. Arbaie Shahwal, beliau mengatakan bahawa, Palestin adalah masalah aqidah bg umat islam, masalah yang tidak akan berakhir hingga hari kiamat selagi mana Palestin tidak dimerdekakan.

Selain itu, beliau juga menceritakan perihal sewaktu kejadian tragedi 31 Mei, yang mana MAVI MARMARA diperlakukan dengan ganas oleh komando ISRAEL yang mahu menawan kapal. Beliau juga menceritakan detik-detik yang cemas dan tidak boleh dilupakan sewaktu kejadian dimana beliau mencium 3 orang yang syaheed dengan menggambarkan, bau harum mayat syuhada’ itu seperti harumnya kasturi.

Beliau juga sering mengulang-ulangkan supaya masyrakat bangkit dari lena, kerana isu gaza ini bukanlah isu yang sementara, isu yang boleh diambil ringan dan realitinya isu yang perlu diutamakan dan beliau juga menyatakan kerinduan beliau untuk menjejakkan kaki ke GAZA.

Panel seterusnya Ustaz Hasanuddin pula menyatakan bahawa, beliau dengan izin ALLAH yakin bahawa Turki adalah negara yang akan bangkit untuk membantu islam dan seterusnya akan diikuti oleh negara arab dan negara-negara islam yang lain.

Beliau juga menceritakan sewaktu MAVI MALVARA ditawan, beliau dipijak oleh komando zionis sambil ketawa, dan komando zionis menjadikan beliau sebagai tempat laluan jalan, dan komando-komando zionis yang lain yang lalu lalang disitu akan memijak badan beliau untuk meneruskan perjalanan. Tetapi kata beliau, “dengan mengingatkan bahawa yang kaki yang pijak itu milik ALLAH, dan badan yang dipijak itu juga milik ALLAH, allhamdulillah kesakitan itu dapat ditepis oleh kerana ingatan kepada ALLAH itu sangat kuat” dan katanya lagi “saya teringat sewaktu dipijak itu bahawa dalam ayat al-quran ada menyatakan yang kaum yahudi ini adalah kaum perosak, dan sekarang ini, saya merasakan ayat itu secara realiti”.

Beliau yang juga pengerusi AQSA SYARIF memberitahu jemaah masjid bahawa, pihak AQSA SYARIF ada menyediakan skim bantuan anak-anak yatim. Dan jika ada dari Malaysia yang berhajat untuk menyara anak-anak yatim itu secara bulanan sangatlah dialu-alukan.

...............................................

TRAGEDI MAVI MALVARA: Diskusi bersama relawan negara telah berlangsung semalam iaitu pada16 Jun di Dewan Senat UTM skudai. Membariskan Ust Hasanudin AQSA syarif, Dr Syed Haleem HaluanPALESTIN dan Dr Mohd Arbaei HaluanPALESTIN

Alamdulillah mereka telah menjelaskan matlamat Lifeline4gaza, pengalaman dalam Mavi Marmara dan menggariskan kerja-kerja seterusnya yang akan dilangsungkan diatas kesinambungan penghantaran kapal sebelum ini.

Dewan padat, dihadiri oleh Timbalan NC UTM, Dekan-dekan fakulti, Ketua Jabatan, Prof-prof, kakitangan dan pelajar UTM. Sumbangan daripada beberapa persatuan dalam UTM kpd Haluanpalestin dan Aqsasyarif.

Pada jam 3 ptg, Dr Syed Haleem ada sesi bersama staf Fakulti Arkitek UTM.

Panel pertama iaitu Dr.Arbaie Shahwal dari HaluanPalestin , menjelaskan matlamat utama lifeline4gaza ini dilangsungkan.Beliau menyatakan bahawa idea untuk menghantar kapal ini diberikan oleh pihak NGO daripada Turki iaitu IHH, dan menjemput juga wakil dari Malaysia untuk turut seta dalam konvoi tersebut. Beliau menyatakan, bahawa di Malaysia ini, lebih daripada 20 NGO yang turt serta menyajakan program ini, walaupun yang menaiki kapal hanya 12orang sahaja. Tetapi, usaha-usaha sebelum pelayaran berlangsung, NGO-NGO yang sama-sama berkolebrasi ini, berusaha bersama dengan pelbagai cara seperti mengutip dana dan membuat penjelasan-penjelasan tentang isu gaza ini.

Dan beliau juga menegaskan bahawa, misi penghantaran kapal ini , adalah misi kemanusiaan semata, tidak ada pembawaan senjata seperti diwar-warkan ISRAEL yang sangat terkenal dengan sikap penipunya dan sifat yang tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, antara misi kemanusiaan melalui jalan laut ini, beliau menyatakan , tujuan utamanya adalah untuk merobohkan, tembok-tembok kematian yang dibina oleh ISRAEl ini, yang dibina mengelilingi gaza 8 meter keatas, selebar 2-3meter dan sedalam 30 meter kebawah tanah. Dan, method untuk merobohkan itu, bukanlah dengan senjata, tetapi, dengan tekanan-tekanan daripada pihak dunia, dan media seluruh negara, supaya kejahatan dan kerakusan pihak ISRAEL ini dizahirkan kepada penduduk dunia.

Beliau juga ditanya oleh hadirin yang datang, “Apakah persediaan yang dibuat sebelum DR, mengikuti konvoi ini?”. Dengan nada rendah hati, beliau menjawab, buat pengetahuan hadirin, saya telah menyertai HALUAN sudah 20 tahun, dan proses-proses selama menyertai HALUAN itu adalah persediaan-persediaan saya. Beliau juga menyatakan bahawa persediaan dari sudut rohani juga fizikal diberi penekanan.

Panel seterusnya, ustaz Hasannudin Yusof dari Aqsa Syarif, menyatakan bahawa kehadiran beliau bukanlah sebagai penglipur lara atau hendak menagih kasih diatas kejadian yang berlaku. Tetapi, datangnya beliau adalah untuk menyampaikan perihal sebenar, dan dalam masa yang sama untuk membangkitkan hati-hati masyarakat supaya turut bersama-sama menjayakan misi menerobos tembok kematian ini.

Hujah beliau yang menyatakan, supaya semua umat islam bersatu, dan semua orang mesti membuat kerja-kerja untuk menyatakan kesedaran kepada semua masyarakat, kerana dengan hanya beberapa kelompok sahaja yang berusaha tidak mampu untuk menjayakan misi yang sangat besar ini.

Beliau mengaitkan konvoi menggunakan kapal ini dengan sirah semasa zaman Rasulullah SAW.Baginda telah menekan pihak kafir supaya membenarkan sesiapa sahaja yang datang untuk membuat umrah yang dimana mereka datang dengan berpakaian ihram.Pada waktu itu, Mekah dikuasai oleh orang kafir.Kaum kafir pada ketika itu mereka rasa sangat tertekan, kerana jika mereka menghalang pergerakan orang-orang untuk membuat umrah, kaum kafir akan ditindas dan dicemuh oleh golongan negarawan-negarawan lain dan jelas mereka tidak mempunyai pilihan.Lalu mereka membenarkan umrah tersebut dilakukan. Disini, terbukti bahawa tindakan-tindakan bijak Rasulullah SAW sudah dicontohi oleh pihak IHH, dan Turki.Justeru, kita harus terus maju dan tidak menoleh kebelakang tentang misi ini, dan perjuangan ini tidak akan terhenti setakat ini.

Beliau juga sebagai pengerusi AQSA syarif, mengalu-alukan kepada hadirin yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk kesinambungan dan tunggak misi menerobos tembok kematian ini.

Panel seterusnya, DR. Syed Halim dari HaluanPALESTIN, yang juga adalah antara doktor perubatan yang mewakili Malaysia diatas kapal tersebut, juga menjelaskan dengan tegas, pendirian beliau menyertai konvoi kemanusian ini, adalah kerana ALLAH dan rasa tanggungjawab untuk meruntuhkan tembok kematian itu, dan seterusnya membebaskan masjid AL-AQSA dan memerdekakan Palestin dari belenggu ancaman negara haram Israel.

Beliau menceritakan pada babak yang mana beliau telah merawat 2 komando Israel yang ditembak oleh rakannya sendiri secara rambang. Beliau sangat terharu dengan ketaatan ahli konvoi, kerana mengikut arahan ketua kapal, 2 komando itu tidak diapa-apakan dan beliau sebagai doktor yang merawat juga tidak dibenarkan mengikat komando itu semasa melakukan pemeriksaan. Disini, beliau menggambarkan bahawa akhlaq dan peribadi islam yang mematuhi arahan ketua itu menjadi simbol kepada kekuatan konvoi tersebut.

Beliau juga menceritakan sepanjang malam-malam diatas kapal itu mahu berakhir, Bulun Yadrem selaku presiden IHH, sering mengingatkan kepada peserta konvoi, agar, yang mana rasa dirinya banyak dosa, dan tidak cukup ibadat kepada ALLAH, silalah bermunajat dan mohon kemaafan kepada ALLAH sebelum tidur. Ia jelas menunjukkan, kebergantungan hati kepada ALLAh sangat kuat.

Dan beliau juga menceritakan betapa beliau merasa syukur kepada ALLAH kerana telah membuka mata dunia di atas tindakan rakus dan zalim rejim zionis ini, yang selama ini masyarakat menganggap isu ini hanya perkara biasa dan ada juga masyarakat selama ini hanya menganggapnya sebagai mitos untuk menagih kasih. Dan sekarang Alhamdulillah, dari pelbagai bangsa, negara dan dari pelbagai ideologi tanpa mengira perbezaan telah melihat isu Palestin ini sebagai isu global, dan bukan lagi menganggap bangsa arab sahaja yang bertanggungjawab keatasnya.

..........................................

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH roadshow lifeline4gaza diteruskan pada tarikh 19.06.2010, di Kompleks Dewan Belia & Sukan Larkin yang dianjurkan oleh kelab PROwaris (Kelab Penyatuan Melayu Johor). Dengan dihari oleh VVIP dari pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, tetamu jemputan, Tn hj. Norazman(HaluanPALESTIN), dr. Arbaie shahwal(HaluanPALESTIN), Ustaz Aminuddin(AQSA syarif), dan ahli-ahli NGO Johor.

Majlis dimulakan dengan penerangan oleh ustaz aminuddin oleh AQSA syarif, yang menragkan siapakah Israel,Zionis dan Yahudi menunjukkan muka-muka para syuhada dan biodata mereka, dengan slid-slide yang sangat menghayat hati dan terkesan dijiwa.

Didalam slide tersebut memaparkan, dimana warga emas yang bukan beragama islam yang berkerusi roda juga bersemangat untuk pergi ke Gaza jika kesihatan beliau mengizinkan. Selain, menerangkan asal usul kejadian negara haram Israel ini.

Seterusnya,majls disambung dengan menjemput tn hj Norazman dan Dr. Arbaien naik kepentas yang dipengerusikan oleh wakil dari ahli PROwaris.

Tn. Hj. Norazman memulakan perkongsian beliau dengan memuji nama-nama ALLAH dan menerangkan tentang perjalanan sejarah memperjuangkan PALESTIN daripada tahun 2005-2010.

Pada tahun 2005, mula terbinanya tembok-tembok kematian yang mengelilingi seluruh Gaza sepanjang 820 KM yang panjangnya melebihi dari johor hingga ke perlis. Tembok-tembok yang tingginya 8meter, lebarnya 2-3meter dan dalamnya 30meter itu, dibina ada sesetengah bahagian satu lapis, dan ada sesetengah bahagian dua dan ada yang tiga lapisan setiap 200-300meter. Mereka yang mendekati termbok tersebut dengan jarak 200meter hampir, akan ditembak.

Pada tahun 2006,telah berlakunya pilihanraya dan pilihanraya tersebut disahkan oleh kakitangan amerika syarikat, yang mana, pilihanraya yang bersih dan adil dari semua sudut dan dikatakan pilihanraya yg terbaik yang pernah dilangsungkan. Pilihanraya yang dimenangi oleh kerajaan HAMAS dengan pemerintahan Ismail Hanieyah,tetapi dinafikan Israel yang mengataka bahawa ada penipuan berlaku semasa pilihanraya tersebut dan sepatutnya yang menang adalah koncunya FATAH dengan pemerintahan Mahmoud Abbas. Mula daripada itulah Gaza telah disekat seluruhnya hanya disebabkn HAMAS tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Jadi, bermulalah, hari-hari gelap penduduk Gaza dengan tiada saluran air , tiada makanan, tiada minuman bersih dan semua bantuan dihalang oleh Israel dan dibantu oleh rakan baiknya Mesir yang sama-sama bersetongkol menutup pintu Raffah.

Pada tahun 2007-2008 berlakunya usaha-usaha pendamaian antara HAMAS dan FATAH, dengan pebagai perjumapaan dan rancangan, tetapi ALLAH izin, penyatuan itu tidak berlaku.

Dan bertambah buruk, apabila, Israel mengambil langkah untuk menggagalkan rancangan penyatuan ini, dengan mengambil langkah pada 5 disember 2009, menjadikan berlakunya peperangan terbesar didunia keatas gaza, dengan sebanyak 1.5 juta tan bom ditaburkan keatas bumi gaza, bom-bom haram dari undang-undang antarabangsa juga seperti fosforus juga digunakan dengan rakus oleh Israel yang angkuh.Mereka memberi amaran bahawa, “Kami akan dapat menawan Gaza dalam masa 24jam sahaja”, tetapi, apa yang berlaku selama tempoh 23 hari peperangan yang tidak henti, pagi dan malam, pihak Zionis tidak berjaya untuk menawan Gaza, dan terpaksa akur dengan kekentalan penduduk Gaza.Selama waktu itu, hanya seramai 1700 orang yang mati syaheed.

Bermula dari peperangan tersebut, pihak media mengambil liputan meluas, dan Gaza mendapat perhatian masyarakat, tetapi, tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan kepada Israel hingga ke hari ini. Dan sejak kejadian itu, pihak NGO dari seluruh dunia mula menghantar bantuan kemanusiaan, dari ubat-ubatan sehinggalah ke alat pembelajaran kepada rakyat Gaza.

Tn Hj. Norazman juga menyeru kepada pihak media terutama di Malaysia agar cakna dan ambil peduli tentang permasalahan isu Palestin ini, dengan membuat program-program di televisyen, ataupun membuat liputan misi kemanusian ini. Beliau menegaskan, bukanlah populariti yang dikejarkan , tetapi, permasalahan ini, perlu diketahui oleh semua masyarakat, bukan hanya dipejuangkan oleh sesetengah pihak sahaja.

Beliau sangat kesal kerana ada sesetengah wartawan yang mengkhabarkan bahawa Gaza dalam keadaaan baik-baik sahaja,ada kereta dan ada peti ais, dan mereka tidak perlukan bantuan pun.Itu semuanya bohong dan palsu!!

Hakikatnya mereka serba kekurangan dan mengalami kesempitan hidup.Malah, segala barang bantuan tidak dibenarkan masuk.

Beliau juga menceritakan fakta penglibatan beliau sebagai aktivis HaluanPALESTIN dan seorang sahabatnya, bersama lagi 10 orang dari Malaysia pada Disember 2009, dengan menyertai konvoi Viva Palestina yang telah menghantar barang bantuan dan mereka hanya berjaya masuk pada 6 Januari 2010. Konvoi Viva Palestina itu tidak mendapat sambutan media, walaupun sebenarnya mereka dibaling batu oleh tentera Mesir, hinggakan ada yang pengsan dan berdarah kepala.

Justeru, dengan kesinambungan Viva Palestina ini lah,wujudnya satu flotilla bersejarah dengan idea daripada NGO Turki(IHH), untuk menghantar barang keperluan ini melalui jalan laut dengan menggunakan kapal-kapal, kerana Israel ada membuat perjanjian bahawa tidak boleh menyerang mahupun menahan kapal-kapal Turki yang berlabuh di perairan Gaza. Misi besar ini juga membawa niat yang besar, iaitu menerobos tembok kematian dan menghancurkan sekatan yang diberikan. Akhirnya, berlakulah tragedi 31 mei.

Seterusnya beliau menegaskan, InsyALLAH dalam masa terdekat ini, kapal yang lebih besar akan dihantar lagi. Beliau menyeru agar semua pihak memberi sokongan dari semua aspek untuk membantu misi-misi kemanusiaa ini supaya terus berjalan tanpa mengikut musim.

“Apa yg berlaku di flotilla adalah satu tanggungjawab, janganlah kita membiarkan darah-darah yang mengalir itu dilupakan, dan jika kita hanya berpuas hati dengan hidup serba kemewahan ini dan dengan apa yang kita ada sekarang, ketahuilah bahawa Allah akan tanya dan persoalkan kelak, APA YANG KAMU SUMBANGKAN UNTUK PALESTIN??

Beliau mengakhiri dengan sepotong hadis, Barangsiapa yang membantu mereka untuk berjuang, sama juga seperti mereka yang pergi berjuang (hadis Rasulullah saw).

Panel seterusnya, DR. Arbaie Shahwal (HaluanPALESTIN)

Barangsiapa yang tidak mengambil berat hal kaum muslimin, dia bukanlah dari golongan itu.

Beliau menerangkan kepada hadirin bahawa terdapatnya ejen-ejen perisik antarabangsa yang dipercayai duduk bersama-sama dengan mereka, tetapi bukanlah di kapal besar MAVI MALVARA, tetapi mereka ini berada di kapal-kapal kecil yang tidak diberi penelitian tentang ahli yang mengikutinya, dan kapal-kapal kecil ini datang dari pelbagai negara seperti Greece, Ireland dan sebagainya.

Hal ini kerana, setiap warga Mavi Marmara akan disemak dan dipastikan identitinya.Kapal Challenger 1 dan Challenger 2 yang dikatakan telah diberi oleh Tun Mahathir selain dari kapal Rachel Corrie, dikhabarkan telah disabotaj *wheel* nya, menyebabkan kapal-kapal tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik sekaligus menyebabkan tarikh bermulanya pelayaran ditangguhkan.

Dan seterusnya, ada hadirin yang hadir bertanyakan,” Mampukah kita mengheret Israel ke muka pengadilan???”

Beliau, menjawab, Insya`Allah pada bulan September ini akan berlangsungnya perhimpunan OIC untuk membawa hal ini ke pengadilan dunia dan Malaysia akan menghantar Perdana Menteri kita ke New York.

Sebelum mengakhiri majlis, saudara Norazman Samsudin sempat berpesan.Jika kita betul-betul nak menghalau Israel, kita perlu bersatu.Untuk bersatu, kita perlu banyak berlapang dada dan perlu tengok pada persamaan,bukannya perbezaan.Kita juga perlu bersatu untuk memperbaiki keluarga dan masyarakat.

Tegas beliau, inilah hakikat perjuangan dan apabila disebut tentang perjuangan,harus ada persiapan.Seseorang yang berjuang itu mestilah boleh berjuang dengan dirinya sendiri untuk mentaati perintah Allah.Kebiasaan pada waktu malam di Malaysia, anak-anak muda melepak sana sini, namun anak-anak Palestin akan duduk menyorok di belakang pokok dan di sudut-sudut bangunan untuk memastikan jika berlaku sebarang tindakan untuk menembak bangunan atau sebagainya.Sambil-sambil mereka menjadi mata-mata, mereka akan berbincang mengenai Alquran dan diri mereka. Mereka tidak lagi berfikir tentang mati tetapi mereka berfikir syurga manakah yang akan mereka diami setelah syahid nanti.

Dr. Arbaie Shahwal menegaskan, walaupun kita tidak berjaya masuk ke Gaza, Allah telah memberikan kita kejayaan yang lebih besar iaitu kita telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Israel.

Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan oleh pihak PROwaris yang berjumlah RM1200.

Wallahua`lam..........


written by:~bintufadeen..sarah..muhaimin~