Friday, May 27, 2011

rare earth-Gebeng






Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kayadengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Video yang aku katakan tadi oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan� sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Thursday, May 26, 2011

sehari bersama mahasiswa edisi-3








tuan badan: ok cik jari, mari kita exercise..
cik jari: mari.sy rasa makin cergas la tuan badan...mekaseh..
tuan badan: it's ok..my pleasure.. ^^






Alhamdulillah.Allah telah rancang yg terbaik buat sy.andaikata sy diterima untuk start praktikal 9 Mei, mustahil rasanya untuk sy join program-program sebegini..tapi..itu lah kan..bila kita tak dapat seperti apa yg kita rancang, memang rasa geram je memanjang..nanges pun ye jugak...stress kot tak abes paper lagi tiba-tiba dapat jawapan praktikal tak diterima..dua tempat lagi tu..memang sedih.akhirnya..sy diterima praktikal kat MBJBT...start 27 jun...barula sy nampak hikmahnya...sebab kebanyakan program sebelum 27 jun...ok.dah nampak...Allah nak bagi sy peluang untuk buat amal la tu..moga-moga amal sy diterima Allah...ameeennn....


program 1st time cuti ni---->Sehari Bersama Mahasiswa edisi-3..memang best...alhamdulillah ni kali kedua sy ke sekolah ni..warga sekolah ni pun sporting belaka..senang nak settle kerja..macam biasa,lepas pengenalan fasi kita akan start dengan ice-breaking...tak sangka...ice-breaking ni bertukar jadi game yg ganas..haha.jatuh-jatuh sikit tu kira biasa la kan...kata dah dewasa...hehe


ni time ice breaking.sape lambat, memang cari penyakit.tapi...comey apa ada warna-warni kat muka..



seronoknya mencalit! ^^


korang tengok apa ni?
haa..yg ni plak main game...ntahla..tak sure apa nama game ni...kena tanya kat luqman..  memang meriah game ni kalau semua orang reti main..tak tahan nak gelak tengok korang.haha


klaka.punyala taknak sebut.benda yg tak logik pun boleh keluar..hehe
yg ni pulak time modul kajian kes..modul turun-temurun untuk program ni...jom sama-sama kita study 10MT..terapkan dalam jiwa.konfem hidup kita akan cemerlang.insya'Allah..



muka-muka insaf ^^
oh.beriyanya sy.... =.="
time modul kain pelikat...camne la team lelaki boleh kalah ek..pelik sebenarnya ni....


memang tak logik.team lelaki paling tak menang.kesian... :D


ok.ok.lekas bersedia..kang kalah kena calit lagi..


bangga.team gegurl menang semua. ^__^

ni pulak modul belon magic..main pakai letak nama je ni...janji ada bunyi belon..best ek game ni.lenjan jela air liur sape pun.nak menang punya pasal..hehe


haha.macam-macam rupa....^^


paling kesian group yg dapat gambar bola.sabo jela dik....




 hehe...kalah puzzle ye dik...takpe2...bukan senang orang nak bagi buat konsert sendiri..^^



yeyyy!!!tepuk2..sedap suara...nak pinjam boleh...hehe
yeah..we love SBM.. :D
tak sempat senyum...
ceria bila nampak kamera...hehe
hehe...sayang akak dot!^^


 warga Sehari Bersama Mahasiswa Edisi 3...senyum... :) 

terima kasih.terima kasih.terima kasih.
sebab kalian bagi kerjasama yg sangat baik.
pihak SMKDHHY..student lower 6 yg baik-baik belaka..
para fasi---> a.fan..adam..luqman..hilmi..abbas..
k.nad..k.balqis..yott..dot


..semoga kalian terus cemerlang dunia & akhirat..




Tuesday, May 17, 2011

sori.

Bismillahirrahmanirrahim.


sebelum apa-apa, nak mintak maaf sangatsangatsangat.mungkin daripada 15 orang yang suruh sy follow back, cuma 5 orang je yg saya buat macam tu.sebab apa?sebab sy hanya akan follow blog yg bawa manfaat pada diri sy.kalau setakat blog cerita pasal gf @ bf, minta maaf sangat.sy tak dapat nak follow.harap faham ya.^^



Tuesday, May 10, 2011

mee goreng basah versi campak-campak

Bismillahirrahmanirrahim...


orang kalau dah lama tak update blog, macam ni la kut gayanya...sekali dah update, rasa nak update berkali-kali pulak.takpela kan...tak salah pun. :D


tiba-tiba pulak kan rasa teringin nak makan mee goreng basah..kali ni memang teringin tahap tak tau nak cakap la..takdenye nak tanya kat mak.malu kut dah nak masuk 20 tahun tak reti nak masak mee goreng..sekarang ni zaman maklumat kat hujung jari...tanya pakcik google lagi senang...sekali taip, resepi mee goreng basah saje dah keluar nak dekat 50..masing-masing ada cara masak tersendiri...dah teringin sangat punya pasal, sempat tengok sekali lalu je..ahh...hentam jela..kalau nak jadi, jadikla...kalau tak jadik, tak kisah pun..sebab memang nak masak untuk sorang makan..[bukan sebab kedekut.tapi sebab mee kuning memang tinggal sikit] =.="


mak apalagi...sengih-sengih ah...'angin dia dah datang dah...kalau sedap nak rasa sikit ea..' ceh.sedap baru nak rasa.kalau tak sedap mesti mak gelak punye..'ok mak.harap-harap tak sedap.haha'


MEE GORENG BASAH FATIMAH..weehuu! :D


mee kuning
bawang merah
bawang putih
cili kering
sos tiram
kicap
tomato
daging kisar


sedih kut cuma jumpa ni je kat dapur.nampaknya nak kena gi pasar beli barang dapur lagi ni.sayur dah habis.ahh...peduli la takde sayur-sayur segala bagai tu..teringin sangat punya pasal..tanpa berfikir panjang, terus kisar bawang+cili kering.tumis-tumis dengan senang hati.then masukkan sos tiram, kicap, daging kisar..kalau rasa kurang air,boleh tambah..pastu masukkan garam+gula+serbuk perasa..bila semua dah ok, masukkan mee kuning+tomato...tiba-tiba rasa nak gelak...macam pelik la pulak mee goreng basah aku ni..kosong semacam je..tapi bila rasa, perh.macam sedap..tapi malu la pulak nak panggil mak sebab mee goreng ni nampak macam selekeh je.macam gaya budak main masak-masak. =.="


skali mak cakap sedap la pulak..'tmah blaja kat mana ni?sedap la...nak sikit.mak nak modified sikit yg bahagian mak' peh.peh.peh.lawan tokei ni....yg mak punya, mak letak daun limau purut seyh.memang ah mengancam.ngelat betul.pastu bila orang mintak sket, gelak2 kan.takpe.takpe.yg penting basicnya dah sedap.haha!


ok.selamat mencuba ^_^


nota untuk fatimah: kan.kan.kan.di mana ada kemahuan di situ ada jalan.kalau dah teringin sangat tu, pandai aje..keep it up!terus cari resepi-resepi best.kalahkan mak.yeah!^^





setelah tamat kelelahan sementara...

Bismillahirrahmanirrahim....


alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.habis sudah final exam yg sememangnya best & menggembirakan tu =.="


seriously, sebelum ni rasa macam pelik g*la bila tengok orang study sampai makan pil nak reduce headache..itu memang jenis rajin tahap gaban la kut. doctor-to-be mungkin. tapi....sekarang langsung dah tak rasa pelik g*la.
memang tak sangka langsung pun...ok.sebelum tu...memang tak dinafikan apa-apa course pun memang ada susahnya sendiri..tapi dlm blog ni HANYA cerita pasal course EOH je...untuk course lain, cari kat blog lain.. :)


subject yg agak tough untuk sem ni = medical biochemistry+human physiology...kedua-duanya saling berkait..dan..ye..kedua-duanya sangat susah.. 


nak dijadikan cerita, bajet 3 hari je untuk katamkan segala lecture note physio..baca punya baca, hafal punya hafal, sampai satu tahap tiba-tiba badan rasa lain..rasa macam nak demam...haish...kepala pulak berdenyut-denyut...ok2..jangan panik...gi mandi...dah sudah mandi, nak sambung study...oh man..nampak kabur je tulisan-tulisan kat lecture note tu...ni tandanya dah kena rehat kut...nak taknak, terpaksa jugak telan Milidon...pil untuk reduce headache merangkap paracetamol...(ada tahap yg kita memang terpaksa juga telan pil.sedih!). then terus decide, esok nak gi UIA la...tengok adik-adik kat Himega...tenangkan sket fikiran..


Fuh,memang tenang habis. 1 hari tak bukak lecture note.haha.melampau! takpe.esok nampak gayanya kena marathon.habiskan biochem pulak.ok.alhamdulillah berjaya habiskan.


Yg paling sadis time exam week ni, waktu paper physio.boleh pulak tak bangun pepagi buta tu.alamatnya tak sempat nak ngulang dengan sempurna la.lepas subuh, terus tersandar depan locker.berpeluh-peluh scan tengok-tengok balik lecture notes yang dah baca hari tu.Allahuakbar!!memang.memang rasa sungguh-sungguh.dalam dewan exam tu, dalam hati+fikiran hanya ada Allah je.nak bergantung pada usaha??tak berani.sungguhla...Allah ni nak didik kita dengan pelbagai cara..kadang-kadang dengan cara yg kita tak sangka pun.time jawab tu, sengih-sengih jela.dah Allah mentakdirkan begini, pasti Allah ada rencana yg tersendiri..ada hikmah la semua soalan objektif.tapi nak tembak pun kena mintak petunjuk Allah.100 soalan seyh! memang best main hitam2 kan omr. =.="


Pada saat tertentu Allah SWT menggunakan cara-cara yang unik untuk mendidik kita,
Allah memberi kita kekuatan...dengan cara memberi kita kesulitan2 untuk membuat kita tegar,
Allah memberi kita kebijakan...dengan cara memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana..
Allah memberi kita keteguhan hati...dengan cara memberi bencana dan bahaya untuk diatasi...
Allah memberi kita cinta...dengan cara memberi kita rasa cinta dan sayang kepada seseorang...



semoga kita makin mengerti ini,sehingga apapun yang terjadi kita terus tersenyum dan mengucapkan "Alhamdulillah" dihati dan dibibir kita.... :)


nota untuk fatimah: ingat.awk dah buat to-do-list untuk cuti 4 bulan ni.jangan nak mengada-ngada buat-buat terlebih tido.kang terlebih masa tido, mengadu sakit kepala.memang nak kena hempuk sekali dengan mak. =.="