Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Hari ini dalam sejarah. Hampir lebih 1 semester aku langsung tidak kemaskini blog. dan hari ini Allah buka pintu hati untuk berkongsi dan cuba untuk terus berkongsi insya'Allah. tiap-tiap aturan dan rasa hati yg Allah beri, pasti ada sesuatu disebaliknya.
Pejam mata lama-lama. Cuba mencari dan meneka apakah hikmah rasa hati yg Allah bagi ni. dan akhirnya aku jumpa. YA, aku harus terus menulis blog. adalah menjadi kemestian untuk berfikir dan merenung setiap apa yg dilakukan dalam sehari-hari sebelum aku boleh mencatat sesuatu dalam blog. erti kata mudah, aku sebenarnya sedang muhasabah apa yg berlaku dalam beberapa hari ni. dan hari ni, dengan muhasabah aku tu lah aku dapat catatkan sesuatu dalam blog ni.
******************************************************************************
ok.sekarang ni baru aku nak share pasal DONT EVER SKIP YOUR HAPPY 'CIRCLE' ^__^
sebab aku dah dapat pengajaran dari perbuatan aku minggu lepas. skip circle sebab esok ada test. konon2 bila skip circle tu, dapat la masa panjang sikit untuk baca notes dengan lebih tekun + boleh hafal betul2 supaya ingat time jawab test nanti. tapi Allah nak izin la waktu tu, rasa ngantuk yg amat sangat.baca notes pun dah tak boleh nak fokus. nak hafal2 memang lagi lemah la kan waktu tu. ditambah pulak dengan hujan lebat..sejuk..memang timing yg tepat la untuk tidur. dan aku pun...Zzzz...cuma kejap2 terbangun sebab bunyi guruh kuat sangat. time bangun kejap2 tu la yg aku bangun sambung baca notes. pastu tertido balik. see...betapa tidak produktifnya waktu panjang yg aku kejar sangat tu?? dan bila jawab paper esok pagi tu, sungguh aku tidak confident. semua objektif. kalau salah bulat, memang konfem takde markah kesian. dan mudah cakap, yes..i was not doing well for that paper. and it was so bad. tapi memang eloklah pun Allah bagi pengajaran. supaya lepas ni aku tak skip circle lagi. hehe
dan keesokkan harinya aku bertekad untuk datang circle malam tu walaupun esok aku ada paper lagi. paper Toxic. paper ni la paling semput sebenarnya sebab banyak kena tahu macam2 Act & Regulation. tapi takpe. jiwa kena kental. Allah dah janji. siapa berusaha, dia pasti dapat. dan aku yakin itu. Petang dekat2 maghrib tu, aku dah kena pegi tempat circle. rasa berat sikit sebab tak baca pape lagi. tapi cuba pujuk diri + pujuk kawan2 circle. dalam circle tu, Alhamdulillah yg aaaaaaaaaaaamat sangat. masing2 sentuh bab tawakkal (tawakkal itu sebenarnya bagaimana?. boleh refer--> http://langitilahi.com/11373)
lagi2 bila Airin share surah muhammad ayat 7.
"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
time tu rasa panas je mata. letak tangan kat dada. "Fatimah, chill ok. Allah dah janji tu...awak kena yakin sungguh2"..yeahhhh!!! aku takkan mengalah. malam tu kami merayu2 kat makcik yg sharing dalam circle kami tu mintak mereka doakan sungguh2 untuk kami. tu lah kan...berkat doa orang2 soleh..dan jugak berkat masa yang Allah bagi tu, dalam masa yg agak singkat tu, aku dapat habiskan semua notes yg berbelas2 jumlahnya + siapkan draft case study medical waste management yg aku terpaksa buat balik.(time dah bersusah payah buat separuh tu, laptop hang & aku terpaksa restart. masalahnya aku tak save lagi document tu.uwaaaaa!!!temperature naik dengan mendadak. tapi sekali lagi aku letak tangan kat dada. pujuk diri. ada sesuatu yg Allah nak bagi ni..dan tuptup bila aku buat balik tu, idea datang mencurah2..nampak tak apa yg Allah nak bagi aku sebenarnya??) + aku sempat prepare untuk slot Sirah dalam circle tu. Allah tu saaaaangatlah baik. aku rasa malam tu harmoni je. mata ni pun segar je. sampai terus tak rasa nak tido plak. =.="
parah. pukul 4 lebih tu terpaksa tidurkan diri sendiri. Allah bangunkan aku subuh tepat pada masa. baca ma'thurat. pegi kelas. tengahari sikit baru test. Alhamdulillah. hari yg sangat tenang dan indah. dapat jawab test dengan lancar. kepala pun tak pening.
Kesimpulannya, jangan skip circle kalau nak dapat jawab exam dengan baik. tu je petua yg aku nak share sebenarnya. hehe