Sunday, April 10, 2011
titik perubahan...
Alhamdulillah...Allah kurniakan satu rasa yg luar biasa...rasa untuk berubah...satu-satunya rasa yg tidak boleh ditangguh-tangguh pelaksanaannya..takut-takut Allah tarik kembali rasa itu..Ya Allah..saat ini aku benar-benar mahu berubah..menjadi diri yang lebih baik...yg lebih matang...yg lebih faham Islam itu sendiri...moga Allah beri kekuatan..
Teringat kata-kata makcik Zu...kalau kita nakkan sesuatu..berdoalah..doa sungguh-sungguh...Allah pasti bagi..PASTI..kerana Allah jualah yg PALING MENDENGAR dan PALING MEMBERI..no doubt!
Allah, sy mahu berubah..dan sy pasti Allah akan bantu sy...
Sekarang sy faham...kenapa lately jiwa sy sering resah...itu tandanya Allah mahu sy kembali dekat padaNya..menangis..meminta..merayu..dan bersujud hanya padaNya...jika keresahan itu yg membuatkan 'rasa' ini untuk hadir, betapa bertuahnya sy diberikan keresahan itu...sakit yg nikmat...
Rasa ini tak akan dibiarkan menjadi rasa yg sia-sia..rasa ini perlu ada pelaksanaan.
go fatimah go..!!!!!!!!!!!fatimah kuat..!!
p/s: dalam mood diam..nak develop diri..juga perlu fokus untuk paper final...doakan sy teman-teman...[rindu kat mak....] ;(
Friday, April 8, 2011
jangan marah-marah.....(^_^)
![]() |
| senyum macam pakcik ni haa...gigi tak cantik takpe..yg penting hati cantik.. :D |
Daripada Abu Hurairah: Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Nasihatilah aku, (Nabi SAW) berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, (Nabi SAW) berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
Hmmm….berulang-ulang kali Rasulullah pesan supaya jangan marah.memang tak boleh nak marah langsung ke?tapi kenapa Allah bagi kita sifat marah?
Oh.ok…bila dah googlegoogle tadi barula jumpa kenapa mengapa dan bagaimana nak salurkan sifat marah ni..
KENAPA KITA PERLU MARAH????
Menurut keterangan al-Ghazzaliyy di atas, boleh disimpulkan sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan.
Marah ni ada dua..kemarahan yang positif..dan kemarahan yang negatif..
Kemarahan yg positif :
1)ketika berperang dengan musuh-musuh Allah. Rasa marah kerana mereka melanggar suruhan Allah dan menentang agama Allah.
Satu contoh hebat yang boleh dikemukakan di sini adalah sikap yang dipamerkan oleh Sayyidina Ali Bin Abi Talib dalam satu insiden ketika perang Khandaq atau Ahzab. Ketika Sayyidina Ali ingin membunuh seorang tentera musuh, tentera tersebut meludah ke mukanya. Seketika itu juga Ali berhenti dan membatalkan hasratnya untuk membunuh musuh tersebut. Dalam keadaan kurang percaya, dia bertanya kepada Ali yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian dalam medan perang mengapa tidak membunuhnya? Antara lain jawapan Ali ialah ketika musuh tersebut meludah dia berasa marah. Jadi, jika dia membunuh musuh tersebut ketika itu, dia akan membunuh kerana kepentingan dirinya (marah terhadap perbuatan meludah itu), bukan kerana Allah. Terpukau dengan ketinggian akhlak Sayyidinaՙ Ali yang mulia itu, tentera musuh tersebut memeluk Islam
2) berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan syariՙat
Contohnya seperti hadith tentang reaksi marah Rasulullah SAW terhadap sahabat yang memakai sutera.
Tapi, ada juga beberapa hadith yang menunjukkan Rasulullah SAW tak marah walaupun berhadapan dengan perbuatan yang bertentangan terhadap syariՙat.
Contohnya…ada 1 hari ni..ada seorang badwi yang membuang air kecil di dalam masjid.
Anas Bin Malik berkata: Seorang badwi datang dan telah membuang air kecil pada satu sudut di masjid. Orang ramai bergegas (untuk memarahi atau memukul badwi itu), tetapi Nabimenegah mereka. Apabila badwi itu selesai membuang air. Nabi SAW menyuruh supaya mengambil air untuk menghilangkan (ՙain najis itu), maka dijiruskan (air ke tempat itu).
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
Nampak tak…kemarahan mestilah dalam keadaan terkawal. Kenapa Rasulullah tak marah orang badwi tadi??sedangkan dia buang air dalam masjid…kalau jadi la macam tu zaman sekarang ni, entah-entah esok dah masuk surat khabar..jadi muka depan..ataupun dah kena maki hamun..Tapi Rasulullah SAW tak marah pun badwi tu sebab taknak menganggu dia yang tengah buang air dan mengambil kira badwi tu mungkin tak arif dengan adab dan agama.Oh, sweetnyaaa Rasulullah….(^_^)
Eh, nak tau tak…kalau kita nampak kucing tengan buang air pun, kita tak boleh kacau tau..kalau nak halau, kena halau sebelum dia start buang..sebab….kesian kat kucing tu…[tak boleh nak describe lebih2 perasaan kucing tu..sebab takde sumber yang sah]..tapi imagine sendiri la kalau kita tengah kusyuk buang air.tiba-tiba ada orang tutup lampu bilik air.mahu tak menjerit kesawanan..itu baru tutup lampu…[pengalaman sendiri]..huhu
Daripada Sahl bin Muՙaz, daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah akan memanggilnya pada Hari Qiyamah lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki.
(Riwayat Abu Dawud, Tirmiziyy, Ibn Majah dan Ahmad)
Oh,bidadari…part ni, mesti lelaki paling suka punya la…bidadari kan….ehemehem. Mungkin kalau perempuan, dapat bidadara kot..Allah tu kan Maha Adil..let’s check it out…how to get bidadari@bidadara...*winkwink* :D
Kalau agak-agak dah mula nak keluar asap dari telinga tu, cuba amalkan ini..
1)Baca a’uzubillahiminassyaithanirrojim…[fuh.fuh.berambus kau syaitan gondol]
2)Ubah posisi..[kalau tengah diri,cepat2 duduk.kalau duduk,cepat2 baring.kalau tengah baring??tido jela senang…mana tau bole mimpi indah2..mesti hilang marah tu..hehe]
3)berwuduk dan mandi..[dah alang2 amek wuduk tu,solat la sekali..lagi berkesan!]
4)diam..[ni cara yg sy guna..diam sorang2..pastu kalau dah tak tahan sangat, nanges sorang2 jela…huhu]
5)ingat pada Allah..[yg ni wajib buat.kalau tak ingat Allah, mungkin dah ramai yg takde jari]
6)bersederhana
Ok.one more thing.dari aspek saintifik pulak, dengan mengurangkan marah, kita dapat kurangkan kandungan asid di dalam badan. .sape yg rasa-rasa suka ternak asid dalam badan, sila la marah-marah selalu..asid-asid tersebut pasti akan membiak dengan gembiranya…semoga berjaya…!! (^_^)
nota untuk fatimah: sabar fatimah...sabar...baru je tulis pasal jangan marah..dah pagi ni rasa nak marah...rasa nak nangis...sabar ek...hmm..(T____T)
Wednesday, April 6, 2011
versi cikgu senamrobik
GREEN TEAM OF BAKSIS! alhamdulillah...pada 26 & 27 mac, saya diizinkan untuk menyertai projek mega BAKSIS....tension sebenarnya sebab WAJIB join projek mega ni..kalau tak,dikira tak hadir 3 hari...punyala merancang nak pegi PLM kat KTD...bole jugak buat mini reunion dengan kawan-kawan matri..tapi tu la kan...kita merancang..Allah juga merancang...dan Allah jua la sebaik-baik perancang...[sesiapa yang tertunggu-tunggu kehadiran kte tu,jangan sedih ek..hehe..*poyos*] tapi best la jugak projek mega ni...yang paling best pun sebab dapat derma darah....sakit pun sakit la..kempunan punya pasal...haha..aktiviti time first day tu kira ok laaa..>> kumpul barang yang boleh dikitar semula..basuh kereta...main boling padang...huh!memang sunburn..tapi ni orang lain la...sy tak sunburn sebab pakai sunblock! :D aktiviti hari kedua plak still best...cuma yg tak bleh blahnya time senamrobik kat stadium...tau2 jela kan stadium kan saiznya memang besar...kat bahagian tengah2 tu ada pentas yg boleh kata besar la jugak..n kat atas pentas tu ada beberapa orang manusia[perempuan] yg emmm....pun boleh kata besar jugak... =.=" jadi cikgu senamrobik kami yg ada kat stadium ni...macam-macam lagu yg cikgu pasang..dangdut..hindustan..rock keras..rock lembut...seronok ek cikgu orang tengok cikgu plis ea kaum adam...jaga isteri+anak perempuan awk baik-baik...mereka bukan barang pameran untuk jadi tontonan orang...mereka tu amanah yg Allah bagi untuk awk jaga baik-baik...pelihara peribadi dan aurat mereka atau 1 hari nanti awk menyesal... yang kaum hawa pulak, sendiri mau ingat...kalau sayangkan abah, abang, suami n adik lelaki awk, jaga peribadi dan aurat..nanti kang bukan awk je yg kena jawab depan Allah...mereka pun kena jawab juga...oh.susah juga kan jadi lelaki...tak sesenang yg selalu mirul[adik bongsu sy] cakap.."best ape jadi lelaki..tak payah bersalin..sakit g*la" yela ko dik..memang tak payah bersalin..tapi tanggungjawabnya tu.......huhu nota untuk fatimah: tanggungjawab perempuan pun berat juga....bukan lelaki je... =.=" p/s : nampak gaya macam nak kena selalu tukar layout...baru la ada mood nak update blog..hehe |
Wednesday, March 9, 2011
Jadilah manusia berzat..bukan manusia toksik!
bismillahirrahmanirrahim..
9/3/2011-6:36 pm
alhamdulillah...Allah datangkan mood untuk update status..tak tahu la kenapa sekarang ni jadi malas rajin sangat...nak bercakap pun malas rajin sangat..kepada orangorang sekeliling..sori ye kalau kte macam tak layan sangat awakawak semua.entahla...
sekarang ni...
kte lebih suka dengar dari cakap..
kte lebih suka diam dari cakap..
kte lebih suka perhati dari cakap..
nak share sikit pasal Talk Prof Dr Muhaya tadi....
..:: jadilah orang yang sentiasa membahagiakan..[harap-harap diam kte ni membahagiakan la ye...kadangkadang banyak cakap sangat pun kalau bendabenda yang dicakapkan tu tak bawak faedah,tak membahagiakan juga..]
..:: orang yang paling bahagia adalah orang yang bebas dari penghargaan manusia...[bukannya hanya akan rasa bahagia bila dapat pujian...dapat penghargaan...]
..:: event(-) + outcome(+) = (+)
..:: event(-) + outcome(-) = (-)
..:: kita akan rasa marah pada orang yang kte rasa kte lebih besar dari dia...tapi besar ke kte??so, layak ke kte untuk marah???[yg ni nak kena selalu cek..aigoo]
..:: JADILAH MANUSIA BERZAT..BUKAN MANUSIA TOKSIK!!
yang ni plak perkongsia dari Dr. Rosmila...
..:: manusia yang paling bankrupt : manusia yang bangkit dengan banyaknya amal tetapi dibawa sekali umpatan-umpatan orang sehingga menghilangkan amalan yang banyak itu malah dosa-dosa orang tersebut menjadi tanggungan kepada manusia tadi.
allahuakbar!nak menangis rasanya....T__T
nota untuk fatimah:dah dekat 20 tahun Allah pinjamkan oksigen pada awk...dengannya awk dapat hidup sampai sekarang..tapi sepanjang awk hidup ni,amal ape yg awk bawa untuk kehidupan kat sana nanti?pasti ke amal-amal awk tu ade value?ke dah decompose jadi debu?aigoo...kena selalu perbaiki niat..kuat.kuat.kuat!!
9/3/2011-6:36 pm
alhamdulillah...Allah datangkan mood untuk update status..tak tahu la kenapa sekarang ni jadi malas rajin sangat...nak bercakap pun malas rajin sangat..kepada orangorang sekeliling..sori ye kalau kte macam tak layan sangat awakawak semua.entahla...
sekarang ni...
kte lebih suka dengar dari cakap..
kte lebih suka diam dari cakap..
kte lebih suka perhati dari cakap..
nak share sikit pasal Talk Prof Dr Muhaya tadi....
..:: jadilah orang yang sentiasa membahagiakan..[harap-harap diam kte ni membahagiakan la ye...kadangkadang banyak cakap sangat pun kalau bendabenda yang dicakapkan tu tak bawak faedah,tak membahagiakan juga..]
..:: orang yang paling bahagia adalah orang yang bebas dari penghargaan manusia...[bukannya hanya akan rasa bahagia bila dapat pujian...dapat penghargaan...]
..:: event(-) + outcome(+) = (+)
..:: event(-) + outcome(-) = (-)
..:: kita akan rasa marah pada orang yang kte rasa kte lebih besar dari dia...tapi besar ke kte??so, layak ke kte untuk marah???[yg ni nak kena selalu cek..aigoo]
..:: JADILAH MANUSIA BERZAT..BUKAN MANUSIA TOKSIK!!
yang ni plak perkongsia dari Dr. Rosmila...
..:: manusia yang paling bankrupt : manusia yang bangkit dengan banyaknya amal tetapi dibawa sekali umpatan-umpatan orang sehingga menghilangkan amalan yang banyak itu malah dosa-dosa orang tersebut menjadi tanggungan kepada manusia tadi.
allahuakbar!nak menangis rasanya....T__T
nota untuk fatimah:dah dekat 20 tahun Allah pinjamkan oksigen pada awk...dengannya awk dapat hidup sampai sekarang..tapi sepanjang awk hidup ni,amal ape yg awk bawa untuk kehidupan kat sana nanti?pasti ke amal-amal awk tu ade value?ke dah decompose jadi debu?aigoo...kena selalu perbaiki niat..kuat.kuat.kuat!!
Wednesday, March 2, 2011
indahnya ISLAM...
bismillahirrahmanirrahim....
2/3/2011-11:25 am..
Alhamdulillah..Allah izinkan sy dengar ceramah Prof Dr Muhaya kat IKIM.FM tadi...memang best..best.best.best tahap jurassic park!
antara isi-isi yang sy sempat catit...sempat catit sikit je..sebab sambil-sambil dengar tu tengah study EOH..tapi takpela...yang ni je yg Allah izinkan...dan setiap yang Allah izinkan tu, insya'Allah yang tu la yang terbaik buat kita.. :)
..:: kita kena selalu rendah diri..how???-dengan selalu mengucapkan terima kasih.sebabnya kalau kat manusia pun kita susah nak ucap terima kasih, kat Allah lagi la...
..:: kita kena selalu melihat kebaikan, buat kebaikan, hargai kebaikan dan sebarkan kebaikan..
..:: nak tegur orang tu,jangan pakai tegur je...silap hari bulan boleh kena pelemPANG..so, hubungan kena kasi baik dulu...bila orang tu dah sayang kita, baru la senang dia nak terima teguran kita...lagi satu, nak tegur pun biar betul caranya...kang sekali lagi kena pelemPANG tak tau la..(contohnya mcm nak tegur pakaian)
..:: DONT SELF-SABOTAGE!
..:: INTEGRITI=buat benda yang betul, dengan cara yang betul dan dengan sebab yang betul!
..:: kita kena selalu sibukkan diri untuk perbaiki diri sampaikan kita takde masa nak lihat
keburukan orang.
..:: kalau nak dunia berubah, kita yang kena berubah.Bila kita dah berubah, dunia pasti berubah!
..:: Bila kita kejar akhirat, dunia pasti kejar kita!
..:: kalau kita tak jaga solat, jangan cakap la pasal kejayaan...
..:: untuk ibuibu dan bapabapa yang tak concern pasal pakaian anakanak perempuan mereka, bersedialah untuk menangis 10 tahun lagi.sebabnya...anakanak perempuan yang tak jaga aurat akan di'ambil' dan di'tarik' oleh lelakilelaki yang juga tak concern pasal aurat..bila tak concern pasal aurat..maksudnya tak concern juga pasal Deen....bila dah tak concern pasal Deen, apa akan jadi?tak terbimbinglah dunia akhirat..nauzubillahiminzalik..[mak,abah..mekaseh ek sebab kadangkadang marah tma kalau tma tak pakai baju labuh..hoho]
..:: kalau suami tak masuk syurga,isteri still ade peluang untuk masuk syurga.tapi kalau isteri tak masuk syurga, suami juga takkan masuk syurga sebab suami ni PEMIMPIN...so beware ye kaum suami..hehe
nota untuk fatimah: bersyukurlah awak fatimah...sebab awak dilahirkan dalam keadaan Islam..dari kecil dididik dengan didikan Islam yang sempurna..cuma sekarang ni awak pilih nak komited dengan Islam atau tak...bila awak dengar pemanggil2 yang bermasalah tadi,awak WAJIB bersyukur dengan kehidupan awak!!ingat!!
fatimah: baiklah...^^
Subscribe to:
Posts (Atom)


