Friday, June 18, 2010

KASEH..KAHFI sentiasa di hati~

bismillahirrohmanirrohim..

18/6/2010-3:21 pm

alhamdulillah selesai sudah KASEH dan KAHFI...





game musang dan kancil..[kot] :D


bertuahnye adik2 ni...pakcik khusairi siap payungkan lagi...[jeles] :p


insan2 yg lahir bulan 6...[baju purple tu cuma tumpang je ye] :)

walaupun agak kelam kabut,akhirnya KASEH dapat disempurnakan dengan jayanya..alhamdulillah3..credit to Mr.Fansuri...cantik sijil tu..sampai Pak Yassin pun nak ek...gempak arh!hehehe....yang paling sy bersyukur sebab Allah kurniakan sy kekuatan yg luar biasa...even x tido malam tu,sy dapat bergerak ke sana dan ke sini dengan cergasnya..tangkap gambar adik-adik yg comel + becok tu..adoi2...kejap2 awak panggil cikgu...kejap2 awak panggil akak..tp nasib baik awak x panggil makcik..kalau x,memang nak kena..*dush* :)
paling best bila malam yang tak bleh tido tu,dapat makan ayam kentucky..wah...nikmatnya makan time pagi-pagi buta..punyela khusyuk makan sampai x sedar jam dah pukul 5 pagi..abg fan ajak gi ofis dia pulak..tak jadi nak mengeluh sebab perut dah kenyang..hehe

esok paginye pulak,abg sy kena jadi kem kom sebab adam dah gerak pegi segamat untuk TOT..kami bleh la excuse kan adam..hehe..terkekek-kekek sy gelak bila abg sy bagi arahan..adoi3..kelakar betol..tapi abg memang best..terbaek la!! sy pulak kena jadi PIC untuk siaraya..dari BERITA HAIRAN...[ni abg sy yg bg nama la]..huhu..tak glamour langsung nama tu :D

lastly,thanks to makcik Nusyidah..dan atas kerjasama Le Kasturi,kem KASEH yg julung2 kali diadakan ni dapat berjalan dengan lancar..moga2 kita semua beroleh pahala dan keberkatan dari ALLAH..amin ya Rabbal alamin...

...................................................................

AQUA ma`thurat & seerah...menggigil dibuatnye..huhu

sumber cahaya untuk kembara malam...akak 2 fasi ade torchlight..jgn jeles.. :D

cik comel & the geng..meriah btol men keretapi2 ye..sangat cemburu!!!!

sebahagian warga KAHFI...kita memang sporting..hehehe

k.nad..k.arina..amani..sarah..yott..dot..k.hafsah..tmahk..nissa`..k.am..k.aisyah..ain

alhamdulillah3..Allah kurniakan sy cukup energi untuk bertugas di KAHFI...tapi kami datang lewat sikit dari fasi2 lain..maaf ye semua...kem kali ni agak lasak bg sy...malam pertama je,kami dah ade aktiviti kembara malam...setiap kumpulan dibekalkan satu lilin dan 3 batang mancis..alhamdulillah,perjalanan yg memakan masa 3 jam ni tidak menjadi penghalang untuk peserta2 sampai ke campsite dengan selamat..mungkin ada sebahagian yg digigit pacat dan semut hutan..semut hutan bukan sebarang semut..mula2 sampai satu tempat ni sy nampak adik2 depan sy terloncat2..dalam hati sy tertanya2 jugak..tapi dek kerana ego yg tak bertempat,sy pon fifkir,"alah..janganla ikut2 orang..takde pape kot tu"..lepas tu,sy pulak yg terloncat-loncat..pergh...sakit betul semut ni gigit..bisanya bukan main...[padan muka...org suruh pakai kasut sukan taknak..nak jugak pakai kasut crocs]..huhu..menyesal x sudah...tapi lama2 tu hilang sakitnya..cuma gatal je..adoi2..

syukur lepas supper takde post-mortem..terus tumbang & hanyut dalam lena...dengar cerita malam tu ade orang ngigau.."mak..tolong!!!tolong!!"...ntah sape la tu..peserta lelaki rasenye..orang perempuan berani2 belaka..takkan ngigau plak kot kan..hehehe :D

14/5/2010...

esok pagi pulak lepas breakfast,kami ade aktiviti trekking sampai petang...CP 1,saudara Hilal Asyraf bagi penyampaian...sy tak pasti tajuknya ape..sebab sy kat tandas time tu..huhu...CP 2,saudara muhaimin...penyampaian berkenaan dengan IMAN...



CP 3 pulak disampaikan oleh sy sendiri & k.amnani...berkenaan dengan 10 ciri remaja muslim cemerlang...terjerit-jerit sy & k.am bg penyampaian..Almaklumlah,nak lawan bunyi air terjun...mudah-mudahan mesej yang kami sampaikan,adik-adik boleh terima & faham dengan baik...sy paling tertarik dengan akhyar..peserta kem termuda..darjah 3..2 kali kot dia cuba nak jawab..tapi kurang tepat...walaubagaimanapun, sy bangga dengan keberanian akhyar...pandai bergambar budak kecik ni... :)

CP 4 merupakan CP terakhir dan disampaikan oleh kak sharifah ruqayyah...time ni kami baru lepas solat jama' ta'hir (asar-zohor) kat atas pasir..first time...memang best!![x payah lipat sejadah & telekung]..hehe

malam tu pulak ade TALENTIME...bukan tengok movie Talentime ye..tapi ni la masanya untuk peserta2 kem tampilkan bakat mereka..sy paling tak larat gelak dengan kumpulan Muiz..bersahaja betul dorang ni...dan bahagian perempuan pulak, sy suka kump syakila..siap ade cheers lagi...mantap!!

15/5/2010..

Pagi tu lepas sarapan [tapi sy tak sempat sarapan pun] :( ,berlangsungnye KAHFI RACE..sy & yott ditugaskan untuk jaga CP origami...KAMILAH GURU ANDA!!..sy pasti, semua peserta kem mesti ingat ayat ni kan..hehehe...susah tahap dinosaur la origaminye...44 steps...mostly stuck kat step 12..tapi ada yg tere sket tu sampai step 23..salute la kat adik2 ni...sy tanya la muhaimin, "awat payah sangat origami ni..meh ajar ana sikit"...sekali muhaimin jawab, "ana pun tak buat lagi"...wakakaka...nak pecah perut sy tahan gelak...apa daa enta ni muhaimin...huhu..

time habis KAHFI RACE tu,sy duduk2 kejap sambil makan tembikai...cik comel pon datang kat sy & terus cerita pasal main keretapi2 kat air terjun..wah3 makcik...patutla semua orang dapur lesap..makcik dah angkut semua sekali main keretapi2 rupenye...berseri2 muka makcik time cerita tu..sy tau..mesti makcik seronok sangat kan..yg sy ni pulak makin bertambah-tambah jelesnye..takpe makcik..next time sy dtg, macam-macam gaya sy buat..hehe..

dalam pukul 4.30 pm tu,bersalam-salaman la kami semua...uwaaa...sedih3...sy paling sedih nak berpisah dengan k.hafsah,k.izyan,k.nad,sarah,yott & dott..k.amnani sy insya`Allah dapat jumpa lagi di upm nanti..k.nasuha pulak sy tak sempat salam..lagi la sedih..dan fasi2 & urusetia2 yang lain yang sy x sebut namanya, sy juga sedih nak berpisah dengan kalian..harap-harap lepas ni ukhwah kita lebih rapat ye..

suka untuk sy petik kata-kata akh Izzat Ibrahim..

"alhamdulillah...Semakin meningkat bilangan program yang kita laksanakan semakin meningkat bilangan aset kita.

Peningkatan aset sesuatu yang amat penting untuk membuktikan yang kita telah meningkat ke satu tahap yang baru..

Dengan peningkatan ini, kita harus ingat, aset ini perlu dijaga. dan sangat penting untuk dijaga. Ana sering memperingatkan ahli2 kumpulan ana,"Ini aset kita,barang2 ini kita bayar dengan duit kita".
Akhi hilmi juga sering mengulang-ulangkan tentang hal ini kepada peserta.

Jadi, kita selaku abang yang dudukdi posisi kelab fasi kearah, wajib menjaga harta bersama ini.Jika kita merosakkan aset ini dengan kealpaan atau apa jua cara sekalipun,kita bertanggungjawab dengan generasi yang mewarisi kita."


-k.izyan..thanks for the cadburry choc yg dah peot2...hehe :)
-yott..thanks for the sarawak keychain.. :)
-yott & dot..k.tmah takkan lupa yg kte masak megi sama2 malam tu..pastu blackout & terkantoi dgn muhaimin..haha..[ade pulak binatang amek kesempatan masuk dalam megi kte..tapi megi tetap kte bedal sampai licin kan dot..best dapat junior sporting mcm korang ni..hehe] :)
-k.am...tqvm sebab sudi sponsor hadiah utk CP kte... :)
-kepada semua pihak yang terlibat dengan KASEH & KAHFI, terima kasih yang tak terhingga kerana sudi bagi sy tunjuk ajar dan kerjasama yang memberangsangkan...moga Allah berkati usaha kita :)

Tuesday, June 8, 2010

Dia dan Rasulullah SAW

ingin berkongsi satu kisah dengan kalian..ummi forward kisah ini pada saya..mungkin ummi mahu saya ambil iktibar dan mencontohinya..mungkin ummi mahu anaknya ini jadi sepertinya..kisah ini dipetik dari blog seorang hamba Allah...moga bermanfaat...
Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW 5 APRIL 2010
pada 17hb April 2010 pukul 5.02 pagi
Kisah Benar:
Pelajar UIA bermimpi
bertemu Rasulullah SAW
5 APRIL 2010

Kuala Lumpur, - Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

sumber:

1)
http://puterianamas.blogspot.com/2010/04/satu-kisah.html

ORANG KATA vs ATUK KATA

mungkin ini wajah atuk...manis atuk senyum ye..hehehe~


ORANG KATA :

Enjoy sementara muda,

Hidup panjang lagi,

Dah tua nanti tobatlah.


ATUK KATA :

Orang muda hidup memang baru bermula,

Tapi belum tentu masih panjang lagi,

Entah² esok lusa Izrail datang menjemput.

SAYA RASA :

Betul tu atuk...kwn sy pun ada yg dah 'pergi' awal.. :(


ORANG KATA :

Exam tu susah,

Kena banyak sacrifice,

Constant study.. past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA :

Exams tu senang aje,

Dah ada tarikh untuk diuji,

Dah ada syllabus untuk diikut,

Kalau ajal.. entah bila siapa pun tak tahu,

Banyak pula tu peringkat ujiannya,

Munkar Nankir, Neraca Mizan, Tayangan slide ...

SAYA RASA :

pandai la atuk ni…atuk memang best! :)

klu failed exam dunia,bole repeat..kalau failed exam akhirat??berendamlah dalam api neraka yg warna hitam tu..huhuhu


ORANG KATA :

Have fun on your birthday,

Panggil kekawan and sedara mara,

Berpartylah sepanjang malam,

Make it a memorable one !!

ATUK KATA :

Setiap hari jadi, kita semakin hampir,

Hampir setahun dengan kematian,

Setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ...

SAYA RASA :

Betul cakap atuk..sy pernah skipped besday party kawan sy..memang banyak hikmahnya..tak kena curah dengan air basuh kaki,tak kena baling telur dan yg paling penting sy syukur sangat sebab sy tak pernah terdetik & rasa seronok nak ber*party..[*party yg kurang elok maksud sy]

ORANG KATA :

Kerja mesti sungguh-sungguh,

Beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ...

Baru hati puas !!

ATUK KATA :

Ye ke hati dah puas??

Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?

Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?

Dah cukup zikir untuk santapan rohani?

Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

SAYA RASA :

Geliga jugak atuk ni...pandangannya jauh...

ORANG KATA :

Successful people have a good time management,

Ada bisnes di kl, new york, tokyo ...

Masih sempat berkempen untuk pilihanraya,

Masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,

Masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA :

Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari,

Tapi ...

Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?

Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?

Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,

Sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA :

Err...betul!!atuk betul-betul menginsafkan sy..ni yg sy makin syg kat atuk :)

p/s:Malangnya,sy pun tak tau sape atuk yang kat atas ni..

tp tak kisahla sape pun dia..sy dah takde atuk..mungkin atuk boleh jd atuk angkat sy :D

S.E.N.Y.UM

auww..comelnyee cik kambing ni senyum..*wink2*

SENYUM itu perhiasan dunia..
sebab senyum menunjukkan keceriaan..
[cuba tengok orang g**a,dia senyum je kan..sebab dia sentiasa ceria..hehe]

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat
membantu mengindahkan perhiasan zahir
yang tidak sempurna..[of course!!] best2..hehe..

SEWAKTU berhubung dengan orang
lain, sewajarnya kita SENYUM..[tp tengok keadaan jugak..kalau berhubung dgn org yg lain jantina,x payah senyum-senyum..kang jadi lain pulak..ingat!]

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda
mengatakan anda menyukai seseorang..[yeke??kalau sama jantina je kot..kalau lain jantina,sy lari tros..tak sempat nak senyum-senyum..anda??]..hehe

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat
kamu adalah satu sedekah..[betol sangat2..dulu time sy darjah 2,ustaz sy cakap...kalau ada orang mintak sumbangan,kamu kena senyum kalau takde duit..malangnya,sejak ustaz sy cakap macam tu,ramai pulak yg sumbang senyuman je..konon2 xde duit..tp lepas abes kelas,bertempiaran semua pegi kantin..apekah??adoi2...]

SENYUM adalah jambatan perhubungan
persahabatan..[betol2..kalau sehari anda tak senyum kat sahabat anda,dia mesti akan terfikir yg anda marah dia @ kecik ati ngan dia]..

SENYUM adalah satu pelabuhan yang
pastinya tidak akan merugikan..[aikk..td jambatan,ni pelabuhan pulak..anda faham??kalau faham,terangkan kat sy ea]..huhu

Di Moscow, Rusia ada sekolah yang
mengajar untuk SENYUM..[wow..senyum pun nak kena ajar ea..taktik nak kaut untung agaknya]..hehehe

SENYUM harus ada ketulusan[mestila..kalau x tulus,tak dapat pahala..isk3]

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak
menyenangkan, sama sahaja dengan kening
yang berkerut..[btol..ntah apa-apa je buat-buat senyum..amaran..kalau nak senyum kat sy,jangan buat-buat..tapi kena tulus]..hehe

Adalah diperakui apabila kita SENYUM,
kita akan menggerakkan hanya 15 otot
manakala ketika marah kita akan
mengedutkan 63 otot di bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi sahaja
memerlukan pergerakan 40 otot untuk
bekerja..BAYANGKANLAH!!..[erkk..taknak marah dah lepas ni..penat je pakai krim awet muda..tapi makin banyak otot yg kedut]..kui3

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan..[jangan takut..jangkitan ni tak mendatangkan bahaya!] :)

Bila kita SENYUM kat orang, orang itu
akan SENYUM balik pada kita..[kebanyakkannnya..tapi ada juga yg buat-buat tak nampak..mungkin senyuman kita kurang manis agaknya..] :D

Orang akan merasai dihargai apabila kita
senyum padanya, sekaligus ia akan
memberi tanggapan yang baik terhadap
diri kita..Lantas, mengapa kita tidak
muliakan? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah dengan orang yang anda tidak
kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan
membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan..William Shakespear ada
menyatakan..apa yang anda kehendaki
adalah lebih cepat daripada memotong
lidah dengan pedang adalah SENYUMan..

Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah...
kerana ia akan menggembirakan dan
menceriakan hidup anda..

Bila berhadapan dengan keadaan susah,
SENYUMlah..

Bukankah KETAWA YG SOPAN itu sihat?

Pujangga menyebut.."SENYUMan itu
kelopak" - tertawa itu bunga yang
sempurna kembangnya..

So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan
tidak berpura - pura. Kerana yang
bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit
sedangkan orang yang melihat SENYUManmu
itu mendapat barakah..

wallahua`lam....

[copied from suri2o`s pc]
[editted by me] :)

Thursday, June 3, 2010

pergimu tiada pengganti...



bismillahirrohmanirrohim..

3/6/2010-11.15 p.m

sebelum ni,hati sy rasa seronok sangat time sy nk update blog..tapi kali ni,jari sy lemah sangat..rasa berat..mata saya berkabur dek kerana air mata yg bergenang..hati sy sayu sangat..berderu-deru mesej dan panggilan masuk ke handphone sy..masing-masing mahu mengesahkan berita mengejut tu..tapi alhamdulillah,setiap panggilan yg dijawab, sy dapat layan dengan mesra dan tabah..ya Allah,semoga rasa tabah ini terus kekal buat sy..

mya (03/06/2010 21:08:56): salam tmah
mya (03/06/2010 21:08:56): maryam just call
mya (03/06/2010 21:08:57): dy ckp
mya (03/06/2010 21:08:57): janah dh meninggal ptg td

sy terkejut..sangat terkejut..tapi tak rasa sedih pun..sebab sy tengah kalut sangat time tu..dan yg pastinya sy kurang percaya..kemudian sy terus call kawan baik sy..tengku masyitah...panggilan sy dijawab dengan tangisan yg sangat sayu..ahh..sy apalagi..terus je rasa ngilu kat hati ni..tapi sy cover..yela..kalau dia nangis,sy pun nangis,siapa yg nak cakap pulak kan...dalam hati tu hanya Allah je tau..apa yg syitah cakap pun hanya Allah je yg tau..sebab sy kurang faham bahasa tangisan :)

tak lama lepas tu,sy sampaikan berita ni pada sarah hamizah..partner sy kat KAHFI nanti..kebetulan sarah ada kawan yg sama kolej dengan jannah..dan sangat kebetulan apabila kawan sarah tu pergi bercuti sekali dengan arwah jannah di langkawi..alhamdulillah,sedikit sebanyak dapat maklumat tentang insiden yg berlaku...

amlie_syaheed: yes
amlie_syaheed: kita baru konfem kan
amlie_syaheed: janas meniggal tadi
amlie_syaheed: hari ini
amlie_syaheed: dengan kawan2 satu kolej
bintufadeen: kawan2 satu kolej die tu kwn awk ke?
amlie_syaheed: ha ah
amlie_syaheed: tadi sara baru call diorang
amlie_syaheed: lepas awak gitau
bintufadeen: tnye depa x mninggal sbb pa?
amlie_syaheed: janas tengah bercuti dgn kawan2 dia kat langkawi
amlie_syaheed: naik go-kart
amlie_syaheed: tudung tersepit di enjin.
amlie_syaheed: then the go-kart went up-side-down.
amlie_syaheed: tak berapa nak pasti kesah panjang nye cemana
amlie_syaheed: kawan2 smua tak buleh nak cerita
amlie_syaheed: trauma
amlie_syaheed: lani depa kat balai wat report.

mengucap panjang sy...ya Allah...jannah..mesti awak sakit kan..mesti banyak luka-luka..hati sy dah tak keruan..teringat sy time kat MATRI..kalau dia sakit,muka dia akan berkerut-kerut..tapi dia tetap senyum..sy paling ingat senyuman innocent dia tu ..sy sangat suka..comel!
bila masuk kelas,she will greet us with "an nyoung ha seh yo"..means hello..memang tau dah..tu mesti jannah..Jannah selalu pesan..'kawan yg baik bukan membenarkan..tapi membetulkan"..sampai bila-bila pun kita akan ingat pesan awak ni..rindu nak main netball dengah awak..rindu nak chatting dengan awak..tapi yg pasti,kita paling rindu dengan blog awak...selalu kita bukak blog awak..nk tengok kot2 awak ade update blog...tapi jarang awak update blog kan..sampai dah bersawang-sawang..hehe..tapi kita tak kisah pun..sebab kita tak penah boring baca tulisan-tulisan awak tu.. tapi jannah,sekarang ni....semua tu tinggal kenangan..dan tak mungkin kita akan dapat baca tulisan-tulisan awak lagi..Ya Allah..kuatkan hati sy..

Ada satu perkara yg automatik muncul kat minda sy bila sy dengar berita ni..Bila sy berhubung dengan Jannah,dia mesti suruh sy doakan dia dapat pergi oversea yg dia harap2 kan sangat...iye Jannah..kita doakan awak..jangan risau ye..tapi rupa-rupanya Allah lebih sayangkan Jannah..Allah bagi Jannah tempat yang lagi best dari tempat yg dia nak pergi sangat tu..saya yakin, SYURGA lah destinasi buat Jannah..destinasi yg terbaik dunia akhirat..awak sangat beruntung Jannah..doakan kita jadi solehah macam awak tau!

Last sy jumpa Jannah,time kat Stadium Malawati, Shah Alam...sewaktu berlangsungnya LL4G..time tu sy tgh upset sangat dengan sorang foreigner ni..adoi3..pening kepala sy dibuatnya..tapi syukur sangat..Allah temukan sy dengan jannah..waktu tu sy dengan tuyah..Jannah dengan Tuyah memang rapat sangat..Tuyah,kita tau...sedih2 kita,awak lagi sedih kan..awak mesti lebih merasai pemergian Jannah...sy harap,kesedihan yg kami rasai merupakan kesedihan yg membawa redha Allah..cukup sekadar menangisi..tidak perlu meratapi..itulah pesan Rasulullah s.a.w..peringatan buat diri dan juga teman-teman....

Ketahuilah bahawa kematian pasti akan tiba terhadap seluruh umat manusia..Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri dari menghadapi maut. Apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat.
Firman Allah S.W.T.:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)". – Nuh (71)
Sy mohon,jika ada teman-teman atau sesiapa saja yg pernah tersinggung dengan arwah Jannah,maafkanlah dia..Tidak rugi sedikit pun jika kalian memaafkan dia..mudah-mudahan kesilapan yg kalian lakukan pada orang lain akan dimaafkan juga..insya`Allah..yakinlah,Allah Maha Adil..
Dari Usman bin `Affan ra berkata, "Adalah Nabi SAW apabila selesai menguburkan mayat,beliau berdiri lalu bersabda, "Mohonkanlah ampun saudaramu dan mintalah keteguhan hati untuknya,karena sekarang dia sedang ditanya." (HR Abu Dawud)
aina syafiqah: Salam, Allah telah mengambil kembali haknya~ Nuruljannah Ahmad Sani,19 believed strangulated to death now in post mortem process in Langkawi Hospital. I-allah allahyarhamah will be deported at Kuala Kedah tomorrow morning. Solat jenazah dan pengkebumian akan berlangsung selepas Jumaat waktu m'sia. Semoga Allah ampunkan segala dosanya dan dia menjadi cahaya yg paling bersinar di syurga kelak. Doakan moga dimudahkan segala urusan. Alfatihah~ Mohon dibacakan Ya siin buat allahyarhamah mlm ini, jazakumullahukhairan~ Kita juga akan di panggil pulang...muhasabah~
aina syafiqah: forwaded~k.uda
wallahua`lam.....