Tuesday, August 31, 2010

Khas buat peminat aunt Gaga~

kalau sygkan akidah islam anda,sila baca dengan tenang...tak mau gopoh..pastu pahamkan..pastu silalah berhenti dari dengar lagu dia..takde faedahnya pun....menambahkan dosa mungkin...


Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part :"Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Monday, August 30, 2010

why Am I So Sad??

bismillahirrohmanirrohim....

30/8/2010-20 Ramadhan 1431H-12:40 p.m

Emotions ran through my head
I found myself wishing I was dead
All because you were stolen away
I knew I would never see you another day..my Nokia 6680..

astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..allahumma antassalam..waminkassalam..tabarokta zaljalaliwalikram..

dah masuk 2 hari fon sy hilang...dan dah 2 hari jugak la sy mencuba sedaya mungkin untuk tenang..Ya Allah...berilah sy kekuatan....sungguh, sy sedih...teramat sedih sebab fon tu sy warisi dari abah sy...Abah, hari tu kasut nike yg abah bagi dah hilang....kali ni fon Nokia 6680 yg abah bagi pulak hilang...kenapa barang yg paling sy sayang selalu hilang???sorang senior sy ni respon......"mungkin ALLAH bagi ujian macam ni sebab ALLAH nak fatimah bersedia & lebih kuat menghadapi kehilangan yg lebih besar.."

subhanallah....my eyes began to swell with tears..hanya ALLAH yg tahu betapa pedihnya hati sy saat itu...sy tak mampu hadapi kehilangan yg lebih besar..cukuplah dengan kehilangan fon sy...malam tadi pulak k.am bagitau sy yg nombor lama sy dah tak boleh guna...ohh...speechless...rasa macam nak menangis kat situ jugak...tapi sy mesti kuat..sy tak boleh nangis depan orang..[tp dalam hati dh nanges dh pun...]
Pagi ni sy bangun lewat..ahhh...rasa macam nak jerit je...terus tringat & rindu kat alarm fon sy...sedih3...honestly, sy tak semangat langsung nak pegi kelas...ntah apela yg dr.asmah & dr.nitty ajar tadi...jasad je kat situ..tapi fikiran dah melayang ke tempat lain...mintak maaf lecturer sekalian...huhu...makin bertambah pilu bila classmate tanya,"fatimah,camne fon awk bole hilang?"...haaa...ni yg nak nanges ni...kuat3...sy senyum je...."nanti la bila semua dah selesai, insya'Allah kte cerita"...hanya ni je yg mampu sy jawab...teruklah sy ni..kenapa sy lemah sangat...

لا يعظم الذنب عندك عظمة تصدك عن حسن الظن بالله تعالى فان من عرف ربه استصغر فى جنب كرمه ذنبه

Maksudnya:"Jangan sampai terasa bagimu besarnya dosamu itu hingga dapat menghalangi kamu dari berbaik sangka kepada Allah Taala. Kerana sesiapa yang benar-benar mengenali Tuhannya maka akan kelihatan kecil dosanya bila berdampingan dengan keluasan kemurahan Allah swt."-Ibnu Atho'

Allah memang selalu uji kata-kata kte..dan kali ni Allah betul2 nak uji falsafah hidup sy...[berbaik sangkalah pada ALLAH..sesungguhnya ALLAH bersama sangkaan hambaNya]...mampu ke Fatimah ni nak berbaik sangka dengan Allah dalam keadaan dia down sangat2?? insya'Allah Fatimah mampu..kenapa tak mampu pulak kan...malu je mengaku orang Islam tapi tak mampu nak berbaik sangka dengan Allah...huhu [monolog je ni]..
Ya Allah...andai ujian ini sebagai kaffarah atas dosa2 sy yg menggunung tu, maka sy redha...moga2 sy terlepas dari balasan di sana..

doakanlah sy kuat..doakan..doakan....

pencuri oh pencuri...kenapa la Ramadhan ni tak boleh jadi perisai untuk halang awk mencuri?awk takde fon ke?kesiannnn... sy rasa macam nak laksanakan je hukum hudud kalau sy jumpa awk..meh sy potong tangan tu.. pastu sy celup tangan awk dalam kuali panas..awk buat sy sedih!

[sy buat entri tentang ni sebab sy sedih sangat-sangat..harap2 lepas berkongsi ni sy ok sikit lah..]

p/s:to all my friends & relatives..nanti bila kte dah beli num baru, kte send mesej kat fb korang ek..maaf atas kesulitan...

saat indah bersama Nokia 6680

Friday, August 27, 2010

taknak lelaki soleh..

bismillahirrohmanirrohim....

27/8/2010-17 ramadhan 1431-5.45 a.m

dia:timah,family ko ikut usrah ea?
sy:alhamdulillah...so far masih konsisten.
dia:ish..takutla ak dgn family ko ni..alim sangat..ak biasa-biasa je..dengar hal ehwal islam kat tv je..hehe
sy:eh,kenapa nak takut pulak?awak tengok kte macam terrorist ke?
dia:hehe..tak lah..timah,aku takutla kalau dapat suami yg soleh.mintak dijauhkan..nanti mesti tudung2 aku yang cantik2 & pendek2 tu dia suruh buang..haha
sy:[mengucap panjang dalam hati..] hehe...ade plak macam tu..tu maknanya dia sayang awak..dia taknak masuk syurga sorang2 tanpa awk.. :)
dia:alaa...taknak la...nanti abes aku tak bole nak fesyen2 lagi...
sy:hehe..takpela...kte harap satu hari nanti awak faham ape yg kte faham... :)
[kalut nak masuk kelas..tak sempat nak explain panjang-panjang]

si dia...kte harap sangat satu hari nanti awk jd 'sahabat' kte..awk faham ape yg kte faham..insya'ALLah selagi awk kwn dengan kte, kte akan cuba bantu awk..ok? :)

lihat sendiri....ideologi 'islam itu terrorist' telah pun berjaya disuntik dalam diri orang melayu kita..tahniah kepada pihak itu..kerana telah pun berjaya booking bilik di neraka abadi..sekaligus melayakkan diri untuk dilayan dengan 'belaian' kasih sayang oleh malaikat Malik..[if n only if pihak itu tidak bertaubat]..nauzubillahiminzalik....moga kita dijauhkan daripada tergolong dalam pihak itu...

sungguh...sy sedih & terkejut dengan dialog itu.bukan ke semua manusia mendambakan pasangan yg soleh & solehah???atau mungkinkah sy yg terlalu husnuzzon??artis malaysia sendiri..bila ditanya.."cik **** nanti nak suami yg macammane ye?"..."owh...semestinya sy nak yg beriman..yg boleh bimbing sy...", jawab cik ****.terus sy cakap kat mak sy.."tengok tu...artis yg seksi pun nak suami yg beriman kan mak"...mungkin inilah fitrah manusia...inginkan kebaikan..tapi....sekarang ni sy terfikir...entah2 jawapan artis tu sekadar nak sedapkan hati masyarakat & peminat..[x elok fikir macam ni sebenarnya...hehe]
sy cuba untuk pandang dari sudut positif...mungkin dia memang betul-betul nak suami yg beriman..dan dia jadi seksi pun mungkin suasana yg membentuk dia untuk jadi macam tu..takde sape nak bimbing dia..[husnuzzon is better even it's hard to think so.. :D ]tapi....sebenarnya al-huda(hidayah) itu perlu dicari..bukannya dinanti [insya'ALLAH cuba dibincangkan dalam entri akan datang..mogga ALLAH beri kesempatan masa]..
setelah beberapa tahun cik **** menyepikan diri dari dunia hiburan, akhirnya dia muncul dengan lelaki yg sekarang sudah pun bergelar suami..beriman ke suami dia tu??tengok dari mata kasar macam tak..[yelah...tak suruh pun cik **** td pakai tudung..makin seksi mungkin..]..tapi tak tau la kan kot-kot suami cik **** memang beriman orangnya..[macam ayat kebanyakkan org melayu sekarang.."aku beriman tau walaupun aku hisap rokok..korang mana tau..iman kan dalam hati.."]..iyelah iman tu dalam hati..tapi buktinya kan dengan amalan..kenapa dia mencuri?sebab time tu dia takde iman..kenapa dia berzina?sebab time tu dia takde iman...haa??so??kalau sampai mati si suami td tak suruh isteri dia pakai tudung,maksudnya sampai mati la dia takde iman???fikir-fikirkan sendiri....tapikan...agak-agaknya,kenapa ye cik **** tadi tak dapat suami yg beriman??bukanke dia nak suami yg beriman??meh baca firman Allah ni..Allah memang tak pernah bohong kita...kita je yg selalu bohong Allah...janji beriya taknak tinggal solat..tapi tinggal jugak..lepas tu taknak taubat..isk3...

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”~an-Nuur:26

haa...terasa tak lepas baca annur:26 ni??hehehe....jadinya...sy sukacita nak meninggalkan sedikit pesanan untuk diri sy & untuk diri awk...."JADILAH wanita/lelaki yg baik terlebih dahulu sebelum MENCARI wanita/lelaki yg baik untuk dijadikan teman hidup..sebab..nanti jenuh je kita doa nak pasangan yg baik tapi kita tak dapat pasangan yg baik pun..pastu mulalah merungut & salahkan ALLAH sebab tak makbulkan doa kita..sedangkan kita sendiri yg belum jadi baik...nak natijah kaw2,kena usaha kaw2 jugak...ok?
dalam gambar:abah..mak..tmah..abg fan...
tiada dalam gambar:ekal..mirul...time ni korang tak lahir lagi..kesian....hehe
inilah baitulmuslim yg sy cita-citakan....

Friday, August 20, 2010

bersabarlah....pasti kau akan jadi org yg sabar!



bismillahirrohmanirrohim..

20/8/2010-10 ramadhan 1431-10.10 pm

alhamdulillah...diam tak diam, dah sepuluh hari kita berpuasa...menahan diri dari lapar & dahaga..tapi cukup merisaukan...sejauh mana hati & anggota badan kita berpuasa..tanya pada diri..mulut kita berpuasa tak dari mengumpat?hati kita berpuasa tak dari bersangka buruk?kaki kita berpuasa tak dari pergi ke tempat2 yang tak soleh?telinga kita berpuasa tak dari dengar lagu-lagu yang takde nilai islam?mata kita berpuasa tak dari tengok perkara-perkara yang haram?astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirullah..

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-nisa:110)

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun" (al-anfal:33)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat" (al-hud:3)

hari ni circle kmi membincangkan tentang 12 kekutan yang perlu dicari oleh seorang muslim..dan 12 kekuatan ini perlulah diproses di bawah telunjuk iman..

12 KEKUATAN YG PERLU DICARI OLEH SEORANG MUSLIM

1.kekuatan kesedaran
2.kekuatan ketaatan
3.kekuatan keikhlasan
4.kekuatan kepatuhan
5.kekuatan keinginan
6.kekuatan kesabaran
7.kekuatan kecintaan
8.kekuatan ketabahan
9.kekuatan kemesraan
10.kekuatan kesyukuran
11.kekuatan keberanian
12.kekuatan kesungguhan

insya'Allah entri kali ni sy berhajat nak ulas sedikit tentang kekuatan kesabaran..selalu kita berdoa...Ya Allah,jadikanlah aku orang yang sabar..mcik zu(mas'ul kesayangan sy) selalu pesan, jangan latih diri untuk bersabar..tapi latihlah diri untuk redha...kerana sabar ada tahapnya tetapi redha tiada titik penghujungnya...
tapi...nak jadi org yg sabar, perlulah melalui ujian-ujiannya supaya kita betul-betul jadi orang yg sabar..sebagai contoh..kita nak tau yg si A ni pandai ke x...jadinya si A ni akan diberi ujian2 untuk membuktikan kepandaiannya..semakin banyak ujian yg si A ni dapat, semakin meningkatlah kepandaiannya sebab si A ni dah pun familiar dengan ujian2 tu...begitulah juga dengan konsep sabar..makin kita berdoa nak jadi orang yg sabar,makin banyak ujian yg Allah bagi kat kita..bukannya sebab Allah tak sayang kita & nak menyusahkan kita..tapi Allah nak kita banyak bersabar & insya'Allah lama kelamaan kita akan jadi orang yg sabar..

ada juga yg gifted..orang ni memang seorang yg penyabar sejak dia jadi embryo lagi..hehe
contohnya moyang mcik zu...si isteri ni memang nak uji suami dia..sebab mungkin dia pelik tengok suami dia tak pernah marah kan...

kes 1:si isteri masak lauk dengan kadar masin tahap melampau..tapi si suami jawab, "pandai awak masak...bagus masak masin2 ni..lauk boleh tahan lama..."
kes 2:si isteri masak tawar sangat...tapi si suami jawab, "waktu tengahari memang sedap makan macam ni..segar je rasa...pandai awk masak..."
kes 3:si isteri buatkan baju melayu tetapi lengan sebelah kanan sengaja dipanjangkan..tapi si suami jawab,"bagusnya lengan sebelah kanan ni panjang..boleh jugak buat kipas..."

just imagine kalau kita duduk di tempat si suami tadi..ntah apelah yg akan kita cakap kat isteri kita kan..mungkin keluhan..dan lebih teruk lagi mungkin makian & cacian..astaghfirullahalazim...teringin sy nak jumpa orang macam ni..

tapi bagi orang yang tak gifted ni..jangan mengeluh pulak...sebab....sedar tak sedar, sebenarnya Allah nak bagi kita pahala dari sudut yg kita kurang tu..makin banyak kita usaha untuk bersabar, makin banyak pahala yg kita dapat..insya'Allah...

kadang-kadang kita selalu terguris hati dengan kawan-kawan kita yg mulut macam longkang tu..tapi mcik zu cakap...ayah dia pesan..anggaplah Allah yg suruh dia cakap macam tu..be positive...kalau kita pandai manage suatu keadaan tu,insya'Allah hasilnya pon positive jugak...contohnya..si A ni cakap kat si B, "kenapa awak pakai tudung labuh macam ni?kolot la.." kalau si B ni fikir positif..mungkin si B akan cakap, "takpela kolot pun..yg penting aurat sy tertutup dengan sempurna..insya'Allah..yg lebih tertutup itu lebih indah.." kalau si B fikir negatif, mungkin juga dia akan jawab, "yeke kolot?malunya sy...sy nak pakai tudung macam awak la nanti.."
nampakkan perbezaannya??kreatifla dalam berfikir...jangan biarkan kata-kata orang lain mengubah prinsip kita yang sudah sememangnya berlandaskan syariat Islam..

Mudah-mudahan Ramadhan kali ni membawa satu transformasi yg bermakna buat kita semua...setelah 11 bulan kita jadi insan yg penuh dosa, jom sama-sama jadikan bulan Ramadhan bulan penghapus dosa...

Dalam pandangan Yusuf Qordhowi, sabar merupakan mempunyai kaitan yang erat dengan mental dan moral yang tinggi dalam Islam. Di mana mental dan moral yang tinggi tersebut sekaligus sebagai pengembangan kepribadian muslim bagi seorang konselor yaitu mempunyai aqidah yang lurus (Salimul Aqidah), ahli syukur, taqwa, tawakal, ahli ibadah, orang yang penuh kasih sayang serta gemar bertaubat (ahli taubat). Selain itu, sebagai seorang konselor juga harus senantiasa "bermujahadah" (bersungguh-sungguh untuk terus meningkatkan kualiti kesabaran).

wallahua'lam...

Tuesday, August 10, 2010

cuti-cuti...ronda-ronda..

bismillahirrohmanirrohim....

10/8/2010-3:48 p.m

alhamdulillah...bangunan library UPM masih terpacak megah dengan izinNYA...maka dapatlah sy online dengan senang hati..dapat bukak web TV3..dapat update blog..dan yg paling best bila dapat download cerita-cerita yg best..hehe...

lega hati sy dah abes kelas AE003..mula-mula memang seronok sebab miss Faezah dengarkan lagu 'Kecik-Kecik Jago Kobau',tapi......lepas tu...."ok class, translate this song to english ya..at least two verse..or you cannot go back"...adoi3...dah la dialek nogori..pening kmi pikiaq..huhu
tapi sekarang dah relax dah..

lagi berapa jam je nak masuk bulan ramadhan kan..berdebar hati sy...ntah sempat ntah tidak kita nak puasa dalam bulan ni...penuh tak penuh, tu belakang kira...yg penting WAJIB puasa bagi yg mampu..kadang-kadang geram jugak sy kat orang yg bagi macam-macam alasan tak nak puasa..Allah bagi kena kanser perut baru tau...isk3...[ sy tak mendoakan..cuma nak takutkan je.. :) ]..dan sy paling geram bila orang dah tak cukup puasa, tak nak ganti puasa...hutang dengan Allah jangan main-main..

Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Rasulullah saw bersabda :
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

sabda Rasulullah S.A.W : Sia-sia dan rugilah dia(3X). Lalu para sahabat bertanya, "Siapa ya Rasulullah?" Sabda baginda : Sesiapa yang telah melalui Ramadhan dan dosa-dosanya belum diampuni."


entri untuk Ramadhan,lepas ni ye...banyak yg nak dikongsikan...nak post sekarang memang tak sempat..kena buat secara berkala & save dalam draft.. :)
7/8 hari tu, family sy amek sy kat UPM..nak balik kampung blah Abah katanya..maka, merondalah kami sekeluarga kat area Klang tu...ni namanya beraya sebelum puasa..best jugak...tetap meriah macam hari raya..duit raya sebelum puasa pun dapat jugak..hehe..sape kata dah besar tak dapat duit raya..makin besar la makin banyak dapat..[ besar umur ye..bukan besar saiz badan..kang ampa salah paham, dok pakat besaqkan badan plak..haru jadinya :D ]

comeeeelll...rasa nak picit2 pipi dia...

ni anak kak yani..nama baby ni Nur Faiqa Azurin binti .........Sy tak tau apa nama ayah dia..nama mak dia je sy tau sebab mak dia sepupu sy...[bias] :D time ni muka dia nampak garang kan??tapi sebenarnya dia tak garang pun..cuma dia tekejut ada orang nak amek gambar dia je..


jalan-jalan cari lembu..huhu

sy:eh adah, bau ape ni??macam bau taik lembu je..
adah:memanglah bau taik lembu..dah kat sini banyak lembu..
sy:garang tak lembu-lembu kat sini?
adah:tak kot..sebab lembu tu tak pernah marah adah..hahaha
sy:%^&*()_@#$%^..[jawapan ape tu...???haha]
adah:tapi k.tim jangan takot la sebab kat tempat yg kita lalu ni tak banyak lembu melintas pon..kat tempat semak2 yg fansuri ngan yum lalu tu yg banyak lembu...
sy:hehehe...nasib korang la kalau kena pijak dengan lembu...

nampak bukit ni macam rendah...tapi sebenarnya tinggi jugak..ada lagi satu bukit tu,tinggi sikit..memang seram kalau nak turun ikut situ..tapi..akhirnya, sy berjaya jugak...[tu pun lepas dah dicabar & diejek2..huhu]

abg fan:timah,cepat la turun..takde pape pon..
sy:weh..seram la..kang tergolek nanti,buat malu je...
adah:alaaa k.tim...paling-paling pun calar muka je..
sy:perh..calar muka tu yg tak bleh...calar kaki takpe lagi..kekeke
adah:cepat la..kebelakangkan sikit badan..bagi seimbang..
ekal & mirul:ko ni kakak, penakutla..
sy:okeh!tepi..tepi..kakak nak turun..
abg fan:ok,pastu naik balik ikut tempat yg sama..
sy:gila ape...huhuhu

wajah-wajah semi-pro..yg paling tak pro dah out..kena jadi jurugambar..hehe

best..best..best..best sebab time kat rumah cik wati, dapat makan nasi ayam Bang Leman..sedap ooo...dapat makan sate..puding kacang merah..karipap..bihun..time kat rumah wk siti, dapat makan soto yg artis selalu beli..[ni depa la yg habaq]..tapi memang sedap pun..dapat makan putu piring..kerepek pisang wak selamat..[memang terbaik ah..fresh dari kuali]..keropok ikan..lemang..kek..n banyak lagi la..tak larat nak listkan semua..[makin sy listkan, makin menyanyi2 perut sy ni..laparrrr...huhu]

sekian saja...happy fasting to all muslims :)