Saturday, December 18, 2010

Pensil dan Kita

bismillahirrohmanirrohim...


18/12/2010-6:00 pm


alhamdulillah syukur pada allah diberi kesempatan untuk mencoret di blog ini. ari ni sy nk bcerita pasal "Pensil dan Kita". Haa "Pensil"? Ye. Pensil. mesti ramai tertanya2 apa kaitan pensil dengan kita. 'sy dah xguna pensil..sy guna pen' (ayat mengelat) hehe. xpa2. ada plak yg ckp pensil 2B ke pensil picit 0.5. aduh. macam2 je ayat ngelat ny. huhu sy nk cite psl pensil yg kita guna masa zaman kanak2 ribena. pensil kayu tu. xksah lh pensil 2B ke HB ke. Janji pensil. mungkin ada yg dh pnah baca cite ni. tapi sy cite jelh. klo yg blum bca. jd ilmu baru. klo yg dh anggap lh kita refresh balik. hehe


Pembuat pensil menceritakan sesuatu kepada pensil sebelum pensil dimasukan kedalam kotak untuk edaran. 


Pembuat: "Dengar sini pensil. ada 5 perkara yg perlu kamu ingat dan jgn sesekali lupa. yg mana bakal menjadikan kamu pensil TERBAIK."


Satu; Kamu akan menjadi pensil yg HEBAT. sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam genggaman SESEORANG.


(Bayangkan pensil yg mnulis tanpa berada dalam genggaman tgn seseorg..mustahil kn? pensil xkn mmpu menulis dgn sndiri ny..)


Dua; Kamu akan merasa kesakitan DI ASAH dari masa ke semasa. namun kamu memerlukan nya utk menjadi kan kamu pensil yang LEBIH BAIK


(Pensil kalau xdi asah akn tumpul dan xdpt mmberi manfaat..betul x?)




Tiga; Kamu perlu bersedia MEMBAIKI setiap KESALAHAN yang kamu lakukan.



(Apa yg kita tulis dgn pensil..kalau salah..kenalah padam..kn?)


Empat; Bahagian yg pling PENTING dalam diri kamu. adalah DALAMAN kamu.


(Apa yg penting pada pensil bukan luaran ny sgt kn? yg pnting karbon dlm tu. klo luar ny cantik. tp karbon dia cpt patah. xjd jga. kn?)


Lima; Di atas setiap PERMUKAAN yg kamu di gunakan. kamu harus meninggalkan TANDA. walau dalam apa jua keadaan. kamu perlu terus menulis. 




(atas kertas kosong ke,surat khabar ke,buku ke,kertas ronyok ke. klo menulis mesti lh ada ksan ye x? klo xda kesan. xdpggil menulis :) )


Pensil memahami dan berjanji akan mengingat pesanan itu. lalu masuk lah ia ke dalam kotak utk edaran. 


Baik. Jom gantikan pensil dgn Kamu. 


Satu; Kamu akan mampu melakukan perkara2 HEBAT. Hanya sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam genggaman alLah. 



“ Katakanlah:  Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu.  Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.  Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakan Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan. “ (6:164)

Dua; Kamu akan merasai UJIAN yg mnyakit kn dalam kehidupan dari masa ke semasa. namun kamu memerlukan nya untk menjadi lebih kuat. 


"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sementara mereka tidak diuji? "(29:2)


Tiga; Kamu perlu cuba MEMBAIKI kesilapan2 yg kamu lakukan dalam kehidupan.


"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (39:53)


Empat; Bahagian paling PENTING pada diri kamu adalah dalaman (hatimu).


Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI (HR Bukhari & Muslim) 



Lima; Dalam perjalanan kehidupan. tidak kira apa pun situasi nya. berusaha yg terbaik utk byk memberi dan teruskan tanggungjawab menjadi hamba dan khalifah allah ats muka bumi. 


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (94:7-8)


Baik lh. yg ni je yg sy dpt kongsi. jadikan kisah pensil dan kita ni sebagai pemangkin utk kita terus menjadi yg trbaik! *yosh!* "allahuakbar!" -k423-

Saturday, December 11, 2010

Bercinta perlu dihebahkan?

bismillahirrohmanirrohim...


11/12/2010-12:05 pm


alhamdulillah...seronok sungguh dapat update blog..satu kebahagiaan buat sy bila dapat berkongsi sesuatu yg baru@bermanfaat buat semua..meh nak ingatkan lagi sekali...apa2 yg ditulis dalam blog ni takde niat langsung nak perli mana-mana pihak...sekadar perkongsian untuk umum...sape terpijak cicak,rasa la sejuknya ek...hehe...[geli betul bila bersentuh dengan cicak...sejuk...eeee] tapi takpe..tak dapat dosa...tapi kalau bersentuhan dengan bukan mahram?hoho...fikir2 kan...


ok...hari ni tiba2 rasa nak share tajuk di atas..BERCINTA PERLU DIHEBAHKAN??terima kasih buat k.shashi...sebab dapat ilham dari wallpost dia la ni.. :)


Shahidah Othman

Knape org yg ade relationship ngan...buah hati dielah..mesti akn ubah statusnya kpd "in relationship or it's complicated"?
a) mmg nk bg tau semua org 'i dah berpunye'
b) tanda menghargai kekasih
c) nk ckp "aku ada market ape"
d) tak mau diganggu oleh stalker
e) dah org buat, aku pon buat la..
f) saje nk cetus kotroversi
mane satu yg btol ek? selain dr ni korng tau knape?



see...kenapa ek?perlu ke dihebohkan?selalu jugak dengar kawan2 cerita...


"timah,ade sorang kawan FB aku ni sikit2 nak post pasal buah hati dia..menyampah!show off g**a!!aku rasa macam nak remove dia je"


haa...tengok tengok...nak show off punya pasal...kawan2 pun jadi menyampah..silap silap hari bulan kawan pon remove kita...sedih kan?


sy sendiri la...bila tengok wallpost kawan2 ada yg tulis pasal buah hati,malas nak komen ape2...senyum+geleng kepala je...tak lama lepas tu pulak....status sedih pasal buah hati..adohaiiiii...di mana privacy kita kalau hal peribadi yg sepatutnya disorok2 kan,dihebahkan pada umum??maafla ye...bila baca status tu,sy kembali senyum+geleng kepala..kira baik la kan sy tak gelak...


ok...pengumuman berulang..tapi versi lain..TAKDE NIAT NAK CONDEMN SAPAE SAPE...cumanya kalau ada yg terasa, diharap hentikan la ye...kurang elok la..nampak tak manis.. :)


Faedah tak hebahkan.....


-dapat pahala...nak tau kenapa?sebab semua orang pon, bila dia excited@rasa seronok,memang macam nak bgtau semua orang...tapi disebabkan rasa malu yg Allah kurniakan kat dia tu, dia tahan...dia switch keinginan dia tu dengan bersujud pada Allah...Si Pemberi Kebahagiaan...Si Pemberi Hadiah..yela..cinta tu kan anugerah+hadiah dari Allah..supposedly macam tu la kan??kalau nak senyum sorang2 pun takpe kot...tapi maksure control ea...jangan nak melebih sangat..[pesanan untuk diri sendiri gak] :)


-orang lebih hormat pada kita...bukanla bermaksud nak dihormati sangat...tapi percayala...kalau orang tu bole control 'excited dia yg tadi tu', dia bukan calang-calang orang..tapi dia bukanla orang yg luar biasa...cuma...orang biasa yg bertindak luar biasa...cuba tanya orang yg bertindak luar biasa ni,kenapa tak publish relationship...kalau nak ikut survey yg sy buat,ramai yg jawab-"nak buat apa publish,low profile sudaa"..."taknak la...segan...doakan ye"...jawapan paling best..."takkan nak hebahkan dosa sendiri..baru couple...blom kawen..." hehehe...maksudnya...hebahkan yg kita couple=hebahkan dosa la ek??fikir2 sendiri....


-orang cerdik+sayang masa...kenapa??yela...malas nak serabut2 kan kepala dengan komen yg berjela jela..lagi lagi la pasal ni..takdok pekdah!lebih baik buat kerja lain...sembang pasal lain...ye tak?hehe..makcik sy yg dentist tu penah cakap...time tu ade beberapa orang manusia ni tengah sembang sembang pasal ni la....budak2 sekolah menengah...normal la kan..."pakwe kau..blablabla...pakwe aku..blablabla..[kita dengar pon sakit telinga..macam nak cerita kat satu dunia].." sekali makcik sy cakap..."ade ke patut sembang2 pasal ni....tak berwawasan langsung.." adui2...nak tergelak...tapi senyum jela...tak berani cakap lebih lebih...sebab sy pon masih di usia remaja...mintak dijauhkan la..


kesimpulannya....tanamkan la rasa malu...malu itu sebahagian daripada iman...insya'Allah bila kita ada perasaan malu tu,kita akan fikir lebih dari sejuta kali untuk meluahkan 'excited' kita tu..dan akhirnya kita takkan luahkan pun dek rasa malu yg berbaki tadi..Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." 


reminder 4 u and me...


bercinta bukan bermakna menerima...tetapi memberi...memberi.memberi dan memberi.sampai bila?sampai bila-bila.sanggup tak?kalau tak sanggup, jangan bercinta.kalau sanggup,yakin ke sanggup??sebab tu la orang kata cinta tu pengorbanan.berkorban masa,tenaga,wang ringgit,badan.badan?oh tidak!!! sebab tu pentingnya kita untuk menjadi baik+soleh/ah+musleh/ah...sebab ape?sebab kalau nak pasangan yg ada ciri-ciri tu,kita dulu yg kena ada ciri-ciri tu.insya'Allah..biasanya orang yg ada ciri-ciri ni dia tak 'bengong' n banyak cekadak...maaf..terkasar bahasa.. :p
bila sama sama faham erti perhubungan+pertunangan+perkahwinan,insya'Allah berkekalan hingga syurga...amin ya Rabbal alamin...sape dah bercinta??sila walimah cepat-cepat...halalan thayyiba... :D




catatan ringkas time ceramah Ustaz Pahrol...ustaz cinta..hehe


-Jangan kau melampaui batas syara' untuk menuruti nafsu


-orang mukmin adalah orang yg paling layak merasai cinta.sebab cinta lahir dari syurga..[cek balik kisah adam & hawa]


-apa itu cinta?=TANGGUNGJAWAB..pada pemikiran..tarbiyah..dan dirinya...kita akan dipersoalkan setiap tindakan kita...


-LOVE IS A WORK NOT A WORD


-cinta untuk memberi bukan menerima.Allah Maha Cinta..sebab Allah yang paling banyak memberi :)


-bagaimana kita menilai cinta?? :-


    -What you see is what you get..who you are determine how you see.
    -pandangan BIASA-cinta=remaja
     pandangan AKAL-cinta=psikologi
     pandangan NAFSU=seks
     pandangan HATI=Hadiah dari ALLAH :)


-cinta BUKAN 1 tujuan..TAPI cinta itu 1 jalan..(Az-zariyat)


-cinta sebenarnya bukan dari mata turun ke hati..tapi dari hati naik ke mata.. :)


p/s: Ambillah contoh pohon semalu sepreti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah AZ Zahra r.a. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul
Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.



sekian saja...

Friday, November 19, 2010

..F201..

19/11/2010-2:38 a.m

bismillahirrohmanirrohim...

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...lega rasanya dapat update blog..rasa serba salah sangat bila blog tak update2, tapi ade je follower baru..Ya Allah..beri sy kekuatan..moga mereka dapat manfaat dari blog yg tak seberapa ni...

di sini ingin sy tegaskan sekali lagi, blog ni memang tak lari dari bercerita kisah sy dan orang2 sekeliling sy..tengok header ea...pastu pahamkan..then digest!ok? :)

insya'Allah..entri kali ni khas buat roommates F201...[korang kena terharu ni..entri khas untuk korang tau] hehe...

f201/1- [K.SARA] : k.sara la org yg paling setia teman sy sampai la hari terakhir sy di upm utk tahun 2010..bukan ape..sebab k.sara tak abes paper lagi..hehe..apepon, best sgt bila k.sara bawakkan gulai daging, serunding ayam, ketupat pulut, sambal kacang n nasi himpit time malam raya haji tu..ingatkan raya kali ni dapat makan nestum je..huhu..wpon k.sara paling senior dalam bilik ni, kte tetap rasa yg k.sara muda macam kitorang..cewwah! k.sara sporting..wpon k.sara selalu nampak tak bermaya sbb study hard sgt, k.sara still join mesyuarat tingkap ktorang..thanks n sorry k.sara!may Allah bless u...

f201/2- [K.IZA] : pasal k.iza mmemang terlalu banyak utk diceritakan..tapi malas nak cerita banyak2..takut k.iza syok sangat..tiap2 hari nk bukak blog kte...baca entri ni..hehe..akak selalu share cerita dgn kte..pastu kte gelak sme2..paling tak leh lupa bila akak tanya kte, "tmah,ko nanges ea tadi?akak rasa la..sebab takdenye orang selesema tiba2.." 'haishh..malu seyh k.iza dengar'...start dari ni la sy banyak kongsi cerita dengan k.iza..k.iza mmg kakak yg baik..pendengar yg baik..pendek kata k.iza memang baik la..paling suka tengok koleksi ento k.iza..sampai kan partition k.iza pon bau ento..feningss...patotla banyak shishak yg singgah..haha.btw,mkaseh n sorry k.iza!may Allah loves u always :)

f201/3- [SAYA] : mane boleh cerita..tak elok puji diri sendiri..haha..

f201/4- [NABILA] : nab la orang yg paling pendiam sekali dalam bilik ni..sebab tu la kte segan2 sket nak tegur awk..maaf ye nab..kte jarang pegi partition awk..tapi tu tak bermakna kte tak nak rapat dgn awk..cuma kte segan..takut kacau awk study..sebab kte tau..nab cintakan suasana senyap..[kalau salah,tolong betulkan ye nab..] huhu...apepon, nab la food supplier utk bilik ni..mungkin sebab rumah nab paling dekat dgn upm..tapi nab memang pemurah pun..mkaseh n sorry nab!moga murah rezeki awk :)

f201/5- [SUMAIYAH] : su..mula2 takut nak tegur awk..sebab awk nampak pendiam..tapi lepas beberapa minggu, alhamdulillah...kte dh mula rapat dengan awk..awk ni ok je sebenarnya..cuma kte ni yg tak reti tafsir awk..sori..hehe.suka study dgn awk..awk pon banyak tolong kte..paling respect bila awk boleh study bio sambil baring...pastu boleh ingat plak tu..tak perlu buat mind map warna warni..awk kata bio ni macam bed time story..haha...nak meletup jantung kte dengar..su, awk memang layak jadi cikgu..sbb tu la kte tak kisah bila kdg2 awk tergarang sket dgn kte..mmg tu la nature seorang guru kan..hehe..moga awk berjaya dalam segala interview yg menyerabutkan tu..chaiyok su!thanks n sorry 4 everything! :)

f201/6- [PIKA] : pikaaaaa!!! kte sgt2 rindukan awk...ingat lagi time kte same2 tgk 'Personal Taste'..dh macam ape je..emosinye mengalahkan org yg berlakon..so bila cuti ni, kte tengok cerita 'Bad Family' kte gelak sorang2 je..dah takde sape nak temankan kte beremosi..huhu...dat's why i miss u most..(T_T) pika, mmg betol pon awk suke nyanyi kuat2..tapi takpe je..kte suka..sebab awk buat kte rse nak gelak..hehe.bila tgk butter cookies, mesti teringat kat awk..pika...hopefully awk dapat s***i yg awk idamkan..sebab awk baik!fhm kan maksud kte...huhu..thanks n sorry 4 those moments...

korang memang hebat...boleh buat kte rasa nak nanges bila teringatkan korang..lagi2 la time honeymoon kat kolej ni..bila tengok partition korang, terbayang-banyang korang kat situ..dah la raya haji tak dapat balik rumah..dengar takbir raya kat surau jela..pilu sungguh..harap2 nya korang tak lupa kte la ye..sebab kte tak pernah lupa korang.. hehe

sy..pika..k.iza..k.sara..su..nab :)

p/s: malu nak cakap depan2..tulis kat blog je yg mampu..tapi tetap malu jugak...so lepas baca ni, jangan nak gatal2 discuss kat fesbuk ea..malu kte...huhu..



Thursday, October 21, 2010

1 jenis sedekah yang sangat dituntut

21/10/2010-8:05 p.m


allahuakbar subhanallah walhamdulillah walaailahaillallahu wahdahu laa syarikalah walaa haula walaa quwwata illa billah..segala puji bagi Allah..hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat saya..

Alhamdulillah..baru-baru ni saya ada derma darah kat kolej saya sendiri...walaupun ada orang-orang sekeliling saya yang tak support, saya pergi je..ada saya kisah???[nak cakap aku macam kasar sangat plak...hehe]

tepat jam 12:12 pm saya selamat sampai kat dewan putra I..mak oii..kotornya seluar saya..penuh dengan tanah..sampai doktor tu perli.."dah habis tanam pokok dik..." hoho...'hehe..sudah-sudah'...apakan daya..saya baru balik dari Tree Planting Ceremony UPM-MITSUBISHI...kalau tak kotor, tak nama tanam pokok la kan...

kat Dewan Putra I....

cek tinggi..cek berat..cek blood pressure...cek haemoglobin..fuhh...alhamdulillah...saya berjaya ke step seterusnya...ramai betol join derma darah kali ni...of course la kan..sebab dapat free gift..tupperware+conditioner sunsilk...hehe..tapi..actually tujuan sebenar derma darah bukan sebab benda tu...tu cuma tujuan sampingan je...menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi...derma darah merupakan satu jenis sedekah yang sangat tinggi nilainya..yela..selamatkan nyawa orang lain kan...hari ni hari mereka...mana tau esok lusa hari kita...malu la dah besar-besar gedabak macam ni nak bagi alasan takut jarum..hisap rokok tak takut plak??hisap rokok tu boleh MATI tau tak..derma darah tak mati pon...lagi sihat ade la..apa daaaa...hari tu ade sorang kawan sy ni.....

si A:timah, buat ape susah-susah nak derma darah..dah macam takde benda lain nak derma...kalau aku,aku bagi duit je..
saya: oii..duit dengan darah nilainya tak sama tau..duit derma jugak..darah pun derma jugak...pemurah x?haha
si A:eee....sakitnya la nak cucuk-cucuk ni...tak sanggup aku.
saya:eleh...bersalin tu lagi sakit...kalau awk sanggup bersalin siap awk ea...kita cucuk awk amek darah awk..

akhirnya kami sama-sama ketawa...hahaha...mesti sy rindu dia nanti...orang selalu ingat kami macam nak gaduh..tapi sebenarnya tak pun..kami sangat akrab!moga Allah pelihara persahabatan kami.

ok..sampai la saat yang best bagi saya..."ok adik..mari sini" time akak tu cucuk lengan saya,perhhhh.....awat lain macam je sakitnya...dulu derma darah tak sakit macam ni pon...huhu...tapi saya tahan je..takkan nak nanges pulak kan..haish, malu lah...saya monolog dengan diri saya sendiri.."fatimah..sabar..sabar...sekejap je ni sakitnya...ingat tujuan awk datang sini..jangan manja sangat..sakit sikit je tu.." saya teruskan istighfar dan beristighfar sampailah ada sorang nurse datang kat tempat saya...

nurse:eh,kenapa darah awak ni macam dah tak nak keluar?
saya:entah, mana saya tau..dari mula-mula cucuk lagi dah rasa kebas-kebas..nak cakap tapi takut..
nurse:laaa...meh nurse tengok...
[dia alihkan kapas yang tutup jarum tu, pastu dia gerak-gerakkan jarum tu..tolak ke depan & tarik ke belakang..nak adjust bagi darah keluar kot..tapi gila hape...sakit macam nak meletup lengan saya ni...dah la tangan saya dah biru..memang saya nangis ah..rasa cam nak debik je nurse tu sebab buat saya menangis..malu oooo....orang dok datang amek gambar saya..interview saya itu ini..haaiisshhhh....akhirnya nurse tu terus cabut keluar jarum tu dari kulit lengan saya..dah bengkak teruk katanya..yang sedihnya saya cuma dapat derma 300 ml je..supposedly 1 bag tu 450 ml..]
nurse:tekan kapas ni kuat-kuat guna ibu jari tangan sebelah..jangan lepas selagi nurse tak suruh,faham? darah awak boleh terpancut ni kalau tak tekan betul-betul..dah bengkak teruk ni...
saya:ok....[dalam hati dah geram dah..eleh..nak cakap marah-marah konon..nurse tu yang tak reti cucuk..huhu..disuruhnya saya tido..dia bagi saya minum glucose..adeh..manisnyaa..yekk]

lepas dekat sejam saya terbaring kat atas kerusi tu, saya pon cepat-cepat la nak balik..sekali nurse tu panggil saya..dah la kuat..memalukan sungguh...

nurse:ingat pesan nurse..jangan balik sorang-sorang..kang pengsan susah saya..pergi minum air milo kat meja sebelah tu..ade biskut sekali..sedap tu kalau cicah dengan milo...
saya:okey2...[amboih..siap suruh cicah dengan milo..hahaha..macam menu nak breakfast plak..sakit-sakit camni memang saya tak selera la...huhu..maaf ye nurse..]

bila saya balik bilik, roommates saya terkujat...ngeri ek??konfem korang tak derma darah kan..hehe..bila pergi pusat asasi, coursemates saya terkejut..ape??teruk gila??a'ah..memang teruk pun warna birunya tu...sampai ada yg tanya..saya jatuh ke..ada orang tumbuk ke...haha..

akhirnya saya pergi PKU jugak..sebab kawan-kawan saya ramai yang bising-bising suruh saya pegi..ok...doktor cakap...nurse tu dah tercucuk urat-urat lain..that's why la sy rasa kebas-kebas & kawasan lebam tu sangat luas dan jelas..banyak kawasan yg darahnya dah beku..so, lambat sikitlah baiknya..tapi selamat..jangan risau..derma darah sangat selamat...ok doktor..saya percaya apa yg doktor cakap...next time saya derma lagi ok...mak, abah jangan risau ek...derma darah selamat tau..cuma yang tak selamatnya bila derma darah 2 minggu sekali...boleh kena darah tinggi oo..kalau tak caya, cuba tanya abg fan...kan abang kan??hehehe..jangan marah er...
ramai yang tanya.."fatimah, tak serik ke?kenapa nak derma darah lagi?" kat sini saya akan jawab..


” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)

Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ).

” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan-kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan-kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).

sangat jelas yang Allah suka hambanya bersedekah...lebih-lebih lagi derma darah..sebab derma darah dapat bantu orang lain teruskan kehidupan & dapat menggembirakan orang lain..so, masih takut lagi ke??come on la...berani la sket..hehe

out dulu....salam alaik

Sunday, October 17, 2010

AWAS MUSLIMAH...jangan pandang ringan..

17/10/2010-12:34 a.m..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur yang teramat-amat kerana masih ada insan yang sudi tegur sy...mkaseh saudara...sungguh...sebelum ni sy tak berapa nak ambil pusing hal ni..sebab sy kira, blog sy ni hanyalah blog biasa-biasa...yg juga setiap hari hanya akan dikunjung oleh sy..tapi sy silap...sy dah silap besar...

sungguh...saat ini sy tersangat-sangatlah malu....malu dengan Allah...malu dengan diri sy sendiri..malu dengan saudara itu..malu dengan semua orang yg pernah baca blog sy...ye...malam ni malam keramat bagi sy...sy akan ingat sampai bila-bila...sy ditegur dek kerana gambar-gambar yg sy publish di blog sy...tapi sy akui memang sy salah..tak sepatutnya sy letak gambar2 kaum hawa yg begitu obvious rupa parasnya..walaupun gambar-gambar tu bukanlah gambar yg posing 'maut', tapi still....boleh menggugat keimanan kaum adam...anda WAJIB PERCAYA!! tak caya, tanya mana-mana kaum adam..pasti semuanya akan jawab YA!!melainkan memang dia suka tengok gambar anda la..jadinya dia jawab la tak..biar dia boleh tatap tiap-tiap hari...[kalau anda still tak percaya, silalah anda mampu tanggung azab Allah di 'sana' nanti]

walaupun sy sedih..sy malu...tapi hati sy lebih kepada bersyukur...alangkah ruginya sy jika sy terus-terusan buat silap sampai sy dipanggil Allah...bayangkan....kita diminta pertanggungjawabkan setiap saat gambar kita ditatap oleh kaum adam...1 hari=24 jam=1440 minit=86400 saat...kalau yg tengok tu bukan sorang?tapi 10 orang?100 orang??kemudian, ditatapnya gambar kita berhari-hari sampai kita mati..[eloklah kalau bila kita dah mati, dia pun stop dari tatap gambar tu..tapi kalau kita dah mati pon dia still tatap jugak macammana??]..ni baru dosa berkaitan hal ni..yg dosa-dosa lain ape cerita plak???fuhhh.....sungguh,sy tak mampu tanggung azab Allah...bagaikan orang ngantuk dibaling duster...sy betul-betul serik..sy juga harap muslimah-muslimah luar sana seriklah macam sy...sekian saja...

p/s: saudara yg menegur...sila tengok blog sy semula..dah ok ke? mohon reply di FB sy ye...syukran...