Saturday, December 18, 2010

Pensil dan Kita

bismillahirrohmanirrohim...


18/12/2010-6:00 pm


alhamdulillah syukur pada allah diberi kesempatan untuk mencoret di blog ini. ari ni sy nk bcerita pasal "Pensil dan Kita". Haa "Pensil"? Ye. Pensil. mesti ramai tertanya2 apa kaitan pensil dengan kita. 'sy dah xguna pensil..sy guna pen' (ayat mengelat) hehe. xpa2. ada plak yg ckp pensil 2B ke pensil picit 0.5. aduh. macam2 je ayat ngelat ny. huhu sy nk cite psl pensil yg kita guna masa zaman kanak2 ribena. pensil kayu tu. xksah lh pensil 2B ke HB ke. Janji pensil. mungkin ada yg dh pnah baca cite ni. tapi sy cite jelh. klo yg blum bca. jd ilmu baru. klo yg dh anggap lh kita refresh balik. hehe


Pembuat pensil menceritakan sesuatu kepada pensil sebelum pensil dimasukan kedalam kotak untuk edaran. 


Pembuat: "Dengar sini pensil. ada 5 perkara yg perlu kamu ingat dan jgn sesekali lupa. yg mana bakal menjadikan kamu pensil TERBAIK."


Satu; Kamu akan menjadi pensil yg HEBAT. sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam genggaman SESEORANG.


(Bayangkan pensil yg mnulis tanpa berada dalam genggaman tgn seseorg..mustahil kn? pensil xkn mmpu menulis dgn sndiri ny..)


Dua; Kamu akan merasa kesakitan DI ASAH dari masa ke semasa. namun kamu memerlukan nya utk menjadi kan kamu pensil yang LEBIH BAIK


(Pensil kalau xdi asah akn tumpul dan xdpt mmberi manfaat..betul x?)




Tiga; Kamu perlu bersedia MEMBAIKI setiap KESALAHAN yang kamu lakukan.



(Apa yg kita tulis dgn pensil..kalau salah..kenalah padam..kn?)


Empat; Bahagian yg pling PENTING dalam diri kamu. adalah DALAMAN kamu.


(Apa yg penting pada pensil bukan luaran ny sgt kn? yg pnting karbon dlm tu. klo luar ny cantik. tp karbon dia cpt patah. xjd jga. kn?)


Lima; Di atas setiap PERMUKAAN yg kamu di gunakan. kamu harus meninggalkan TANDA. walau dalam apa jua keadaan. kamu perlu terus menulis. 




(atas kertas kosong ke,surat khabar ke,buku ke,kertas ronyok ke. klo menulis mesti lh ada ksan ye x? klo xda kesan. xdpggil menulis :) )


Pensil memahami dan berjanji akan mengingat pesanan itu. lalu masuk lah ia ke dalam kotak utk edaran. 


Baik. Jom gantikan pensil dgn Kamu. 


Satu; Kamu akan mampu melakukan perkara2 HEBAT. Hanya sekiranya kamu membenarkan diri kamu berada dalam genggaman alLah. 



“ Katakanlah:  Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu.  Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.  Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakan Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan. “ (6:164)

Dua; Kamu akan merasai UJIAN yg mnyakit kn dalam kehidupan dari masa ke semasa. namun kamu memerlukan nya untk menjadi lebih kuat. 


"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sementara mereka tidak diuji? "(29:2)


Tiga; Kamu perlu cuba MEMBAIKI kesilapan2 yg kamu lakukan dalam kehidupan.


"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (39:53)


Empat; Bahagian paling PENTING pada diri kamu adalah dalaman (hatimu).


Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI (HR Bukhari & Muslim) 



Lima; Dalam perjalanan kehidupan. tidak kira apa pun situasi nya. berusaha yg terbaik utk byk memberi dan teruskan tanggungjawab menjadi hamba dan khalifah allah ats muka bumi. 


"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (94:7-8)


Baik lh. yg ni je yg sy dpt kongsi. jadikan kisah pensil dan kita ni sebagai pemangkin utk kita terus menjadi yg trbaik! *yosh!* "allahuakbar!" -k423-

1 comment:

Anonymous said...

love the updater!! :D