Thursday, May 6, 2010

hipokrit ke tu???

bismillahirrohmanirrohim...

06/05/2010

sebelum maghrib tadi,hati sy tergerak utk tengok2 balik slide yg dibagi oleh nur fahri..slide berkenaan dgn perkongsian online..sy bangga dengan lightoffaith.fm...moga Allah berkati usaha kalian..time tengok2 tu,sy terbaca sepotong ayat quran...


“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” (Al-Ankabut: 69)

lepas tu,sy terus teringat kat 2 peristiwa..

>>abg fan sy..dia penah cakap,"pelik betul la..bila si A tu buat baik,orang cakap dia tunjuk baik pulak..ade ke orang yang nak tunjuk jahat??"
dari situ sy belajar sesuatu..sunggguh,abg fan sy seorang yg suke berbaik sangka..

>>dr.asmah,lecturer kimia sy..die cakap,"sy pantang betul kalau ade orang complain2 bila orang lain nak buat baik..kalau dia tu x mampu nak buat baik,x payah la sibuk2 kalau orang lain nak buat baik"..agak tajam ayat tu..tapi sy suka sebab maknanya mendalam :)

lepas sy dengar abg fan sy ckp tu,sy x penah terdetik nak panggil orang hipokrit lagi..sebab sy tau semua orang cuba untuk menunjukkan akhlak yang baik sama ada dia terpaksa atau rela..dan semua orang pun berusaha sedaya mungkin untuk menyembunyikan keaiban masing2..

sebenarnya tidak wujud istilah hipokrit dalam islam..yang wujud hanyalah mujahadah...

"malaslah nak solat sunat..nanti orang ingat aku nak menunjuk2 pulak..lagipun aku bukan alim sangat"

dah lali dah dialog2 ni kat telinga sy..ape kata kalau anda teruskan je solat sunat dhuha..sesungguhnya sangkaan Allah bersama sangkaan hambaNya..kalau anda mujahadah untuk teruskan solat,insya`Allah orang lain takkan fikir pon anda hipokrit..itu agenda syaitan untuk melemahkan anda je sebenanrnya..percayalah..jangan lupa,setiap amalan soleh pasti akan diberi ganjaran oleh Allah..

ade setengah orang kononnya xnak hipokrit,tapi akhirnya bertambah dosa..

"taknaklah pakai tudung pegi kuliah..macam hipokrit pulak..kejap pakai,kejap x pakai"

kemudian,sampai bila taknak jadi hipokrit(kononnya)?umur dah semakin singkat..dosa pulak makin bertingkat2..nauzubillah..kena faham..tutup aurat suatu KEWAJIPAN..anda suka ke, x suke ke, ikhlas ke, x ikhlas ke, anda WAJIB tutup aurat..contohnya,kat rumah,anda x suke sapu sampah..tapi kat kelas,anda wajib sapu sampah mengikut jadual tugasan yg telah diberikan..tu amanah tu..kalau anda x sapu sampah,impaknya???anda digelar pengotor & malas..macam tu juga kat akhirat nanti,kalau kat dunia anda taknak tutup aurat,anda rasa2 penduduk syurga suka ke kat anda?Allah pulak macammana?wallahua`lam..

pernah sekali ni,sy terdengar...

"ok ape baju aku ni..tutuplah jugak..berbanding dengan dia tu..tapi orang x complain pon baju dia"

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlaknya..sbb tu merupakan salah satu teknik syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه
..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

wallahua`lam....


bismillahirrohmanirrohim...

2 comments:

syitah said...

timah,stu perkongsian yg amat baek...bgus2..timah mkin matg dlm mnulis..smoga dpt kongsi bhn2 yg best2 lg utk prkongsian rmai..

bintufadeen said...

ngehehe..
nmpk sgt sblum ni yg ak x mtg dlm mnulis..ak kn informal orgnye.. :D
btw thnks syitah.. :)