Monday, October 31, 2011

Gagal bukan bermakna Allah tak sayang.

Alhamdulillah..
Allah masih sudi beri sy rasa untuk menulis..menulis dari hati dan dipandu dengan kewarasan akal adalah sebaik-baik penulisan..insya'Allah..


Saat ini sy kira sy gagal..sy gagal beri yg terbaik buat orang-orang yg sy sayang..dan yg lebih penting sy gagal buat yg terbaik untuk diri sy sendiri..kadang-kadang, kegagalan boleh buat kita gila..buat kita mati dari terus tingkatkan usaha..putus asa untuk terus maju kehadapan...juga kadang-kadang, apabila kegagalan dipandu dengan azam & semangat untuk berubah, kita pasti jadi lebih baik..jika dan hanya jika kita sertakan usaha yg kuat bersama azam & semangat yg tinggi tadi..




“Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untk memulai lagi dengan lebih cerdik.”

–Henry Ford

“Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.”
–Winston Chuchill


Allah...sy yakin Kamu tahu apa yg sy mahukan..sy yakin Kamu akan bagi apa yg sy hajatkan..selagi mana hal itu baik buat sy..
Allah..pimpinlah sy untuk capai apa yg sy hajatkan..jangan pernah izinkan untuk sy terleka walau dalam satu kelipan mata..


Saat ini sy yakin sy pasti berjaya..hanya apabila sy berani bangkit dari kegagalan yg sudah..teringat sy pada pesanan sir irwan...You will be a successful person when you mix with the right people, sitting in the right environment, and do the right thing..and I will start practicing that..insya’Allah.


Ya! Sy MESTI bangkit..dan susun strategi..that’s my promise to myself. Go Fatimah! ALLAH beri kamu kegagalan bukan bermakna Allah tak sayang kamu, tapi Allah nak kamu jadi orang hebat.Tapi kamu kena cerdik la..cerdik untuk rancang kehidupan kamu..tak cerdik tak jadi juga.. =.=”

Perkara pertama yg perlu sy buat sebelum meneruskan strategi..
SCAN-->REPENT-->REPAIR..
ada kemungkinan Allah beri sy kegagalan kerana dosa sy yang melambak-lambak...mungkin juga kerana hubungan sy yang semakin jauh dengan Dia..maka dengan itu sy akan kembali rapat & terus rapat..Allah..tariklah sy kembali..[sy betul-betul dah terhantuk].. T__T



Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39


“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.



sekian.wslm wbt



Saturday, September 17, 2011

saya WAJIB cemerlang!

Alhamdulillah...sikit je lagi nak selesai..banyakkan lagi berdoa ye fatimah...manusia yg hatinya terikat dengan akhirat, akan merasa setiap ujian yg dilaluinya mudah dan ringkas..kerana dia yakin..Allah sentiasa bersamanya..yes.Allah is always be with you fatimah..chill.. =.="


"biar habis lambat..yg penting kita cemerlang setiap semester"


kata-kata ni dah macam berhantu...selalu sangat terngiang-ngiang..thanks Nabil!


"timah, abah cakap dengan mak...abah nak timah belajar pandai-pandai"


rasa nak menitis air mata bila mak cakap macam ni malam tadi...insya'Allah..i will do my best for both of u.promise! nampak gaya timah jarang balik rumah la kot..


1st week je dah macam-macam jadi..rasa macam nak patah kaki..tapi sekarang sy dah nampak hikmahnya..sungguhla Allah tu tahu apa yg terbaik buat sy...[senyum sorangsorang] ^__^


semester baru akan disertai juga dengan azam yg baru...moga Allah bantu...


La Ta'jil wa La Tua'jjil.. :)


p/s : macam seronok pulak kelas banyak dengan junior...*__*



Thursday, August 25, 2011

Somalia memanggil!


Mari hulurkan bantuan kepada warga Somalia..moga-moga dengan ringgit yang kita sumbangkan dapat meringankan beban mereka..mengurangkan rasa lapar mereka..juga yakinlah Allah akan membantu melancarkan urusan kita di 'sana' nanti..insya'Allah..

SALURKAN DERMA ANDA KEPADA:

Tabung Bantuan Kecemasan & Bencana:
BANK ISLAM 14-023-01-002571-8 (HALUAN)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Dr. Hj. Baharuddin Suri
Emel: drbbsjb@gmail.com

www.haluan.org.my

emel:somalia@haluan.org.my
Hotline:+60197559169


Sunday, July 17, 2011

melihat dan tersenyum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.syukur yg amat atas segala nikmat dan ujian yg Allah anugerahkan buat sy.Ya, sengaja Allah menguji kita dengan berbagai situasi.yang kadang-kadang menguji emosi.bukan kerana Allah tak sayang.tapi sy nampak..Allah sengaja takdirkan begitu supaya kita lebih bersyukur..dan mengambil ibrah atas setiap apa yg kita lihat dan alami.


Alhamdulillah..Allah beri sy peluang untuk menapak ke alam praktikal..yg mana di sinilah sy akan bergaul dengan berbagai jenis org yg berlainan latar belakang dan 1001 kerenah.tapi tu tak kisah la kan.nama pun manusia..memangla takde yg sama..the matter is..how u cope with all the situation..


mula-mula macam sedih la jugak kan..sorang-sorang je.tapi sebenarnya bagus praktikal sorang-sorang.baru kita tau kemampuan diri kita.pandai2 ko la nak hidup..cmtu la lebih kurang.hehe..honestly, sy memang tak boleh duduk lama-lama dengan orang yg smoke..ape kehalnya pulak kan nak jaga hati orang punya pasal sampai kesihatan diri tergadai...satu hari tu kalau tak makan dengan orang yg tak smoke memang tak sah.masuk minggu ke-2,barula sy mcm selamba sikit..pernah skali tu sy tanya sorang ni..


sy: ali(bukan nama sebenar), 1 hari awk hisap brape batang rokok?
ali:bole kata sekotak la..
sy:oh..ok.satu kotak ada brape batang?
ali:takkan tak tau??ada 20 batang la..
sy:manela nak tau.bli pun tak pernah..ermm..kalau 1 hari awk hisap 20 batang,kalau setahun brape batang ek???
ali:haha..aku pun tak pernah kira...
sy:ok.nanti balik cuba kira.pegi dulu ek..assalamualaikum..
ali:.....


alangkah baiknya kalau balik tu Ali betul2 kira..dan fikir..sy kesian.sangat kesian.kerana giankan rokok,orang sampai tak puasa dan lebih malang tak solat.hey.come on la bro...tu semua rancangan yahudi nak jatuhkan kita..perokok tegar ni AKAN menghasilkan gene yg tak baik..tak kesian ke kat generasi awak nanti..tak pasal2 je mewarisi gene otak slow.haish.....so kesimpulannya,cuba jauhkan diri dari orang yg tengah smoke.kalau dia tanya kenapa, jawab je 'sori.sy tak leh.nanti sesak nafas'..kalau dia tacing, lantak dia la..kalau paru2 ada sparepart takpe la jugak..huhu


lagi 1 perkara..yg ni betul2 buat sy tersenyum..melihat mereka yg telah dewasa umurnya..tapi berkelakuan dan bergurau macam kanak-kanak..oh man..tak baik tau caci maki orang camtu.betul ke lepas caci maki tu kte rasa puas?ntahla ek..tapi kan..sebenanya..bila kte caci maki orang, yg nampak tak baik tu bukan orang yg dimaki..tapi orang yg sedang memaki hamun..kalau ayah mulut 'wangi' camtu, memang sedih ah..anak2 terpaksa mencari ikon lain untuk dicontohi..alhamdulillah abah jenis sopan.tak banyak cakap.bukan jenis maki2 orang.abah sape kan..(^_~)


moga Allah pelihara akhlak sy.jalan trbaik bila berhadapan dengan situasi ni,senyum sambil berdoa..moga Allah kurniakan mereka akhlak dan kehidupan yg baik..


dua benda ni je yg kurang best..yang lain2 semua best..staf MPJBT semua baik dengan sy..tak pernah tinggi suara..selalu belanja..suka kongsi ilmu..best! ^____^


...melihat & tersenyum dah jadi hobi baru sy.. :)

Saturday, July 2, 2011

jaulah klate-day 3 & 4


Bismillahirrahmanirrahim....



ISNIN-13/06/2011

Alhamdulillah..hari ketiga ni jadual kami agak relaks..oh.lupa nak cerita..malam tadinya kami bermalam di asrama Tanjung Chat..habis semua bilik kami terjah..paling best sebab dapat jumpa kawan 1 batch...ummu khairah.timahani.izzah.ainin adrus.farhana.[kami agak riuh sebentar] =.="

pagi ni kami merancang nak culik ummu..nak paksa bawa ummu pegi breakfast sama-sama..lunch sama-sama..dan yg paling tak boleh blahnya, pergi muzium sama-sama..haha..muzium la sangat kan...geram betol dengan penjaga2 muzium tu..ada ke melepak kat tepi tangga je..sambil kelepas kelepus[baca:smoking]..haila....kan bagus kalau encik semua ni ikut kami masuk muzium..cerita serba sedikit tentang benda-benda yg ada kat dalam muzium tu..kalau tak pun, tolong la lap barang2 yg ada dalam tu..[rasa macam nak bersin je time kat situ]..baru la berbaloi gaji riban2 tu..kan2?? [tak marah pun..cuma bagi cadangan..hehe]

tapi macam bagus jugak la depa buat dunno je.sebab secara tak langsung, depa ni bagi kami bagi peluang tangkap gambar di zon no camera.hehe^^..



haa..taknak jaga sangat kan..kan kami dah amek kesempatan...keh2^^


dan petangnya tu kami ke Kolej Teknologi Darul Naim(KTD)....kolej kebanggaan kami....satu-satunya kolej yang menekankan dakwah tarbiyyah...kalaulah course yg sy minat ada di KTD......mesti tak ke UPM punyela... -.-"(insya'Allah) 
Alhamdulillah...petang tu rohani kami sangat terisi..penyampaian yg sangat bermakna dari Pakcik Rosdi..berkenaan dengan surah al-Ikhlas..[boleh rujuk tafsir fi zilal]..petang-malam hanyalah aktiviti di rumah..=meluruskan tulang temulang.


Last day lah yang paling kami teruja sekali..sebab memang tak tergambar di fikiran yg aktiviti kami akan berjalan sebegini rupa..hajatnya cuma nak ke ofis KTD..sarah:jumpa a.Muaz..sy:letak envelop atas meja k.faizah..dan kalau takde apa-apa urusan lagi, kami ingat nak ke asrama kampus..teringin sangat nak berbual panjang dengan Rabia Rahim..tapi Allah tak izin..En.Razali nak jumpa kami...yg ni la yg tak tahan...kena provoke tentang dakwah kampus..agak panjang diskusi kami.Alhamdulillah...rohani terisi lagi...dan bonus juga buat kami sebab.....perut kami pun bakal diisi...hehe...terima kasih ye en.Razali...belanja kami makan tengahari...tak lupa juga buat En.Faizal(driver berkaliber)..Kak Ha...sebab akak bawa kami ke Raudhah...soleh solehah+comey comey anak-anak lecturer KTD ni...seronok tengok. ^^
Syukur juga sebab Allah izin kami dapat bertemu muka & bertukar kata dengan Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman....walaupun sekejap, kami tetap juga diberikan pengisian tentang kepentingan ziarah & akademik dan dakwah perlu bergerak seiring..

time kat Raudhah...Rushdan memang serius.takmo senyum langsung...sadis!
dan malamnya tu kami pulang ke Johor...tersangat sangat terima kasih kat kak Maryam:[belanja kami makan+hantar kami ke stesen bas]..ifah:[layan kami sangat baik+bagi kami sesuatu yg comel.hehe]...ahli rumah ifah:[sudi tumpangkan kami dari hujan dan panas+layan kami dengan sangat baik]..moga Allah berkati & permudahkan semua urusan kalian...jumpa lagi.insya'Allah :) 

p/s:sarah.hanis.maaf sangat lambat update untuk day 3 & 4.post pun simple je.untuk sebulan ni rasa kurang rajin pulak nak taip menaip ni.[kesal dengan diri sendiri] -.-"

mode:rindu amat kat sarah.hanis.ifah.nazahah.ummu nad.wahidah. *bighuggg* ^___^

Wednesday, June 22, 2011

jaulah klate-day 2

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...nafsu malas dah kalah..*padan muka* maka terhasillah post ni..yeyyy...*tepuktepuk*
[tak sangka..rajin juga fatimah ni...]^____^


Ahad-12/06/2011


untuk hari kedua ni, kami fokus untuk ke Melor..rumah kawan baru sy & hanis..sarah tak termasuk..sebab wana ni kawan sarah kat UTM...best kawan ngan wana ni..baru je jejak kaki kat rumah dia,dah terasa macam kat rumah sendiri...siap gi dapur buat kuih lagi...ni first time kami buat kuih cek mek molek..[xtau la betol ke x ejaannya ni]..kuih ni lebih kurang macam kuih keria..cumanya lain dari segi bentuk dan cara buat..bahan-bahan totally sama..so apalagi..sy & hanis terus je la buat tak malu..beriya sangat nak buat keria..nasib la mak wana ni faham perangai kami...[sbb lebih kurang perangai wana jugak..haha]


hentam kromo je buat kuih ni..asal ada bentuk,kira ok la tu...hehe




habis je buat kuih, mak wana terus masakkan kami tomyam +ikan kegemaran wana[tak tau apa nama]+gulai ikan..dok kat rumah wana ni, tak sempat nak rasa lapar..sampai-sampai je, dah hidangkan cek mek molek+tembikai+air teh tarik..tak lama lepas tu,hidangkan makan tengahari pulak..sungguhla...memang seronok kat rumah wana ni..[mananya tak seronok asyik dapat makan je kan..sedap pulak tu..hihi^^]

after solat zohor, kami gerak ke rumah makcik Noziah..wife kepada pakcik Zakaria..haaa...meh nak bgtau...kat rumah mcik ni, kami dihidangkan laksa pineng..feh.feh.feh...kenyang sangat-sangat ni...cepat-cepat fikir sementara mcik kat dapur...ok2.1 bungkus kita bahagi 4..ok ah...setel..cerdik apa idea tu...naseb la mcik tak kecik hati...fuhhh..=.="

nampaknya mcik Noziah sangat gembira dengan kehadiran kami..ehem..anak dara yg datang kan..sape tak gembira....keh2 :p dah2.jom gerak ke rumah mcik Nah pulak..


hai wana, kusyuknyaa...dok cerita pasal pcik yg bawak anak pi skolah tu ka??[kesian pokcik tu..sepatutnya hari tu x sekolah..sebab kelantan cuti sempena lawan bola..tak pasal je pokcik tu kena patah balik...sabar ye pcik...]

kat beranda rumah mcik Noziah...

haa...yg ni pulak kat rumah Dr.Ariff...sementara tunggu mcik Nah buka pintu, kami pun bergambar la dulu...seronok la mcik Noziah ni...masuk je dengan kami...maaf la ye mcik..terpaksa melayan kerenah kami.. =.="


manis-manis semuanya...tapi tetap mcik noziah yang paling manis...hehe



hampir pukul 5.30 petang, kami pun minta diri...rasa macam hari raya je kan bila ziarah rumah makcik-makcik ni..best....hehe..alhamdulillah..sedikit sebanyak kami dapat sesuatu dari makcik Noziah & makcik Nah..terima kasih ye makcik...nasihat makcik akan kami ingat sentiasa...insya'Allah... :)




hoorayyy!!kembali semula ke kampung wana...kali ni sesi bergambar & bermesra dengan tok wana...[suka ea wana kenen2 kan kami dengan tok wana...kang marah nenek-nenek kat kampung wana tu...hehe]..


cantik kan kampung wana ni.....hijau je....[patutpun wana tak rabun.... :)]


baru tau....best juga melepak tepi jambatan ni..^^


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah..Wana...semoga ukhwah yang terjalin akan kekal sampai ke syurga..seronok dapat kenal dengan awak..insya'Allah next time awak jaulah la ke tempat kami pula... :) 





Sabda Rasulullah s.a.w:

 “Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya.”

Sabdanya lagi:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong-menolong keranaKu.”

to be continued...

Monday, June 20, 2011

jaulah klate-day 1


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...akhirnya..dapat juga update pasal jaulah kelantan...[ni semua salah pC fansuri.sebab lambat pulang USB]..sarah..hanis..kte update by day ye..sebab kalau 4 days in 1 post macam serabut & tak syok..hehe..
 
Sabtu-11/06/2011

alhamdulillah.sampai kB time subuh.serius pening+scary stesen bas kat kB tu..tapi takpela..yg penting kami selamat..tak lama kemudian pCik Zul ambil kami semua..sporting sungguh pcik Zul ni..

saya:pcik, sy rasa sy pernah la nampak pcik..pcik mesti pernah masuk tv kan?
pcik zul:eh..tak la..pcik pernah masuk surat khabar je..penyokong kuat kelantan fc...[dlm loghat kelantan dengan gaya malu-malu]^^
kami:hehehe...

sampai-sampai je rumah Ifah,terus masak nasi goreng..mandi-mandi..sediakan tentatif untuk 4 hari..booking kereta sewa...dan....vrooommm...let's go to pasar siti khadijah...^^

fuh..mual..pening...punyela sesak kat pasar siti khadijah tu..tapi tetap best sebab kitorang jumpa barang yg nak dibeli..untung sape dok klantan.senang nak cari tudung besar yg tak jarang...
bila dah mual+pening, confirm la perut pun jadi lapar kan..tak fikir panjang dah,terus je gi MFC..perh,memang sedap!KFC pun kalah kot..harga pun ok.takde tax..best.best.

hehe..dengan tak malunya kami minta tolong pekerja MFC tu snap gambar kami..^^
lepas sudah makan, kami gi beli tiket kat stesen bas yg scary tadi tu...kali ni memang betol2 terasa ke'scary'annye tu..hahaha...[dapat bayangkan hanis+sarah tengah gelak terkekek-kekek].sabar.sabar.alhamdulillah budak tepek tu tak ligan kitorang.kalau tak....haila...memang pucat lesi!

lepas scene scary tu, kami terus gerak ke PCB..pantai cahaya bulan...cantek..memang cantek..cuma yg tak bestnya tak boleh mandi..huhu.

lukih-melukih..^^
bukti cinta 4 gadis do.re.mi.fatimah..hehe


kesian kanak-kanak ni.teringin sangat nak main layang-layang.naseb la ada jual layang-layang murah..kalau tak,tenung jela kedai layang-layang tu..huhu

kasi tinggi lagi bah...
tenang je kan..patutla orang frust suka gi pantai..[tp sy tak.gi buka peti ais lagi bagus.sejuk pun sejuk.makanan pun ada depan mata]^^
haa..ni yg musykil.kata tak leh mandi kat PCB.tapi tu ada orang mandi...huhu.guane nih??
p/s:malam tu kami ke wakaf che yeh..katanya murah-murah...tapi harga macam lebih kurang ngan joho je pun..tapi tu tak sedih sangat..yg paling sedih sebab susah nak cari kedai makai yg tak ramai orang.almaklumlah,malam tu lawan bola kan..kelantan vs terengganu...warung+kedai makan semua full..terkulat-kulat la kami dengan muka sememehnya tu.. lapar kot seharian berjalan...tapi alhamdulillah bila dah malam-malam sikit tu,kaki bola dah mula angkat badan kaki...merasa la kami makan kat warung wakaf che yeh tu...alhamdulillah! :)

hanis....sarah..nah bunga ros ...seronok dapat jaulah dengan korang..jangan lupa plan kita utk tahun depan ye..hehe..insya'Allah.

to be continued...


Wednesday, June 8, 2011

KHIDMAH 2011..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....selesai sudah program KHIDMAH 2011:30-31Mei2011....warga Kg. Sri Paya memang baik-baik belaka..makanan yg disajikan pun enak belaka...(walaupun sy tak berapa masuk sangat dengan kari, tp dari bau je sy dah tau yg kari Kg. Sri Paya ni sedap..^^) tempat yg disediakan pun boleh tahan...senang kata, best la.. :)

ni time sesi urut mengurut..ekstrem betul tengok dorang mengurut..haila...tengok adik yg depan tu...hehe

ni plak adik2 perempuan..manis je berbaju kurung...tapi yg tak pakai baju kurung pun manis jugak...^^


yeah...macam-macam fesyen yg adik2 ni buat..ala-kampung..pendekar..otromen..puteri dari bulan pun ada...kreatif..kreatif...*tepuktepuk*..

ni time mula-mula sampai kat CBR Kulai..bila bas yg kami naik masuk kawasan ni je, penghuni kat sini dah lambai-lambai tangan..memang mesra! ok adik-adik...jaga adab ziarah ye..jom.jom. :)

sebelum approach mereka, kami diberikan sedikit taklimat ringkas..nak kata ringkas tak ringkas jugak la...hehe..

pelbagai keadaan...ada yg jenis agresif..diam...suka ketawa...suka ajak kita main tepuk amai-amai..ada juga yang tak suka ditanya..nanti jadi stress..bila dah stress,mereka akan hantuk-hantukkan kepala kat tiang katil...Allahuakbar..nak menangis sy tengok.ada juga yg sangat2 agresif sampai kena ikat.jenis ni kami tak berani dekat.tengok dari jauh je..hehe.sy paling suka sorang ni..dia dok atas wheelchair je sebab Allah izin dia lumpuh.tapi....dia suka senyum...cantik seyh gigi dia..sangat cantik! :D

>>yg pakai baju warna brown kat atas ni, umur dia 15 tahun.tapi size sebesar kanak-kanak umur setahun.dan yg atas tu pulak(pakai baju biru kuning) berumur 14 tahun.adik kepada yg pakai baju brown tadi..Ya Allah..jadikan aku hamba yg bersyukur...

teringat kata-kata isteri ketua kampung Sri Paya.."sini.sini.tengok ni.awak semua Allah bagi tubuh badan sempurna.boleh lari sana-sini.tapi dia??awak semua ni kena bersyukur.ni Allah dah bagi badan sempurna, balik rumah lewat-lewat..melawan cakap mak ayah......(panjang lagi^^)"  terkebil-kebil adik2 ni kena ceramah free.hehe


nampak tak baby tu?nama dia Lala..Lala merupakan penghuni termuda kat sini.baru 7 bulan..Lala ni sihat je sebenarnya..cuma takde lubang dubur..kesian Lala kena buang air b***r melalui saluran yg ditebuk kat tepi perut..sabar ye Lala..lepas operate nanti awak pasti sihat macam sy..hee^^

ni sumbangan untuk CBR Kulai...moga kalian terus tabah..

hehe..
abg Suheil:REMAJA...!!
adik-adik:HEBAT..!!
abg Suheil:bukan2...awk kena sebut he.he.hebat!

adoi2.lawak sungguh.kejap2 he.he.hebat.lepas tu pulak jadi ho.ho.hebat..apa-apa pun takpe la kan..janji ada bunyi semangat..senyum je kak Azra kat belakang tu.. :D

ni time Kembara siang..hehe..padan la dengan muka sy kena jaga CP 4..jauh bebenor...kena rentasi kelapa sawit & sungai berseorangan..tawakal jela..nasiblah pcik bertopi tu baik..dia bagi sy lalu jambatan...kalau tak..berlumpur jugak la...huhu. tapi puas habes la bila dapat rampas belon dengan cara yg bertauliah..ok adik-adik..lain kali kena peka..amanah tetap amanah..jangan pecaya sangat ngan akak ni..keh2


wow.bergelimpangan..penat sangat la tu ea konon-kononnya..eceh...ni mesti jenis tido siang kan?haha.. :P

well.well.well.time muhasabah diri..bangga kot abg Suheil berjaya buat adik-adik ni nanges..skali dengan fasi-fasi pun nanges..haha.[nampak gaya macam sy sorang je yg nanges.isk2]..haila..malu sungguh.


adik-adik lelaki..sporting abes.

adik-adik perempuan..comel-comel.. :)

ni lah wajah-wajah yg banyak melicinkan tugas kami..sedap masakan makcik..siap tolong serve lagi.moga Allah bagi ganjaran yg besar buat makcik.domo arigato gozaimasu!

antara 3 pakcik ni.sy paling suka pakcik yg bercekak pinggang.[sebab tu la gambar dia paling besar..hehe] pakcik ni la yg bagi sy lalu jambatan..mekasih ye pakcik2 sekalian sebab banyak bantu kami time Kembara siang... :)

terima kasih yg tak terhingga buat...

..::badan2 yg menganjurkan program KHIDMAH ni..sebab bagi kami peluang mengisi masa lapang dan juga ruang untuk kami develop diri...
..::makcik pakcik yg banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung...
..::rakan-rakan fasi[nabilah,k.balqis,nazeerah,maryam,sarah,akhi suheil,abg anas,abbas,ckgu azrol,ihsan,akif,adam,hilmi] yg banyak bertoleransi & berkorban masa untuk melancarkan lagi program ni..
..::adik-adik peserta..atas kerjasama yg kalian berikan.semoga kalian bertambah baik ye :)

tak lupa juga....sangat-sangat terima kasih buat keluarga angkat sy..mcik Zakiah..pcik Walidan...Wada..Alif..Iman..Shalin..keluarga ni sangat baik..bawa sy & nabilah berkelah di air terjun Gunung Ledang..Kolam Air Panas..memang best!moga Allah beri ganjaran yg hebat..
 
..Words cannot express my feelings, nor my thanks for all your help..

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

Ayuh..mari berpenat lelah ketika cuti..setiap yang dikorbankan pasti dinilai Allah...insya’Allah
“Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam menuntut sesuatu yang mustahil.”-syair arab.