Friday, April 8, 2011

jangan marah-marah.....(^_^)


senyum macam pakcik ni haa...gigi tak cantik takpe..yg penting hati cantik.. :D

Daripada Abu Hurairah: Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Nasihatilah aku, (Nabi SAW) berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, (Nabi SAW) berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)

Hmmm….berulang-ulang kali Rasulullah pesan supaya jangan marah.memang tak boleh nak marah langsung ke?tapi kenapa Allah bagi kita sifat marah?
Oh.ok…bila dah googlegoogle tadi barula jumpa kenapa mengapa dan bagaimana nak salurkan sifat marah ni..

KENAPA KITA PERLU MARAH???? 
Menurut keterangan al-Ghazzaliyy di atas, boleh disimpulkan sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan.
Marah ni ada dua..kemarahan yang positif..dan kemarahan yang negatif..

Kemarahan yg positif :

1)ketika berperang dengan musuh-musuh Allah. Rasa marah kerana mereka melanggar suruhan Allah dan menentang agama Allah.

Satu contoh hebat yang boleh dikemukakan di sini adalah sikap yang dipamerkan oleh Sayyidina Ali Bin Abi Talib dalam satu insiden ketika perang Khandaq atau Ahzab. Ketika Sayyidina Ali ingin membunuh seorang tentera musuh, tentera tersebut meludah ke mukanya. Seketika itu juga Ali berhenti dan membatalkan hasratnya untuk membunuh musuh tersebut. Dalam keadaan kurang percaya, dia bertanya kepada Ali yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian dalam medan perang mengapa tidak membunuhnya? Antara lain jawapan Ali ialah ketika musuh tersebut meludah dia berasa marah. Jadi, jika dia membunuh musuh tersebut ketika itu, dia akan membunuh kerana kepentingan dirinya (marah terhadap perbuatan meludah itu), bukan kerana Allah. Terpukau dengan ketinggian akhlak Sayyidinaՙ Ali yang mulia itu, tentera musuh tersebut memeluk Islam

2) berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan syariՙat

Contohnya seperti hadith tentang reaksi marah Rasulullah SAW terhadap sahabat yang memakai sutera. 

Tapi, ada juga beberapa hadith yang menunjukkan Rasulullah SAW tak marah walaupun berhadapan dengan perbuatan yang bertentangan terhadap syariՙat. 

Contohnya…ada 1 hari ni..ada seorang badwi yang membuang air kecil di dalam masjid.  
Anas Bin Malik berkata: Seorang badwi datang dan telah membuang air kecil pada satu sudut di masjid. Orang ramai bergegas (untuk memarahi atau memukul badwi itu), tetapi Nabimenegah mereka. Apabila badwi itu selesai membuang air. Nabi SAW menyuruh supaya mengambil air untuk menghilangkan (ՙain najis itu), maka dijiruskan (air ke tempat itu). 
(Hadith riwayat al-Bukhariyy) 

Nampak tak…kemarahan mestilah dalam keadaan terkawal. Kenapa Rasulullah tak marah orang badwi tadi??sedangkan dia buang air dalam masjid…kalau jadi la macam tu zaman sekarang ni, entah-entah esok dah masuk surat khabar..jadi muka depan..ataupun dah kena maki hamun..Tapi Rasulullah SAW tak marah pun badwi tu sebab taknak menganggu dia yang tengah buang air dan mengambil kira badwi tu mungkin tak arif dengan adab dan agama.Oh, sweetnyaaa Rasulullah….(^_^)
 
Eh, nak tau tak…kalau kita nampak kucing tengan buang air pun, kita tak boleh kacau tau..kalau nak halau, kena halau sebelum dia start buang..sebab….kesian kat kucing tu…[tak boleh nak describe lebih2 perasaan kucing tu..sebab takde sumber yang sah]..tapi imagine sendiri la kalau kita tengah kusyuk buang air.tiba-tiba ada orang tutup lampu bilik air.mahu tak menjerit kesawanan..itu baru tutup lampu…[pengalaman sendiri]..huhu

Daripada Sahl bin Muՙaz, daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah akan memanggilnya pada Hari Qiyamah lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki.
(Riwayat Abu Dawud, Tirmiziyy, Ibn Majah dan Ahmad)

Oh,bidadari…part ni, mesti lelaki paling suka punya la…bidadari kan….ehemehem. Mungkin kalau perempuan, dapat bidadara kot..Allah tu kan Maha Adil..let’s check it out…how to get bidadari@bidadara...*winkwink* :D

Kalau agak-agak dah mula nak keluar asap dari telinga tu, cuba amalkan ini..

1)Baca a’uzubillahiminassyaithanirrojim…[fuh.fuh.berambus kau syaitan gondol]

2)Ubah posisi..[kalau tengah diri,cepat2 duduk.kalau duduk,cepat2 baring.kalau tengah baring??tido jela senang…mana tau bole mimpi indah2..mesti hilang marah tu..hehe]

3)berwuduk dan mandi..[dah alang2 amek wuduk tu,solat la sekali..lagi berkesan!]

4)diam..[ni cara yg sy guna..diam sorang2..pastu kalau dah tak tahan sangat, nanges sorang2 jela…huhu]

5)ingat pada Allah..[yg ni wajib buat.kalau tak ingat Allah, mungkin dah ramai yg takde jari]

6)bersederhana

Ok.one more thing.dari aspek saintifik pulak, dengan mengurangkan marah, kita dapat kurangkan kandungan asid di dalam badan. .sape yg rasa-rasa suka ternak asid dalam badan, sila la marah-marah selalu..asid-asid tersebut pasti akan membiak dengan gembiranya…semoga berjaya…!! (^_^)

nota untuk fatimah: sabar fatimah...sabar...baru je tulis pasal jangan marah..dah pagi ni rasa nak marah...rasa nak nangis...sabar ek...hmm..(T____T)



4 comments:

Aeisha Insyirah said...

jgn senyum! jgn senyum! plisssh! huhu
nnT rmai org ngorat k.tma kte ni..huhu

bintufadeen said...

eeee....pliss laaa...
geli kte dgr...huhu

Aeisha Insyirah said...

xpelh k.tma..org nk grau je ngn k.tma.sob3 =.='..

bintufadeen said...

hihi...alololo...igt comey ah tu majuk2... :D