Tuesday, May 10, 2011

mee goreng basah versi campak-campak

Bismillahirrahmanirrahim...


orang kalau dah lama tak update blog, macam ni la kut gayanya...sekali dah update, rasa nak update berkali-kali pulak.takpela kan...tak salah pun. :D


tiba-tiba pulak kan rasa teringin nak makan mee goreng basah..kali ni memang teringin tahap tak tau nak cakap la..takdenye nak tanya kat mak.malu kut dah nak masuk 20 tahun tak reti nak masak mee goreng..sekarang ni zaman maklumat kat hujung jari...tanya pakcik google lagi senang...sekali taip, resepi mee goreng basah saje dah keluar nak dekat 50..masing-masing ada cara masak tersendiri...dah teringin sangat punya pasal, sempat tengok sekali lalu je..ahh...hentam jela..kalau nak jadi, jadikla...kalau tak jadik, tak kisah pun..sebab memang nak masak untuk sorang makan..[bukan sebab kedekut.tapi sebab mee kuning memang tinggal sikit] =.="


mak apalagi...sengih-sengih ah...'angin dia dah datang dah...kalau sedap nak rasa sikit ea..' ceh.sedap baru nak rasa.kalau tak sedap mesti mak gelak punye..'ok mak.harap-harap tak sedap.haha'


MEE GORENG BASAH FATIMAH..weehuu! :D


mee kuning
bawang merah
bawang putih
cili kering
sos tiram
kicap
tomato
daging kisar


sedih kut cuma jumpa ni je kat dapur.nampaknya nak kena gi pasar beli barang dapur lagi ni.sayur dah habis.ahh...peduli la takde sayur-sayur segala bagai tu..teringin sangat punya pasal..tanpa berfikir panjang, terus kisar bawang+cili kering.tumis-tumis dengan senang hati.then masukkan sos tiram, kicap, daging kisar..kalau rasa kurang air,boleh tambah..pastu masukkan garam+gula+serbuk perasa..bila semua dah ok, masukkan mee kuning+tomato...tiba-tiba rasa nak gelak...macam pelik la pulak mee goreng basah aku ni..kosong semacam je..tapi bila rasa, perh.macam sedap..tapi malu la pulak nak panggil mak sebab mee goreng ni nampak macam selekeh je.macam gaya budak main masak-masak. =.="


skali mak cakap sedap la pulak..'tmah blaja kat mana ni?sedap la...nak sikit.mak nak modified sikit yg bahagian mak' peh.peh.peh.lawan tokei ni....yg mak punya, mak letak daun limau purut seyh.memang ah mengancam.ngelat betul.pastu bila orang mintak sket, gelak2 kan.takpe.takpe.yg penting basicnya dah sedap.haha!


ok.selamat mencuba ^_^


nota untuk fatimah: kan.kan.kan.di mana ada kemahuan di situ ada jalan.kalau dah teringin sangat tu, pandai aje..keep it up!terus cari resepi-resepi best.kalahkan mak.yeah!^^





2 comments:

Cahaya Kelapangan said...

wee..sedapnyer mee goreng basah..nak3..^^

bintufadeen said...

nak?meh ah datang umah. ;)