Tuesday, July 6, 2010

Mr. Blog dapat nama baru :)

bismillahirrohmanirrohim...

assalamualaikum buat semua...setelah sekian lama sy menyepi dari dunia maya ni, akhirnya sy kembali semula..time bercuti memang excited nak post entri baru..tapi tup tup nak taip, mulalah emosi sy ni nak mengada-ngada rasa sedih plak...adesss..kenapa la sy rasa sedih ek...kawan-kawan sy semua tak sabar-sabar nak mula sem baru kat upm tu..boring dok rumah katanya..tapi sy tak boring la pulak...biasalah...rumahku syurgaku...hehehe..biar tak mewah, biar tak besar, yang penting bahagia...

bila sy sebut pasal bercuti ni, teringat pulak mesej dari sorang kawan sy ni.."aipp..kelabu je ym awak..cuti-cuti pasir gudang ke..." aiseyman..geli pulak sy dengar..wat lawak ke apa kawan sy ni..mentang-mentang la pasir gudang dah jadi bandaraya sekarang ni..awak perli kte ea..tapi sy tak bangga pun pasir gudang jadi bandaraya..sebab mesti lepas ni makin sesak la jalan kat sini..dan semakin bertambah-tambah la kegerunan dan kekecutan hati sy ni nak bawak kereta..amyglada & hippocampus betol2 jalankan tugas mereka..adess..

dan time cuti ni lah pelbagai soalan & keluhan sy terima dari kawan-kawan sy..."kita sedihlah...dia macam dah tak sayang kita je..dah jarang mesej kita.." kadang-kadang sy terfikir juga...manusia selalu mengeluh dan runsing apabila orang yang kita sayang seakan jauh dari kita..memang perlu untuk kita ambil berat & rasa gelisah bila orang terdekat kita mula menjauhi kita..perlu kenalpasti puncanya & cari solusi..sy tak kata salah..tapi bagaimana pula hubungan kita dengan Kekasih teragung kita, Allah swt...pernah ke kita fikir..kadang-kadang perkara ni jadi kat diri sy jugak..sy doakan semoga hati-hati kita sentiasa hidup untuk terus merasai & mensyukuri nikmat Allah..mudah-mudahan hati kita sentiasa dekat denganNya..kena selalu upgrade iman..upgrade amalan..kadang-kadang pernah juga rasa satu hari tu tak buat dosa...jadi malam tu tak payah la buat solat taubat kan..silap sebenarnya..manusia memang tak lari dari membuat dosa & kesilapan..dan andaikata kita benar-benar yakin yang kita tak lakukan dosa, apa salahnya menjadi manusia yang bersyukur..bangun & dirikanlah solat taubat..satu hari tu, memang sy rasa sangat yang Allah nak tegur sy..sy dapat mesej dari kawan sy..-Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah..mengapa bersusah-payah bangun malam bertahajud sehingga bengkak kaki sedangkan telah dijanjikan masuk syurga, lalu Rasulullah saw menjawab, "salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"..aduih..malu betul sy..memang tak sedar diri..*blushing*

paling sy tak bleh lupa time sy, mak sy & abg sy jumpa dengan mak angkat abg sy..makcik hasnah kot namanya..sedap namanya kan..secantik orangnya.. :)
makcik hasnah ni orang kelantan..mak sy org johor..punyela sy doa dalam hati ni, janganlah mcik ni tanya yg mak sy faham ke tak apa yang dia cakap..sekali dia tanya daa..hahaha..tergelak-gelak sy dengan abg sy bila mak sy jawab dengan slambernye, "tak faham sangat la"...adeh mak ni..tak reti nak coverline langsung..dah makcik hasnah tu serba salah nak sembang rancak dengan kami semua..tapi tak kisahlah tu semua..walaupun kami berlainan loghat, kami tetap saling menyayangi..inilah bukti ukhwah yang dibina atas dasar keimanan..anak-anak dia baik-baik belaka..makcik ni single but not available..hehe..mak sy kata,perempuan ni lain sikit..kalau dah kematian suami,susah nak kahwin lagi...sangat setia & sangat tabah untuk besarkan anak-anak dengan tangan sendiri...makcik hasnah, i admire u for today & forever... :)
si duda ape cer???boleh ke setia macam makcik hasnah?hehe..[gurau2 je ye...] :D

nampaknya sedih sy datang semula...ingat 11 july je,mesti rasa sedih..macam nak delete je dari kelendar..tapi bila ingat 28 july, rs gembira pulak..jeng3..[cuba teka]..hehe..patotlah orang yg pergi menuntut ilmu ni kalau meninggal memang syahid..sebab baru kali ni sy rasa beratnya nak keluar rumah pergi menuntut ilmu..kena berjauhan dengan keluarga..berjauhan dengan rumah..memang kena sungguh-sungguh berkorban ni..Ya Allah..kuatkanlah hati sy untuk menuntut ilmuMu..amin3...abah macam faham2 je yg sy sedih nak balik upm..hari ni abah belikan sy durian..banyak pulak tu..nak bagi sy tak kempunan apa-apa kot bila balik upm nanti..mak pulak buatkan sy sup tulang special & pulut durian..best!! sebenarnya sy paling sedih nak tinggal mak sy...lagi-lagi la pasal kes pagi semalam..sy cakap kat mak sy.."mak, pagi tadi tma mimpi jannah..rasa bahagia sangat..dalam mimpi tu,semua orang tak nampak dia..tma sorang je yg nampak dia"..mak sy cakap,"mungkin tak lama lagi tma ikut dia tak"...erm..sy tak rasa sedih pun.."ntahla mak..selalu sangat orang sekeliling tma ni meninggal..rasa macam dah tak takut pulak..yela tu agaknya"..mak sy marah pulak.."aish..jangan cakap macam tu.."
eleh..mak tacing la tu..sayang jugak mak kat kte kan..hehehe..time cuti ni, sy semakin rapat dengan family sy..almaklumlah..family kecik je..balik2 nampak muka yang sama..sembang dengan orang yang sama..adoi..beratnya hati sy kali ni nak tinggalkan mereka...[macamlah jauh sangat upm ngan pasir gudang..memang mengada la sy hari ni..adeh!]

maaf ye kalau entri sy kali ni agak mengada-ngada dan tak tersusun..niat nak luahkan perasaan je sebenarnya..lagipun sy rindu sangat kat blog sy ni..haa...ari ni sy nak bg nama kat blog sy..baru la nampak friendly sikit.. :) ok Mr.Blog...hari ni sy nak bagi awk nama..harap-harap awk suka dengan nama Mr.Broqasyira...ok la ek ada bunyik arab-arab sikit..[suka ke tak suka ke, kena suka jugak] :p

sebelum sy akhiri entri sy kali ni, sy nak share something yang sy baru baca tadi..moga2 Allah bukakan hati kita untuk lebih mendekatiNya..mensyukuri nikmatNya..menjauhi laranganNya..sekaligus menjadi hamba yang patuh akan suruhanNya..ganbatte my friends!!

1. Kikirnya orang-orang kaya
2. Takabburnya orang-orang miskin
3. Rakusnya para ulama
4. Minimnya rasa malu para wanita
5. Suka dunia orang-orang yang sudah tua renta
6. Malasnya para pemuda
7. Kejinya para penguasa
8. Pengecutnya para tentara perang
9. Ujubnya para zahid
10. Riya'nya para ahli ibadah

Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya Allah membenci orang tua yang suka berzina, orang kaya yang berbuat zalim, orang fakir yang sombong, peminta-minta yang memaksa, dan Allah menghapus pahala orang yang memberi namun mengungkit-ungkit (pemberiannya). Allah juga membenci orang yang suka pamer dengan kekayaannya lagi pendusta!” (Mizan al-Hikmah hadits no. 1757, Bihar al-Anwar 72:145)

Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala membenci setiap orang yang pandai akan urusan dunia tapi bodoh akan urusan akhirat.” (Kanzul ‘Ummal hadits no. 28982)

Rasulullah Saw bersabda :“Sesungguhnya Allah Swt membenci orang yang selalu bermasam muka kepada saudara-saudaranya.” (Mustadrak al-Wasail 2:61)

Imam Ali as : “Makhluk yang paling dibenci Allah Ta’ala adalah orang yang kaya tapi kikir!” (Mizan al-Hikmah hadis no. 1758)

Imam Ali as : “Sesungguhnya Allah Swt membenci orang yang panjang angan-angan, namun engan beramal.” (Ibid, hadis no. 1759)

Imam Muhammad al-Baqir as :“Sesungguhnya Allah membenci orang tua yang bodoh, orang kaya yang zalim, dan orang fakir yang congkak!” (Ibid, hadits no. 1762)

Imam Ali as : “Manusia yang sangat dibenci Allah adalah orang yang cita-citanya ingin memenuhi keinginan perut dan kemaluannya saja.” (Ibid, hadist no. 1770)

Na’udzu billahi min dzalik…wallahua'lam...

No comments: