bismillahirrohmanirrohim..
27/7/2010-4:51 a.m
Alhamdulillah3...Allah berikan sy sedikit kekuatan untuk menulis..maaf buat sahibah2 upm yg tertunggu-tunggu entri sy tentang trip kita ke Bukit Tinggi ni..niatnya memang nak tulis malam hari kejadian tu..tapi Allah tak izin..Allah jualah sebaik-baik perancang..
Seperti yg dirancang, setiap isnin malam..kami (sy,k.am,k.wani,k.shashi,k.fati,k.hanin,k.atiyah) akan ade circle dengan makcik Zu..perasan tak semua ada title 'kak' kat depan setiap nama tu kecuali sy??tu bermakna sy lah yg paling junior dalam circle sy..tapi junior sekadar junior..sy di treat macam senior jugak..mungkin supaya sy jadi matang seperti mereka..teringat pesanan seorang ulama' terkenal..lupa plak nama dia..k.atiyah baru je cakap dalam circle tadi..adesss
"jadilah kamu orang muda yg berperangai tua...bukannya orang tua yg berperangai muda"..faham kan...sy yakin pembaca blog sy ni genius2 belaka..hehe..Ye..sy pun taknak jadi budak-budak..walaupun sy masih budak
Kebetulan tadarus AQ malam tadi kami baca surah Al-Anfaal...sungguh, sy terpaku pada ayat 48..
"Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, 'tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu'. Maka ketika kedua pasukan itu telah melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, 'sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat;sesungguhnya aku takut kepada Allah'. ALLAH SANGAT KERAS SIKSANYA"
syaitan..syaitan..memang dasar syaitan!!sy sedih mengenangkan nasib sy & nasib saudara-saudara sy yg sering terpedaya dengan syaitan..sama-sama lah kita membanteras kekurang ajaran si syaitan ni..a'uzubillahiminassyaitonirrojim...fuh..fuh..pergi kau setan..Ya Allah..Kau memang baik..Maha Baik..selalu ingatkan sy dikala sy terlupa..pimpin sy kembali disaat sy terleka..betul cakap makcik Zu..tak tercapai sesuatu dengannya,maka dengannya adalah wajib..andaikata sy tak ikut circle...tak mustahil sy jd pengikut si syaitan tadi..a'uzubillahiminzalik..
...........................................................................
Proses untuk ke Bukit Tinggi ni memang banyak menguji kesabaran & kekuatan hati kami..Pada mulanya semua berjalan dengan lancar..bas dah ditempah dengan harga yg agak murah..duit dari peserta dah dikutip..surat dah ditulis..sy kira semua dah selesai..Alhamdulillah Allah mudahkan..tup tup hari khamis malam, K.hanin bagitau yg pakcik bas tu cancelkan tempahan bas..fuh..cmno ni..survey punya survey...semua bas yg ada, kenakan harga dua kali ganda dari harga bas tadi..kami pulak tak dapat kelulusan untuk gunakan letter head UPM..maknanya kami takkan dapat half price untuk masuk ke Berjaya Hills..ya Allah..tunjukkan kami hikmah disebalik semua ni..meeting tergempar pun diadakan..pukul 12 malam kalau tak silap..kami panggil adik2 yg dah bayar untuk join program ni..kami terpaksa naikkan bayaran sebanyak rm 15..hanya Allah je yg tau betapa beratnya hati kami nak sampaikan perkara ni pada adik2..takpe2..tenang..tenang..hanya yg Allah pilih saja yg akan ikut trip ni..yakinlah hati...alhamdulillah...ada 19 students yg join..plan untuk naik bas dibatalkan..duit mereka pun dipulangkan..kami konvoi 3 mpv & 1 van..makanan pun ditanggung oleh makcik2 & pakcik2 yg baik hati [makcik mi, makcik zu, pakcik taib & pakcik roslan]..syukur3..Allah datangkan sedikit ujian untuk menguji hati2 kami..sungguh, hanya hati2 yg kuat sahaja berjaya melepasi ujian ni..hati2 yg tidak mengambil nilaian wang ringgit sebagai yg utama..alhamdulillah..to ainal, fitrah, wan hakimah, hashimah, norma, wadihah, fatin, diana, yen, hidayah, anira, shahira, lina & k.khaf..[selebihnya yg dari kalangan circle sy x sebut sebab sy ada dedikasi khas untuk anda]..tahniah!!Allah pilih kalian semua sebab Allah sgt2 sygkan kalian..moga2 ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga..gembira dapat berjumpa & bermesra dengan kalian..sporting2 belaka..dah macam 1 keluarga..rinduuuu kalian!
Untuk hikmah kembara kali ni, kami mengambil ayat 190-191 dari surah Ali-Imran untuk ditadabbur dan dikaitkan dengan aktiviti kami..alhamdulillah, sy kira program kali ni berjaya..moga-moga Allah berkati usaha kita semua..
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.(Qur’an Surah Ali Imran: 190-191)
Semakin besar tanggungjawab kami bila kami tau ada seorang non muslim yg join trip ni..Ya Allah, moga Kau berikan dia hidayahMu..celikkan mata hatinya akan kekuasaan & kebesaranMu..amin3...Diana Lee Jefre, akak doakan satu hari nanti awak jadi saudara seagama kami.. :)
semangat bergambar..almaklumlah..baru lepas makan...hehe
sy suka gambar ni sebab ada mcik zu & mcik mi..mahai gambaq depa ni.. :)
cukuplah setakat ni ye..perut dah lapar..mata dah ngantuk..conclusionnye??tido ke makan??tepuk dada, tanya diri sendiri..haha..lepas balik dari bukiti tinggi, sy & k.am terus gerak ke rumah sahibah upm..makan durian & mee bandung...fuh...badan terus rasa lain..macam nak demam...hebat betul penangan durian ni..taknak demam..taknak demam..[memang tak demam pun..tapi jadi sewel sket..balik kolej je tdo skejap..lepas tu bangun kejap sebab rs panas..dengan keadaan tak larat & mata tak berapa nak boleh bukak, sy pun pegi la bukak kipas, sekali..dumm..terlanggar almari daa.. perh..sakit g**a..luka & lebam terus kat bahagian tulang pipi ni..adoiyai...malunya... ni yg tak konfiden nak gi kuliah ni..haha..[ayat mengade]..
to k.am,k.wani,k.shashi,k.fati,k.hanin,k.Salimah & k.atiyah..terima kasih tak terhingga atas bantuan & bimbingan kalian..moga usaha kita mendapat tempat di sisi Allah...love u damn2 much!
5 comments:
hehe, gamba tu sblm mkn la, neway, tahniah..muhasabah
owh..sebelum makan ek..hehe
n.y.a.n.y.u.k pulak..huhu
almaklumlah...dah lebih 15 tahun..haha
akak! akak! selamat hari lahir ye..dh makin meningkat umur..jd lh org "tua" yg berperangai org "tua" hehehe
ceittt...
sila jujur...
sy muda lg kn??hehe
Alhamdulillah...satu kembara yang penuh hikmah Allah SWT... Moga setiap masa, tenaga, wang ringgit dan idea yang kita sumbangkan mendapat nilai dan Rahmat di sisi Allah..Amiiin..
-k.am-
Post a Comment