Sunday, June 20, 2010

Roadshow LL4G di Johor Bharu

Alhamdulillah ALLAH beri keizinan untuk roadshow lifeline4gaza berlangsung di JOHOR dengan jayanya, dan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

-MASJID Bandar Baru Uda, JOHOR BHARU.

Mengambil daripada kata-kata yang disampaikan oleh Dr. Arbaie Shahwal, beliau mengatakan bahawa, Palestin adalah masalah aqidah bg umat islam, masalah yang tidak akan berakhir hingga hari kiamat selagi mana Palestin tidak dimerdekakan.

Selain itu, beliau juga menceritakan perihal sewaktu kejadian tragedi 31 Mei, yang mana MAVI MARMARA diperlakukan dengan ganas oleh komando ISRAEL yang mahu menawan kapal. Beliau juga menceritakan detik-detik yang cemas dan tidak boleh dilupakan sewaktu kejadian dimana beliau mencium 3 orang yang syaheed dengan menggambarkan, bau harum mayat syuhada’ itu seperti harumnya kasturi.

Beliau juga sering mengulang-ulangkan supaya masyrakat bangkit dari lena, kerana isu gaza ini bukanlah isu yang sementara, isu yang boleh diambil ringan dan realitinya isu yang perlu diutamakan dan beliau juga menyatakan kerinduan beliau untuk menjejakkan kaki ke GAZA.

Panel seterusnya Ustaz Hasanuddin pula menyatakan bahawa, beliau dengan izin ALLAH yakin bahawa Turki adalah negara yang akan bangkit untuk membantu islam dan seterusnya akan diikuti oleh negara arab dan negara-negara islam yang lain.

Beliau juga menceritakan sewaktu MAVI MALVARA ditawan, beliau dipijak oleh komando zionis sambil ketawa, dan komando zionis menjadikan beliau sebagai tempat laluan jalan, dan komando-komando zionis yang lain yang lalu lalang disitu akan memijak badan beliau untuk meneruskan perjalanan. Tetapi kata beliau, “dengan mengingatkan bahawa yang kaki yang pijak itu milik ALLAH, dan badan yang dipijak itu juga milik ALLAH, allhamdulillah kesakitan itu dapat ditepis oleh kerana ingatan kepada ALLAH itu sangat kuat” dan katanya lagi “saya teringat sewaktu dipijak itu bahawa dalam ayat al-quran ada menyatakan yang kaum yahudi ini adalah kaum perosak, dan sekarang ini, saya merasakan ayat itu secara realiti”.

Beliau yang juga pengerusi AQSA SYARIF memberitahu jemaah masjid bahawa, pihak AQSA SYARIF ada menyediakan skim bantuan anak-anak yatim. Dan jika ada dari Malaysia yang berhajat untuk menyara anak-anak yatim itu secara bulanan sangatlah dialu-alukan.

...............................................

TRAGEDI MAVI MALVARA: Diskusi bersama relawan negara telah berlangsung semalam iaitu pada16 Jun di Dewan Senat UTM skudai. Membariskan Ust Hasanudin AQSA syarif, Dr Syed Haleem HaluanPALESTIN dan Dr Mohd Arbaei HaluanPALESTIN

Alamdulillah mereka telah menjelaskan matlamat Lifeline4gaza, pengalaman dalam Mavi Marmara dan menggariskan kerja-kerja seterusnya yang akan dilangsungkan diatas kesinambungan penghantaran kapal sebelum ini.

Dewan padat, dihadiri oleh Timbalan NC UTM, Dekan-dekan fakulti, Ketua Jabatan, Prof-prof, kakitangan dan pelajar UTM. Sumbangan daripada beberapa persatuan dalam UTM kpd Haluanpalestin dan Aqsasyarif.

Pada jam 3 ptg, Dr Syed Haleem ada sesi bersama staf Fakulti Arkitek UTM.

Panel pertama iaitu Dr.Arbaie Shahwal dari HaluanPalestin , menjelaskan matlamat utama lifeline4gaza ini dilangsungkan.Beliau menyatakan bahawa idea untuk menghantar kapal ini diberikan oleh pihak NGO daripada Turki iaitu IHH, dan menjemput juga wakil dari Malaysia untuk turut seta dalam konvoi tersebut. Beliau menyatakan, bahawa di Malaysia ini, lebih daripada 20 NGO yang turt serta menyajakan program ini, walaupun yang menaiki kapal hanya 12orang sahaja. Tetapi, usaha-usaha sebelum pelayaran berlangsung, NGO-NGO yang sama-sama berkolebrasi ini, berusaha bersama dengan pelbagai cara seperti mengutip dana dan membuat penjelasan-penjelasan tentang isu gaza ini.

Dan beliau juga menegaskan bahawa, misi penghantaran kapal ini , adalah misi kemanusiaan semata, tidak ada pembawaan senjata seperti diwar-warkan ISRAEL yang sangat terkenal dengan sikap penipunya dan sifat yang tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, antara misi kemanusiaan melalui jalan laut ini, beliau menyatakan , tujuan utamanya adalah untuk merobohkan, tembok-tembok kematian yang dibina oleh ISRAEl ini, yang dibina mengelilingi gaza 8 meter keatas, selebar 2-3meter dan sedalam 30 meter kebawah tanah. Dan, method untuk merobohkan itu, bukanlah dengan senjata, tetapi, dengan tekanan-tekanan daripada pihak dunia, dan media seluruh negara, supaya kejahatan dan kerakusan pihak ISRAEL ini dizahirkan kepada penduduk dunia.

Beliau juga ditanya oleh hadirin yang datang, “Apakah persediaan yang dibuat sebelum DR, mengikuti konvoi ini?”. Dengan nada rendah hati, beliau menjawab, buat pengetahuan hadirin, saya telah menyertai HALUAN sudah 20 tahun, dan proses-proses selama menyertai HALUAN itu adalah persediaan-persediaan saya. Beliau juga menyatakan bahawa persediaan dari sudut rohani juga fizikal diberi penekanan.

Panel seterusnya, ustaz Hasannudin Yusof dari Aqsa Syarif, menyatakan bahawa kehadiran beliau bukanlah sebagai penglipur lara atau hendak menagih kasih diatas kejadian yang berlaku. Tetapi, datangnya beliau adalah untuk menyampaikan perihal sebenar, dan dalam masa yang sama untuk membangkitkan hati-hati masyarakat supaya turut bersama-sama menjayakan misi menerobos tembok kematian ini.

Hujah beliau yang menyatakan, supaya semua umat islam bersatu, dan semua orang mesti membuat kerja-kerja untuk menyatakan kesedaran kepada semua masyarakat, kerana dengan hanya beberapa kelompok sahaja yang berusaha tidak mampu untuk menjayakan misi yang sangat besar ini.

Beliau mengaitkan konvoi menggunakan kapal ini dengan sirah semasa zaman Rasulullah SAW.Baginda telah menekan pihak kafir supaya membenarkan sesiapa sahaja yang datang untuk membuat umrah yang dimana mereka datang dengan berpakaian ihram.Pada waktu itu, Mekah dikuasai oleh orang kafir.Kaum kafir pada ketika itu mereka rasa sangat tertekan, kerana jika mereka menghalang pergerakan orang-orang untuk membuat umrah, kaum kafir akan ditindas dan dicemuh oleh golongan negarawan-negarawan lain dan jelas mereka tidak mempunyai pilihan.Lalu mereka membenarkan umrah tersebut dilakukan. Disini, terbukti bahawa tindakan-tindakan bijak Rasulullah SAW sudah dicontohi oleh pihak IHH, dan Turki.Justeru, kita harus terus maju dan tidak menoleh kebelakang tentang misi ini, dan perjuangan ini tidak akan terhenti setakat ini.

Beliau juga sebagai pengerusi AQSA syarif, mengalu-alukan kepada hadirin yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk kesinambungan dan tunggak misi menerobos tembok kematian ini.

Panel seterusnya, DR. Syed Halim dari HaluanPALESTIN, yang juga adalah antara doktor perubatan yang mewakili Malaysia diatas kapal tersebut, juga menjelaskan dengan tegas, pendirian beliau menyertai konvoi kemanusian ini, adalah kerana ALLAH dan rasa tanggungjawab untuk meruntuhkan tembok kematian itu, dan seterusnya membebaskan masjid AL-AQSA dan memerdekakan Palestin dari belenggu ancaman negara haram Israel.

Beliau menceritakan pada babak yang mana beliau telah merawat 2 komando Israel yang ditembak oleh rakannya sendiri secara rambang. Beliau sangat terharu dengan ketaatan ahli konvoi, kerana mengikut arahan ketua kapal, 2 komando itu tidak diapa-apakan dan beliau sebagai doktor yang merawat juga tidak dibenarkan mengikat komando itu semasa melakukan pemeriksaan. Disini, beliau menggambarkan bahawa akhlaq dan peribadi islam yang mematuhi arahan ketua itu menjadi simbol kepada kekuatan konvoi tersebut.

Beliau juga menceritakan sepanjang malam-malam diatas kapal itu mahu berakhir, Bulun Yadrem selaku presiden IHH, sering mengingatkan kepada peserta konvoi, agar, yang mana rasa dirinya banyak dosa, dan tidak cukup ibadat kepada ALLAH, silalah bermunajat dan mohon kemaafan kepada ALLAH sebelum tidur. Ia jelas menunjukkan, kebergantungan hati kepada ALLAh sangat kuat.

Dan beliau juga menceritakan betapa beliau merasa syukur kepada ALLAH kerana telah membuka mata dunia di atas tindakan rakus dan zalim rejim zionis ini, yang selama ini masyarakat menganggap isu ini hanya perkara biasa dan ada juga masyarakat selama ini hanya menganggapnya sebagai mitos untuk menagih kasih. Dan sekarang Alhamdulillah, dari pelbagai bangsa, negara dan dari pelbagai ideologi tanpa mengira perbezaan telah melihat isu Palestin ini sebagai isu global, dan bukan lagi menganggap bangsa arab sahaja yang bertanggungjawab keatasnya.

..........................................

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH roadshow lifeline4gaza diteruskan pada tarikh 19.06.2010, di Kompleks Dewan Belia & Sukan Larkin yang dianjurkan oleh kelab PROwaris (Kelab Penyatuan Melayu Johor). Dengan dihari oleh VVIP dari pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, tetamu jemputan, Tn hj. Norazman(HaluanPALESTIN), dr. Arbaie shahwal(HaluanPALESTIN), Ustaz Aminuddin(AQSA syarif), dan ahli-ahli NGO Johor.

Majlis dimulakan dengan penerangan oleh ustaz aminuddin oleh AQSA syarif, yang menragkan siapakah Israel,Zionis dan Yahudi menunjukkan muka-muka para syuhada dan biodata mereka, dengan slid-slide yang sangat menghayat hati dan terkesan dijiwa.

Didalam slide tersebut memaparkan, dimana warga emas yang bukan beragama islam yang berkerusi roda juga bersemangat untuk pergi ke Gaza jika kesihatan beliau mengizinkan. Selain, menerangkan asal usul kejadian negara haram Israel ini.

Seterusnya,majls disambung dengan menjemput tn hj Norazman dan Dr. Arbaien naik kepentas yang dipengerusikan oleh wakil dari ahli PROwaris.

Tn. Hj. Norazman memulakan perkongsian beliau dengan memuji nama-nama ALLAH dan menerangkan tentang perjalanan sejarah memperjuangkan PALESTIN daripada tahun 2005-2010.

Pada tahun 2005, mula terbinanya tembok-tembok kematian yang mengelilingi seluruh Gaza sepanjang 820 KM yang panjangnya melebihi dari johor hingga ke perlis. Tembok-tembok yang tingginya 8meter, lebarnya 2-3meter dan dalamnya 30meter itu, dibina ada sesetengah bahagian satu lapis, dan ada sesetengah bahagian dua dan ada yang tiga lapisan setiap 200-300meter. Mereka yang mendekati termbok tersebut dengan jarak 200meter hampir, akan ditembak.

Pada tahun 2006,telah berlakunya pilihanraya dan pilihanraya tersebut disahkan oleh kakitangan amerika syarikat, yang mana, pilihanraya yang bersih dan adil dari semua sudut dan dikatakan pilihanraya yg terbaik yang pernah dilangsungkan. Pilihanraya yang dimenangi oleh kerajaan HAMAS dengan pemerintahan Ismail Hanieyah,tetapi dinafikan Israel yang mengataka bahawa ada penipuan berlaku semasa pilihanraya tersebut dan sepatutnya yang menang adalah koncunya FATAH dengan pemerintahan Mahmoud Abbas. Mula daripada itulah Gaza telah disekat seluruhnya hanya disebabkn HAMAS tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Jadi, bermulalah, hari-hari gelap penduduk Gaza dengan tiada saluran air , tiada makanan, tiada minuman bersih dan semua bantuan dihalang oleh Israel dan dibantu oleh rakan baiknya Mesir yang sama-sama bersetongkol menutup pintu Raffah.

Pada tahun 2007-2008 berlakunya usaha-usaha pendamaian antara HAMAS dan FATAH, dengan pebagai perjumapaan dan rancangan, tetapi ALLAH izin, penyatuan itu tidak berlaku.

Dan bertambah buruk, apabila, Israel mengambil langkah untuk menggagalkan rancangan penyatuan ini, dengan mengambil langkah pada 5 disember 2009, menjadikan berlakunya peperangan terbesar didunia keatas gaza, dengan sebanyak 1.5 juta tan bom ditaburkan keatas bumi gaza, bom-bom haram dari undang-undang antarabangsa juga seperti fosforus juga digunakan dengan rakus oleh Israel yang angkuh.Mereka memberi amaran bahawa, “Kami akan dapat menawan Gaza dalam masa 24jam sahaja”, tetapi, apa yang berlaku selama tempoh 23 hari peperangan yang tidak henti, pagi dan malam, pihak Zionis tidak berjaya untuk menawan Gaza, dan terpaksa akur dengan kekentalan penduduk Gaza.Selama waktu itu, hanya seramai 1700 orang yang mati syaheed.

Bermula dari peperangan tersebut, pihak media mengambil liputan meluas, dan Gaza mendapat perhatian masyarakat, tetapi, tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan kepada Israel hingga ke hari ini. Dan sejak kejadian itu, pihak NGO dari seluruh dunia mula menghantar bantuan kemanusiaan, dari ubat-ubatan sehinggalah ke alat pembelajaran kepada rakyat Gaza.

Tn Hj. Norazman juga menyeru kepada pihak media terutama di Malaysia agar cakna dan ambil peduli tentang permasalahan isu Palestin ini, dengan membuat program-program di televisyen, ataupun membuat liputan misi kemanusian ini. Beliau menegaskan, bukanlah populariti yang dikejarkan , tetapi, permasalahan ini, perlu diketahui oleh semua masyarakat, bukan hanya dipejuangkan oleh sesetengah pihak sahaja.

Beliau sangat kesal kerana ada sesetengah wartawan yang mengkhabarkan bahawa Gaza dalam keadaaan baik-baik sahaja,ada kereta dan ada peti ais, dan mereka tidak perlukan bantuan pun.Itu semuanya bohong dan palsu!!

Hakikatnya mereka serba kekurangan dan mengalami kesempitan hidup.Malah, segala barang bantuan tidak dibenarkan masuk.

Beliau juga menceritakan fakta penglibatan beliau sebagai aktivis HaluanPALESTIN dan seorang sahabatnya, bersama lagi 10 orang dari Malaysia pada Disember 2009, dengan menyertai konvoi Viva Palestina yang telah menghantar barang bantuan dan mereka hanya berjaya masuk pada 6 Januari 2010. Konvoi Viva Palestina itu tidak mendapat sambutan media, walaupun sebenarnya mereka dibaling batu oleh tentera Mesir, hinggakan ada yang pengsan dan berdarah kepala.

Justeru, dengan kesinambungan Viva Palestina ini lah,wujudnya satu flotilla bersejarah dengan idea daripada NGO Turki(IHH), untuk menghantar barang keperluan ini melalui jalan laut dengan menggunakan kapal-kapal, kerana Israel ada membuat perjanjian bahawa tidak boleh menyerang mahupun menahan kapal-kapal Turki yang berlabuh di perairan Gaza. Misi besar ini juga membawa niat yang besar, iaitu menerobos tembok kematian dan menghancurkan sekatan yang diberikan. Akhirnya, berlakulah tragedi 31 mei.

Seterusnya beliau menegaskan, InsyALLAH dalam masa terdekat ini, kapal yang lebih besar akan dihantar lagi. Beliau menyeru agar semua pihak memberi sokongan dari semua aspek untuk membantu misi-misi kemanusiaa ini supaya terus berjalan tanpa mengikut musim.

“Apa yg berlaku di flotilla adalah satu tanggungjawab, janganlah kita membiarkan darah-darah yang mengalir itu dilupakan, dan jika kita hanya berpuas hati dengan hidup serba kemewahan ini dan dengan apa yang kita ada sekarang, ketahuilah bahawa Allah akan tanya dan persoalkan kelak, APA YANG KAMU SUMBANGKAN UNTUK PALESTIN??

Beliau mengakhiri dengan sepotong hadis, Barangsiapa yang membantu mereka untuk berjuang, sama juga seperti mereka yang pergi berjuang (hadis Rasulullah saw).

Panel seterusnya, DR. Arbaie Shahwal (HaluanPALESTIN)

Barangsiapa yang tidak mengambil berat hal kaum muslimin, dia bukanlah dari golongan itu.

Beliau menerangkan kepada hadirin bahawa terdapatnya ejen-ejen perisik antarabangsa yang dipercayai duduk bersama-sama dengan mereka, tetapi bukanlah di kapal besar MAVI MALVARA, tetapi mereka ini berada di kapal-kapal kecil yang tidak diberi penelitian tentang ahli yang mengikutinya, dan kapal-kapal kecil ini datang dari pelbagai negara seperti Greece, Ireland dan sebagainya.

Hal ini kerana, setiap warga Mavi Marmara akan disemak dan dipastikan identitinya.Kapal Challenger 1 dan Challenger 2 yang dikatakan telah diberi oleh Tun Mahathir selain dari kapal Rachel Corrie, dikhabarkan telah disabotaj *wheel* nya, menyebabkan kapal-kapal tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik sekaligus menyebabkan tarikh bermulanya pelayaran ditangguhkan.

Dan seterusnya, ada hadirin yang hadir bertanyakan,” Mampukah kita mengheret Israel ke muka pengadilan???”

Beliau, menjawab, Insya`Allah pada bulan September ini akan berlangsungnya perhimpunan OIC untuk membawa hal ini ke pengadilan dunia dan Malaysia akan menghantar Perdana Menteri kita ke New York.

Sebelum mengakhiri majlis, saudara Norazman Samsudin sempat berpesan.Jika kita betul-betul nak menghalau Israel, kita perlu bersatu.Untuk bersatu, kita perlu banyak berlapang dada dan perlu tengok pada persamaan,bukannya perbezaan.Kita juga perlu bersatu untuk memperbaiki keluarga dan masyarakat.

Tegas beliau, inilah hakikat perjuangan dan apabila disebut tentang perjuangan,harus ada persiapan.Seseorang yang berjuang itu mestilah boleh berjuang dengan dirinya sendiri untuk mentaati perintah Allah.Kebiasaan pada waktu malam di Malaysia, anak-anak muda melepak sana sini, namun anak-anak Palestin akan duduk menyorok di belakang pokok dan di sudut-sudut bangunan untuk memastikan jika berlaku sebarang tindakan untuk menembak bangunan atau sebagainya.Sambil-sambil mereka menjadi mata-mata, mereka akan berbincang mengenai Alquran dan diri mereka. Mereka tidak lagi berfikir tentang mati tetapi mereka berfikir syurga manakah yang akan mereka diami setelah syahid nanti.

Dr. Arbaie Shahwal menegaskan, walaupun kita tidak berjaya masuk ke Gaza, Allah telah memberikan kita kejayaan yang lebih besar iaitu kita telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Israel.

Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan oleh pihak PROwaris yang berjumlah RM1200.

Wallahua`lam..........


written by:~bintufadeen..sarah..muhaimin~

No comments: